
Memasak memang menyeronokkan buat ibu-ibu terutama dalam menyediakan hidangan kepada keluarga dengan air tangan sendiri. Tetapi, yang lecehnya lepas masak kena pula mengemas. Segala minyak dan peralatan digunakan harus di cuci. Begitu juga dengan dapur.
Penat juga kadang-kadang tapi ia akan jadi aktiviti yang menyeronokkan apabila melihat hasilnya. Bagi ibu-ibu yang nak lihat dapur bersih berkilat macam baru, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Tips Cuci Dapur Guna Tepung
Tips cuci dapur tanpa guna air sahaja selamat tak pecah dan retak. Lepas guna pun boleh buat macam ni.
Guna tepung je, tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat macam ni. Lepas tu lap dengan kain bersih.
Tungku tu rendam dengan cuka campur soda Clorox sikit selama 2 jam. Semalaman pun boleh.
Cubalah, berguna untuk kita semua.
Selamat mencuba!…ye.
kredit: Idel Hayarnulis
Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa 20 Hari Dengan Habatussauda. Boleh Hilangkan Selsema & Batuk Juga!

Sebut sahaja bab diet atau mahu menurunkan berat badan, berlambak tip dan saranan yang diberikan baik oleh persendirian mahupun menerusi bacaan di internet serta buku.
Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.
Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya termasuklah untuk menurunkan berat badan.
Sebenarnya, di dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan.
kalau anda nak turunkan berat badan atau mengalami masalah kesihatan seperti selsema atau batuk, boleh cuba petua ini hasil perkongsian dari Sumaiyah Abdullah.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahannya adalah:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya adalah :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri. 😁
Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.
Kalau korang nak tahu, dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi.
Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum. 😊
Selamat mencuba. 😇
Like, Share & Tags jika bermanfaat.
“Suapan Kasih Seorang Kakak.” Ibu Meninggal Keguguran, Anak Perempuan Ini Tidak Kekok Urus Adik Beradik. Warganet Titip Doa.

Meruntun jiwa melihat kasih sayang seorang kanak kepada adik-adiknya. Tidak pernah berkira untuk menguruskan adik ketika ketiadaan bapa keluar mencari rezeki, kanak-kanak ini mendapat perhatian warganet.
Perkongsian kisah hidup anak ini tular setelah seorang aktivis masyarakat, @salwanaidin di akaun TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan kasih sayang adik beradik ini di Sabah. Beliau yang datang menziarahi keluarga berkenaan untuk mengagihkan bantuan pek daging korban tersentuh hati melihat situasi itu.
Melihat keadaan rumah serba sederhana, kanak-kanak perempuan ini tidak kekok melayani adik-adiknya. Melihat dia memasak daging dan menyuapkan ke mulut adik-adiknya begitu bersahaja. Siapa sangka pada usia sebegini telah mampu berdikari.
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.
Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban.
Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 26 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.
Sumber: @salwanaidin
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kita Bukan Anak Terbaik Kepada Ibu Bapa, Tapi Berusaha Buat Baik & Bila Dapat Bahagiakan mereka, Inilah Hadiah Paling Mahal!

Berbuat baik kepada orang tua adalah dituntut oleh Islam. Sementelah mereka telah berkorban segalanya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga berjaya.
Bukan semua ibu bapa memandang harta dan pangkat. Cukup sekadar anak-anak mengambil berat akan soal mereka. Sudah membuatkan ibu dan ayah terasa seolah dihargai biarpun hanya sekadar satu panggilan telefon untuk bertanya khabar terutama yang berjauhan.
Apa lagi bagi yang tinggal bersama atau berdekatan rumah. Usah keluarkan kata-kata atau ucapan yang boleh membuatkan hati mereka terguris. Lebih-lebih lagi jika salah salah seorang dari mereka sudah pergi terlebih dahulu.
Perkongsian Penceramah Bebas yang juga Perunding Rumah Tangga, Puan Asma Binti Harun, mengenai ibunya yang kesunyian usai pemergian si ayah seolah-olah membawa pergi bersama separuh jiwa si ibu.
RINDU YANG PERGI, SAYANGI YANG TINGGAL
Seawal jam 6.30 pagi terima panggilan emak, “Asma, betul ke balik malam ni, jadi tak balik ?”, nada suaranya perlahan penuh dengan harapan.
Emak saya baru sahaja melepasi tempoh eddah, pemergian ayah Ramadhan hari itu turut membawa sebahagian daripada dirinya. Kesunyian dan kekosongan itu jelas. Memang jelas. Selama ini semuanya dirancang dan dibuat bersama ayah. Mereka sangat rapat.
Teringat cara Rasulullah saw, sebagai melepaskan rindu pada Khadijah, Nabi sering memberikan makanan kepada para sahabat Khadijah. Menyantuni emak itulah satu cara melepaskan rindu pada arwah ayah.
Bila saya jawab insyaAllah jadi balik, confirm balik. Suara emak yang tadi bimbang-bimbang bertukar ceria, terus dengan semangatnya emak senaraikan perancangannya, apa yang nak dibuat dalam tempoh 3 hari ni, suara ceria itu dah lama tak dengar, membuatkan air mata menitik laju, ya Allah..bahagianya bila dapat bahagiakan hati seorang ibu, sedang aku juga seorang ibu.
Kita bukan anak yang cukup baik buat Ibu Bapa kita, tapi berusaha untuk buat baik itulah satu kebaikan. Walau sekadar telefon bertanya khabar, makan apa hari ini, dah makan ubat belum, dll.
Saya tahu, ramai yang merantau di negeri orang tak ada kesempatan masa untuk balik dek kesibukan kerja dll. Ada juga kerana pasangan yang tidak memahami dan kurang kerjasama. Maka memendamlah rasa rindu pada orang tua. Ketahuilah orang tua itu lebih lagi rindunya pada anak-anak. Namun mereka sedar mereka dah tua, mereka beralah dan sentiasa cuba memaafkan dan tak berhenti berdoa.
Saya teringat kes klien saya, orang kelantan, bukan berbulan tapi bertahun tak balik kampung, suami tak izinkan, ada masalah keluarga. Hinggalah satu masa dapat khabar ayah sakit, suami tetap berkeras tak bagi pulang. Hinggalah terima khabar si ayah meninggal. Lalu dia nekad balik ke kampung dengan anak-anak menumpang lori orang. Ketika itulah dia nekad untuk tinggalkan suaminya juga, akhirnya dia datang depan saya untuk mohon fasakh.
Saya ingin sampaikan bahawa adalah menjadi satu KEWAJIPAN bagi seorang SUAMI itu menjaga Ibu Bapanya dan Ibu Bapa Isterinya. Kedudukan kedua Ibu Bapa Kandung dan Mertua adalah sama. Begitulah jua kepada para isteri perlu berusaha melayani Ibu Bapa Mertua seperti Ibu Bapa kandung. Disinilah keharmonian yang diwujudkan dalam Islam.
~~~~~~~
Syukur ya Rahman ya Rahim.. Syukran en.suami atas keizinan dan kesanggupan jaga anak-anak, syukran juga buat anak..memang ada drama air mata juga, ada yang nak ikut.
Antara sefahaman yang wujud, ada ketikanya saya balik sendirian, kadang suami yang pulang ke kampungnya sendirian. Untuk mewujudkan bonding time yang khusus buat emak ayah yang tak sama ketika balik satu keluarga. Kami dua-dua orang Terengganu. Pernah suami izinkan 2 minggu berturut. Boleh jaga ayah dan emak sepenuh masa. Masing-masing harus berkorban. Inilah hadiah paling mahal sesama kami. Balik sekeluarga itu memang wajib, itu agenda beberapa bulan sekali.
Setiap orang ada cara tersendiri mengikut situasi. Usah bandingkan diri kita dengan orang lain. Yang penting mesti ada usaha.
~~~~~~
Dah bertahun tak naik bas sebenarnya, rasa bimbang itu ada. Berteman zikir ya Hafiz ya Muhaimin, Yang Maha Menjaga Yang Maha Mengawasi, pelihara dan awasilah perjalanan ini agar tiba dengan selamat.
*Mohon maaf juga kepada jemaah kuliyah dan jemputan atas kesulitan yang timbul. Terpaksa dibatalkan dan dicari ganti. Bila emak mengharapkan kita teman dia sekejap, tiada kata tidak kepada emak yang sangat banyak berkorban dan berlelah untuk kita.
Sumber: FB Asma Binti Harun