Mendidik anak bukan hanya dengan memberikan mereka pendidikan yang sempurna. Ia juga merangkumi pendidikan akhlak sepaya anak boleh membesar menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Ingat, anak adalah amanah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak mereka.
Ikuti 9 petua yang boleh diamalkan ibu bapa untuk didik anak yang cemerlang rohaninya.
1) Jangan marah anak di hadapan orang ramai
Anak yang sering kena marah ada potensi untuk memberontak. Begitu juga dengan memarahi anak dikhalayak ramai. Tindakan anda boleh buat anak hilang keyakinan diri. Sebaliknya, beri nasihat atau tegur anak ketika anda berdua bersama mereka.
2) Jangan banding-bandingkan anak
Ibu bapa harus ingat bahawa setiap anak ada potensinya sendiri. Jangan bandingkan anak dengan orang lain atau adik beradik hanya kerana mereka berbeza.
Sikap suka membanding akan buat anak berhadapan konflik diri dan kurang yakin.
3) Jangan merendahkan kemampuan anak
Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu atau bapa adalah doa. Cuba cari kebaikan anak dan tegurlah secara berhemah sekiranya anak melakukan kesalahan.
Jika anak tidak cemerlang dalam akedemik dan lebih menonjol dalam bidang lain seperti sukan atau kraf, asah bakat anak supaya mereka dapat pergi lebih jauh dengan minat yang ada.Ingat, kecemerlangan akedemik bukan jaminan untuk jadi ‘manusia berguna’.
4) Belajar jadi pendengar setia
Luahan dari anak adalah cara mereka berkongsi dengan anda emosi dan perasaan mereka. Jangan sekat! Sebaliknya, belajar mendengar dan hargai luahan rasa anak.
Ibu bapa harus belajar jadi ‘rock’ atau ‘support base’ untuk anak. Jangan biar mereka mencari ‘bantuan’ luar atau percaya orang lain lebih dari anda sendiri.
5) Jangan terlalu manjakan anak
Jangan manjakan anak secara keterlaluan. Ia boleh merosakkan masa depan mereka dan keadaan itu akan menjadikan anak ‘keras kepala’ dan sombong. Apabila terlalu dimanjakan, mereka akan ambil mudah semua perkara dan gagal berdikari.
6) Rumah bukan kem askar!
Peraturan, peraturan, peraturan! Anak yang dikongkong dengan terlalu banyak undang-undang dan peraturan mempunyai kecenderungan memberontak bila menginjak usia remaja.
Sebaliknya, ibu bapa perlu ‘give and take’ dengan anak-anak. Tetapkan peraturan asas dan bertegas bila perlu.
7) Tunjukkan tauladan yang baik
Jagan meleteri anak itu dan ini sekiranya anda tidak boleh mengotakan apa yang dikata. Jangan biar anak fikir ibu bapa hanya pandai bercakap. Setiap percakapan perlu disusuli tindakan. Jangan ajar anak berbohong!
8) Jangan bertengkar di hadapan anak
Anak yang sering terdedah dengan pertengkaran ibu bapa akan menjadi murung dan kurang berkeyakinan diri.
Anak yang sentiasa berdepan situasi itu lebih suka menyendiri daripada bermesra dengan keluarga.