Nak Didik Anak Jadi ‘Orang’, Ustazah Ini Kongsi Tips Latih Anak Lebih Beradab.

Share

Bukan mudah nak didik anak menjadi ‘orang’ yang mempunyai kepribadian yang mulia.

Ramai ibu bapa bimbang jika anak bersikap tidak beradab. Oleh sebab itu ada segelintir ibu kerap membebel pada anak dengan harapan anaknya berubah sikap.

Hakikatnya cara itu tidak berkesan. Nak tahu cara yang sesuai untuk didik anak supaya lebih berada. Ikuti perkongsian ustazah ini.

Petua didik anak lebih beradab dan sopan.

Saya kongsikan petua ibu ayah hebat yang berjaya menjadikan anak-anak mereka beradab serta sopan tingkah lakunya.

1. Anak tidak beradab kerana mereka tidak tahu cara beradab, tidak pernah diterangkan dan dipertontonkan kepada mereka apakah sebenarnya “Adab”

2. Aplikasi sunnah dalam keluarga

Ajari anak-anak tentang sunnah yang mudah dahulu seperti cara tidur, cara makan, cara masuk tandas, cara belajar, cara bercakap, cara bergaul dan beberapa perkara yang menjadi rutin dalam kehidupan. Segalanya mesti bermula dari ibu ayah. Jika sunnah ini subur dalam keluarga kita, anak-anak akan terbiasa tanpa perlu memaksa.

Anak-anak akan senang dibentuk dan akan tinggi sifat taatnya kepada ibu ayah.

3. Terima kasih

Ucapan terima kasih nampak simple tapi kesannya sangat hebat. Dari rutin ucapan ini anak-anak pandai menghargai, tidak merendahkan orang lain, menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang ada di samping mereka. Ibu ayah yang mendengar ucapan ini dari seorang anak pasti hatinya sejuk, tenang dan selalu mendoakan kebaikan.

4. Maafkan saya

Saya pernah jumpa murid yang selalu minta maaf, datang lambat minta maaf, cakap kuat sikit minta maaf, tak dapat hadir kelas minta maaf, sampai satu masa dia membuatkan kita rasa sayang. Hanya kerana ungkapan maaf itu membuatkan dia dihormati dan dikasihi. Betul sabda Nabi SAW orang yang lazimi ungkapan maaf akan menjadi individu yang berani, kental, akan beroleh kemuliaan dan diangkat tinggi darjatnya.

5. Teringat pesan imam syafie jangan terlalu keras menghalang anak-anak dalam pergaulan kerana ia membuatkan mereka akan bermusuhan dengan orang lain dan jangan pula terlalu berikan mereka kebebasan sehingga mereka mula bersahabat dengan orang yang tidak baik. Ibu ayah yang pandai seimbangkan akan buat anak-anak kekal dalam posisi yang selamat.

Adab dulu baru ilmu

Sumber: Aminah Mat Yusoff