Bukan mudah nak menyuruh anak fokus untuk membuat kerja sekolah. Lebih-lebih anak-anak yang masih kecil dan aktif.
Perkongsian puan Hazlina Abdul Hamid
diharap dapat mendidik anak-anak melakukan kerja sekolah tanpa disuruh.
Tips nak suruh anak belajar/buat latihan.
Ada yg bertanya pada saya, macamana nak buat anak belajar?
Saya mulakan dari anak2 kecil, tanamkan minat anak pada buku dan ilmu. Sentiasa beri motivasi dan bantu anak set short term target dan long term target. Hiburan boleh, sikit2 je dah cukup.
Seawal std 1, kita buat jadual belajar setiap hari. Agar belajar itu jadi routine dalam diri anak2. Beritahu anak, pengorbanan itu perlu kalau nak berjaya.
Saya juga buat konsep – You want something from me, you give me what I want first.
Contoh : Boboy nak main basikal dgn kawan2?
– Boleh. Dengan syarat, buat soalan Maths 4 helai. Semua mesti betul. Tulisan mesti cantik, taknak cincai bocai.
Dah siap, alah salah 1-2 apa salahnya. Kita check, explain sikit. Haaa pergilah main puas2.
U make me happy, and I will make you even more happier. ?