Tahukah anda bahawa vitamin D adalah vitamin yang unik dan ramai orang yg tidak mendapatkannya dalam jumlah yang mencukupi.
Dalam kajian di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 40 peratus penduduk di sana tidak mendapat vitamin D yg mencukupi. Begitu huga dgn Kanada, Eropah dan Rusia kerana negara mereka mengalami empat musim. Matahari hanya bersinar dengan secukupnya pada musim panas.
Terutama warga tua, pesakit kronik dan orang kurang upaya yang tidak dapat berada di luar rumah untuk mendapat sinaran matahari. Begitu juga orang muda yang bekerja dalam bangunan untuk jangka masa yang lama.
Vitamin D dibuat dari kolestrol yang berada di bawah kulit, dan terdedah pada sinaran matahari (sinar ultraviolet-B). Oleh itu pendedahan pada cahaya matahari sangat baik untuk mengekalkan tahap vitamin yang mencukupi.
Di negara sejuk, terdedah pada cahaya matahari pada waktu tengahari di musim panas adalah yang terbaik. Namun di negara Khatulistiwa, waktu yang terbaik antara 9-10am, ketika cahaya matahari mula membahang. Waktu petang pukul pukul 530-630pm adalah masa terbaik. Jika ingin terdedah pada waktu tengahari, pastikan tidak terlalu lama. Ini kerana pada waktu tengahari, sinaran ultraviolet-B adalah yang kuat. Jadi tidak perlu terlalu lama untuk terdedah pada sinaran matahari.
Dalam kajian di Oslo, Norway pendedahan terhadap sinaran matahari selama 30 minit pada waktu tengahari di musim panas, cukup memberikan vitamin D sebanyak 10,000–20,000 IU of vitamin D. Namun terdedah terlalu lama dan panas yang terik boleh memberikan kesan yang buruk.
Keperluan vitamin D yang dicadangkan adalah 600 IU (15 mcg) setiap hari. Namun bila kita ambil suplemen vitamin D secara oral (masuk ke dalam mulut), penyerapan vitamin hanya 10-20% kerana ia akan dimetabolisma di dalam hati sebelum dihantar ke seluruh tisu dan sel yang lain. Oleh itu, ramai pakar yang mencadangkan dos suplemen vitamin D sebanyak 5000-10,000 IU setiap hari, bergantung kepada keperluan.
Saya mencadangkan agar pengambilan vitamin D melalui pemakanan yang kita makan. Antaranya minyak zaitun, ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan ikan tuna, dan telur kuning. Selain itu, susu dan produk tenusu seperti mentega, kacang buncis, dan cendawan shitake.
Bagi mereka yang tidak dapat vitamin D dari makanan dan sinaran cahaya matahari, saya cadangkan pengambilan suplemen vitamin D.
Penghasilan vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari dipengaruhi warna kulit kita.
Orang yang berkulit gelap mempunyai melanin yang lebih banyak. Melanin membantu kulit menghalang kerosakan seperti ‘sun burn’ dan kanser kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Ads
Oleh itu orang yg berkulit gelap memerlukan lebih lama pendedahan kepada cahaya matahari. Dalam satu kajian, orang berkulit gelap (contoh orang bangsa Afrika) memerlukan masa sejam, sementara orang yg berkulit cerah memerlukan masa sejam, untuk mendapat jumlah vitamin D yang serupa. Bagi kita yang berkulit sawo matang memerlukan antara 30-60 minit sehari terdedah pada matahari. Ini yang menyebabkan orang yang berkulit gelap lebih berisiko mengalami kekurangan vitamin D.
Namun bagi mereka yang tinggal di negara jauh dari khatulistiwa, memerlukan masa yang lebih lama kerana di negara-negara tersebut sinaran matahari (sinaran ultraviolet-B) diserap oleh lapisan ozon. Lebih-lebih lagi musim panas mereka hanya berlangsung hanya empat bulan.
Pemakaian krim sun screen ketika terdedah pada cahaya matahari bertujuan untuk mengelakkan dari risiko mendapat ‘sunburn’ dan kanser kulit. Ia selalu digunakan oleh mereka yang berkulit cerah kerana kulit mereka tidak mempunyai sel melanin (yang menghasilkan warna kulit) yang banyak.
Namun penggunaan krim sun screen akan menghalang pembentukan vitamin D. Dalam kajian, penggunaan krim sunscreen SPF 30 atau lebih boleh menghalang pembentukan vitamin D sebanyak 95–98% dalam tubuh.
Oleh itu jika memakai krim sunscreen (SPF kurang 30), duduklah lebih lama di pancaran sinaran matahari.
Bosan dengan hidangan rumah terbuka yang sarat seperti rendang, ketupat serta aneka mi. Apa kata anda cuba resipi ringkas ini di hujung minggu. Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus yang sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seringkali kita merasakan bahawa tandas merupakan kawasan yang paling kotor dirumah dan pusat pembiakan segala bakteria dan kuman.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
5) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
6) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
8) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Malang tidak berbau, siapa sangka wanita ini berdepan suasana cemas saat menyediakan hidangan untuk keluarganya bila mana dapur memasak tiba-tiba terbakar.
Berkongsi pengalaman tersebut di akaun fbnya, diharapkan lebih ramai antara warganet cakna dan beringat betapa pentingnya membuat pemeriksaan hos dan kepala gas demi untuk keselamatan.
Nak tahu lanjut kisahnya, ini perkongsiannya.
Apa yang berlaku ini akan saya jadi kan peringatan dan lebih berhati-hati untuk masa akan datang..
Alhamdullillah kepala gas dan hos gas suami dah beli dan tukar.. Cuma nak memasak tu perlukan keberanian sehari dua ni…
Moga kita-kita yang dah lama tak cek atau tukar hos dan kepala gas boleh tukar kepada yang lebih selamat.. Semoga Allah melindungi kita semua…
Hari ni saya sangat bersyukur pada Allah.. Sebab gerak kan hati saya duduk lama dekat dapur tunggu air mengelegak nak rebus spagheti.. Ni Kuah bolognaise dah siap masa ni..
Sebelum ni memang ada bau gas.. Tapi fikir sebab api terpadam ke apa.. dan kepala gas dekat dapur tu tadi tak tercabut.. Sebab suami kena buka guna handrill untuk tukar yang baru tadi.. Dekat sini paip gas ni kebocoran..
Biasa saya duduk depan sementara tunggu air mengelegak.. Anak pulak jenis suka mengulang pergi dapur.. Tadi rasa lain sangat.. Dan duduk pulak menghadap dapur gas.. Biasa saya akan membalakangkan dapur sebab nak kena kipas di depan..
Tiba-tiba tadi bunyi berdesing siap pakej api keluar…
Saya dah panik sangat-sangat.. Dah lari pergi depan.. Saya pikir tak boleh jadi ni.. Lari ke dapur balik sambil suruh anak kecik 2 orang p duduk luar.. Saya terus off kepala dapur gas.. dan automatik api padam dan tetap lari pergi depan..
Dengan berdebar dan gigil…. Allah sahaja la tahu… Telefon suami bagitahu..nasib la rumah jenis dapur udara banyak dan dapo depan tingkap.. Kalau tak.. Boleh jangka kalau terlewat atau duduk di depan.. Lagi pun dapur saya tu dinding awning n cuaca tengah panas tadi..
Hati-hati semua… Saya dah kena ni jadi trauma pulak.. Beringat-ingat selepas ni…
Terkhilaf taj cek kepala gas dan tukar.. Dah kena macam ni lagi kerap saya cek…
Menaip pun masih mengigil… Hilang selera nak makan..
Edit:
Kejadian ni mengingatkan saya 3 minggu lepas bila masuk zon merah HTJ melawat pekerja suami kebetulan saluran gas tercabut dan mengeluarkan api semasa buat kerja welding dan mengalami lecuran sedikit dan kebetulan juga baru masuk zon merah masa tu perempuan vietnam terbakar seluruh muka dan paha kerana dapur gas meletup ketika memasak…
Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.