Nak Deko Meja Kopi Bukan Main Hentam Je, Ikut Cara Ni Untuk Hiasan Nampak Pro!

Share

Sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal deko ni, tapi sejak viral orang deko sana sini, terus rasa semangat nak mendeko tu datang! Siapa yang macam ni? Angkat tangan sikit!!

Tapi, awas ya! Nak mendeko ni kena ada kreativiti dan ilmu. Bukan kata orang yang tak kreatif tak boleh nak mendeko, tapi sebelum mendeko tu, cuba tengok hiasan orang lain, lihat warna dan rekaan yang mereka suaikan supaya tak de la dekorasi yang anda nak buat nanti tu macam tangkap muat je!

Misalnya seperti persiapan meja kopi atau bahasa omputihnya coffee table, kalau kita main hentam je susun tanpa melihat contoh dari orang lain, ruang yang sepatutnya nampak cantik dan tersusun, terus kelihatan serabut! Mesti tak nak kan jadi macam tu? Haa jom ikut tip dari NauraFillea ni. Apa salahnya tambah ilmu baru kan? Jom tengok!

Selalu sangat jalan-jalan kat wall tengok orang share gambar deco ruang tamu rumah yang cantik – cantik. Selepas itu, terus tergerak dalam hati kecik yang menangis “mesti orang itu kaya, ada duit tu yang boleh deco-deco”.

Salah tanggapan tu kaum-kaum wanita n lelaki sekelian. Yang kita perlu hanya kreatif dan tahu tips untuk nampak mewah dengan bajet yang ciput.

Jom kami kongsikan 5 resepinya untuk jadi Pro :

1. Sediakan dulang atau bakul yang sesuai dengan meja kopi kita kerana dulang ini sebagai sumpahan magic untuk meja anda. Kerana ia akan mengumpulkan semua aksesori lain yang akan anda letakkan diatas meja. Tak perlu pon bakul yang mahal – mahal. Sekarang dengan harga RM 2.10 dah dapat bakul yang cantik-cantik. Mata kita kan terus tetumpu di situ.

2. Bagi menaikkan seri meja anda tu. Wajib untuk letakkan tumbuhan hijau atau elemen hidupan seperti Bunga berserta pasu atau letak pokok – pokok renek yang hijau tak kisah antara hidup atau plastik.

3. Letakkan buku sebagai salah satu aksesori yang berkesan. Buku adalah “pengisi” yang luar biasa dan penyeri yang sempurna disamping itu, dapat menilai gaya hidup seseorang. Dan tentu saja anda boleh membaca!

4. Tambahkan aksesori lain mengikut kesesuaian anda. Aksesori ni jangan terlalu besar yang akan menhalang kewujudan barang lain di atas meja anda. Contohnya letak replika angsa ataupon kotak kecik yang bercorak.

5. Akhir sekali, karya agung yang paling senang dan mudah didapati “Lilin”. Paling bagus pilihlah lilin yang mempunyai bau aromaterapi yang boleh menenangkan kita dan orang yang datang ke rumah anda.

Tips : Semasa menghias annda perlu perhatikan barang yang diletakkan mempunyai ketinggian yang berbeza – beza.