Perkongsian daripada seorang ibu dan juga merupakan seorang guru ini pastinya membuatkan ibu-ibu di luar sana boleh berlapang dada setelah membacanya.
Maklumlah sesi persekolahan tidak lama lagi akan bermula, itu bermakna tugas mencuci pakaian sekolah perlu diberi perhatian lebih bagi memastikan baju yang dibasuh bukan sahaja berbau harum malah apa yang lebih penting nampak putih bersih!
Andai dicuci seperti biasa hasilnya kurang menyerlah malah perlu disental daki dan kotoran yang melekat dibaju. Namun berbeza kalau ikut cara ibu ini.
Nak tahu hasilnya, jom cuba trik atau petua yang dikongsikannya ini.
Rahsia Baju Putih Bersih Berseri
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih . Tapi tidak pernah menjadi.
Ads
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti.
Bahan-bahan :
Ads
Cara Penyediaan :
1. Parut sebuku sabun.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Ads
2. Masukkan parutan sabun ke dalam rendaman baju semalaman.
Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa.
3. Keesokannya cuci seperti biasa.
Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Sumber : Leena Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
salam n selamat petang.. nk kongsi sikit ilmu 😊 kalau salah blh tegur.. jambu sy ni x pakai racun pon buah padat n sedap cara sy buat
masalah org kita bila tanam jambu dia biar pokok besar2 pastu susah nk kutip sayang buah akan jadi busuk nk dapat baka yg cantik pon dh payah
1- kalau pokok dh lama tpi x berbuah cara dia korg blh guna garam kasar sedikit cara tabur dia diri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sbb akar dh gerak jauh dari batang, sama jugak kalau cara kita bagi baja) garam tu tujuan dia tambah kn manis pada buah org dulu2 kn ada ckp (sblom kau hidup aku dulu dh mkn garam ) jgn korang tabur gula pulak sbb nk bg manis hahahaha
2- pokok jangan bagi terlalu tinggi cantas bahagian atas kalau blh tinggi bwh 10 kaki senang nk kutip hasil dan senang kita nk balut
3- masa buah berputik rasa2 dh besar dlm 20sen tu dh blh balut buah guna plastik n surat kabar pasti kn gunting kiri n kanan supaya air hujan x bertakung
4- tujuan kita balut tu supaya lalat buah x serang (buah x cacat & rosak ) kalau sblom balut tu ada dot2 hitam tu blh la buang awal2 pilih yg cntik2 je
5- masa korang kutip hasil tu kalau blh buah yg ada busuk tu yg jatuh bwh2 dahan tu sebaiknye korg sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bwh pokok tu sbb buah yg busuk tu ada fangus jadi ulat tu akan merebak cari akar jambu sbb tu elok kene bersih kn supaya pokok blh tahan lama..
6- buang sedikit daun supaya ada udara blh masuk.. banyan sngt daun nanti buah kurang (gila daun) hehe
Menyediakan menu sarapan setiap pagi untuk keluarga tercinta mungkin ada yang beranggapan itu adalah suatu cabaran. Apatah lagi jika ibu tersebut bukanlah suri rumah sepenuh masa, di mana waktu paginya terpaksa bergegas ke tempat kerja. Dan ini secara tidak langsung membataskan untuk menyediakan sarapan yang istimewa untuk keluarga. Mungkin sekadar mampu menyediakan secawan teh dan sekeping roti pun sudah sempurna dirasakan.
Atas sebab ini juga, biasanya pada hujung minggu akan digunakan sebaik mungkin untuk menyediakan sarapan istimewa buat keluarga tersayang. Jadi apa kata hujung minggu ini kita mencuba menu nan satu ini, Nasi Lemak Penyet yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman ini. Jom semak.
“Saya share resepi sambal tumis mak masa berjualan dulu di kantin sekolah ..sambal yang sangat sedap. Senang jek resepi tapi sangat best”– Jamiah Tulisman
Resepi sambal tumis mak:
Bahan-bahan:
6 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Bahan-bahan di atas ni nanti blend dengan 3 cawan cili mesin
Bawang besar 2 biji – hiris
Cara Penyediaan :
1.Goreng ikan bilis dulu..(lupa snap gambar) keluarkan dan kemudian goreng bawang besar yang dihiris tadi. Kacau rata.
2.Kemudian masuk bahan-bahan diblend tadi. Masak sehingga gering.
3. Sediakan air asam jawa 1 mangkuk kecil. Asam jawa 2 sudu besar, ramas-ramaskan. Kemudian masukkan sedikit gula melaka, dan kemudian kacau rata dalam tumisan cili tadi.
4. Sesuaikan rasa, masuk garam dan ikan bilis. Kacau hingga terbit minyak. Siap
Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah
5 biji bawang besar-dikisar
Lengkuas -dikisar
Halia-dikisar
Jintan manis-dikisar
6 batang serai-dikisar
2 sudu rempah kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Perap ayam dengan semua bahan dan kemudian goreng hingga masak.
2. Manakala lebihan bahan perapan tadi gaulkan dengan tempe dan tauhu. Kemudian digoreng hingga masak.
Bahan untuk sambal ayam penyet
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
Lada merah
Cili padi
Belacan
Lada hijau *kalau ada
Cara penyediaan : 1. Goreng semua bahan biar layu kejap dan masukkan dalam blender dan kisar jangan halus sangat.
2. Kemudian ambil 1 biji tomato dan potong kecil-kecil.
3. Tumis bahan blend dan masukan tomato yang dihiris tadi. Kacau hingga garing dan masukkan gula dan garam. Angkat dan toskan minyak dulu.
Saat yang paling menyedihkan bila kita kehilangan insan yang disayangi. Seolah-olah separuh jiwa dibawa pergi. Namun, ketentuan Ilahi tiada siapa yang mampu menduga.
Pemergian suami membuatkan kehidupan Datin Umi Kalsom isteri kepada Dato’ Yaakob Mohammad berubah sekelip mata. Dugaan lebih berat bila mana ibu tersayang pula menyusul dan pergi tak kembali.
Ujian tersebut bagaimana pun tidak melemahkan semangat ibu kepada empat orang anak ini. Malah, keluarga menjadi dinding kekuatan untuk ibu kepada Dato’ Fazley dan Raf Yaakob ini untuk bertahan dan berteduh selain kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi untuk menyuntik semangat.
“Saya terpaksa ambil ubat antidepresi 6 bulan selepas arwah suami meninggal. Waktu itu saya betul-betul tertekan sehingga masuk hospital kerana tak boleh makan sehingga terkena gastrik. Jadi saya disarankan jumpa dengan doktor anti- depres. Pada awalnya saya menolak.
“Namun selepas di interview oleh doktor berkenaan, baru saya tahu depres ini banyak peringkat dan saya punya kes adalah peringkat terakhir (mild). Maksudnya tak terlalu serius. Kalau serius yang melibatkan bunuh diri, terjun bangunan, tak nak hidup dan sebagainya. Selepas 7 bulan mengambil ubat tersebut, saya merasa tenang kembali,”ujar Datin Umi Kalsom sambil memberitahu ubat tersebut juga mengandungi vitamin yang baik untuk otak dan juga menenangkan waktu tidur.
Selain tekanan dan tidak lalu makan, Datin Umi Kalsom juga tidak boleh menjejak kaki ke dapur hamper setahun lamanya.
“Kebetulan arwah suami tak sakit lama. Kehilangan arwah memang meninggalkan kesan yang cukup kuat pada diri. Saya bukan tak reda tapi terkejut dan mengambil masa untuk sesuaikan diri. Bayangkan dalam sebulan saya kehilangan dua insan yang saya sayangi iaitu ibu dan suami.
“Jadi setahun saya tak masuk dapur. Saya jenis yang suka masak dan arwah setiap kali balik kerja dia suka tengok saya masak dan tunggu di dapur. Jadi saya tak boleh tengok dapur dan tak makan. Selalu saya abaikan pemakanan sehingga mendapat asid refluk dan gastrik.
Ditanya bagaimana melalui kehidupan tanpa arwah di sisi, akui Datin Umi Kalsom, anak-anak banyak membantu dan kebetulan mereka tinggal bersamanya membuatkan dia tidak kesepian dan ada yang menemani biarpun masing-masing sibuk dengan kerja.
“Setakat ini saya bersyukur kerana anak-anak ada di sisi saya. Malah menantu juga rapat dan ada sahaja aktiviti bersama mereka.
“Selain itu, saya juga ada aktiviti bersama kawan-kawan dan kalau tidak pun banyak masa dihabiskan dengan membaca Al-Quran. Dulu rajin baca al-quran atau Yassin setiap kali malam jumaat daripada remaja sehinggalah berkahwin, selepas arwah meninggal, ia jadi habit untuk membaca Al-Quran dan rasa tenang bila dapat baca.
“Rasa tak tenang duduk kalau sehari tak pegang al-quran. Sekarang jadi amalan, kalau tak baca jadi rindu dan rasa tak beri sesuatu kepada arwah. Itu yang saya boleh buat sebagai tanda kasih sayang sehingga ke akhir hayat untuk arwah suami.
“Saya merupakan pegawai kerajaan dan sudah biasa bekerja. Jadi, bila pencen saya masih berhubung dengan kawan-kawan untuk melepas rindu atau sekadar makan-makan bersama. Walaupun tak lama, hanya sekadar 2-3 jam berjumpa itu sudah memadai. Atau kami melakukan aktiviti bersama -sama ada solat dhuha, baca Yassin atau bulan puasa baca al-quran beramai-ramai. Itu yang membuatkan kehidupan saya terisi dan tenang dapat berjumpa dengan kawan-kawan.
Diminta berkongsi nasihat dengan mereka yang turut kehilangan orang tersayang, jelas Datin Umi Kalsom selain reda dengan pemergian mereka, kita juga kena banyak berdoa kepadaNya.
“Lepas kehilangan arwah, saya banyak solat tahajud, berdoa kepadanNya dan kebetulan kawan-kawan banyak bagi buku untuk mengenali Alam Barzakh. Daripada situ saya menilai hari ke hari apa yang arwah buat, macam mana dia di sana.
“Alhamdulillah saya sudah dapat menerima keadaan tersebut. Sebagai manusia biasa kita akan menghadapi saat itu. Kita sediakan bekalan dan seandainya ada ahli keluarga yang dijemputNya kembali, maka kena reda,”ujar Datin Umi Kalsom menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...