Nak didik anak kena ada caranya. Jika salah didik, anak menjadi seorang yang tak beradab.
Malah, salah satu cara didik adalah melalui peniruan yang berlaku dipersekitarannya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh puan Ummi Wafa mengenai cara didik anak.
Cara mendidik anak yang paling menarik. Tidak perlu sembunyi, tunjukkan, barulah anak dapat belajar.
Anak adalah peniru terbaik bermula usia 3 hingga 7 tahun. Waktu ini daya ingatan mereka sangat kuat, menyerap semua benda yang dilihat, didengar, dirasai dan dialami tanpa memisahkan baik dan buruk.
Semasa berbincang tentang falsafah dalam pendidikan, Prof. Dr Maizam lecture kami telah berkongsi petua cara mendidik anak yang sebenar. Sangat menarik.
1. Gaduh depan anak.
Kita bukanlah perfect, sehinggakan tidak pernah buat salah depan anak. Kata Prof tidak salah gaduh depan anak tapi mesti ada caranya, niat untuk mendidik mereka.
Anak-anak akan menjadi dewasa, mereka perlu tahu skill untuk berhadapan dengan masalah dalam rumah tangga. Jika mereka tidak pernah melihat attitude ibu ayah ketika bergaduh, mungkin mereka mengaut pengalaman dari sumber yang lain.
Ada baiknya ibu ayah memberikan contoh terbaik yang layak diingati dan digunakan oleh anak-anak saat mereka memerlukannya.
Ketika isteri membetulkan kesalahan suami ataupun menyatakan perasaan tidak puas hati. Perbualan itu dilakukan secara terbuka dan dapat dilihat oleh anak-anak, maka bergaduhlah dengan bijak, waras dan berhikmah, tidak perlu tinggikan suara melebihi suara suami, biar ada tolak ansur, tidak saling berlawan, lontarkan kata-kata tapi bukan yang menyakitkan hati.
Berkorbanlah demi anak-anak, tolak tepi nafsu ammarah, kata nista dan maki hamun.
Apa yang kita tunjuk, itulah yang mereka warisi. Kata ahli psychology, persekitaran membentuk jiwa dan cara anak berfikir, Allah bekalkan pancaindera dan hati sebagai tools.
2. Cara komunikasi
Masalah komunikasi anak-anak sekarang sangat ketara. Pengaruh gajet, tambah lagi dengan kesibukan ibu ayah, akhirnya anak-anak tidak ada platform yang boleh mengajar mereka cara dan adab komunikasi.
Bila ada tetamu yang datang ke rumah, biasanya ibu ayah tidak galakkan anak-anak bersama-sama dalam perbualan. Lebih rela biarkan anak bermain sesama sendiri. Anak-anak remaja pula kembali berkurung dalam bilik selepas keluar bersalaman.
Sebenarnya inilah peluang untuk anak-anak belajar cara berkomunikasi dengan jiran tetangga dan rakan taulan.
Anak-anak yang tidak pandai bergaul akan menjadi seorang yang pasif, rendah diri dan kelihatan sombong.
Beri peluang untuk mereka bersama-sama. Merasai sendiri pengalaman dan ia lebih baik daripada mengajar mereka teori semata-mata.
3. Menguruskan keperluan harian.
Jarang sekali ibu ayah meminta anak-anak remaja menguruskan keperluan harian keluarga.
Berapa ramai anak-anak yang membantu ibu ayah menyediakan senarai keperluan dapur seperti Bawang, gula, garam, minyak dan sebagainya. Seolah mereka reti makan tapi tidak pernah terfikir untuk menguruskan sumbernya.
Sedangkan, skill ini sangat penting apabila anak-anak ini berkeluarga kelak.
Berilah peranan ini kepada mereka, yakin dan percaya. Jangan terkejut jika mereka semakin bertanggungjawab dan pandai memainkan dalam keluarga.
Jangan mengharapkan anak mencari pengalaman diluar kerana mereka tidak akan dapat yang sempurna.
Pengalaman bersama ibu ayah adalah memori yang akan sentiasa dikenang oleh anak. Mudahan menjadi asbab kepada kekalnya jariah ibu ayah sepanjang hayat.
Kredit: FB Ummi Wafa
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati