Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Mahu cipta memori dengan anak
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang. Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan. Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.
Persahabatan antara dua selebriti terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Sri Zizie Ezette terjalin sejak lebih sedekad lalu. Kedua-duanya juga dilihat berkongsi minat dan tanggungjawab sama iaitu bergelar isteri dan ibu. Mereka juga saling menyokong dalam banyak aspek. Bahkan kedua mereka jika dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina.
Lalu tidak hairan keputusan Rabecca melamar Zizie sendiri demi menyunting lima cahaya matanya untuk menjadi duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui proses yang mudah apabila masing -masing sudah memahami dan kenal hati budi.
Ads
“Banyak sebab saya mempertimbangkan tawaran daripada teman baik sendiri (Rabecca) ini. Ini memang produk pertama yang lima anak saya ( Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1) menjadi duta produk. Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.
“Sebab yang paling nyata saya menerima tawaran ini untuk anak-anak kerana menyenangi Rabecca. Sejak awal lagi produk ini diberinya untuk dicuba anak saya. Anak saya sendiri menyukai produk ini. Saya nampak keberkesanan produk ini sekali gus terus jatuh hati menerima ‘pinangan’ Rabecca untuk melantik anak saya sebagai duta.
“Malah sebelum itu, ketika Rabecca mengadakan peraduan mencari duta produk IQ Super, peminat dan pengikut di Instagram selalu tag nama saya serta anak. Lalu semua sebab itu buat saya berbesar hati untuk menerima tawarannya,” kata kakak kepada Shaheizy Sam itu pada majlis menandatangani produk IQ Super bersama anaknya.
Ads
Mulut lantang tapi hati baik
Tegas Zizie lagi, dia jenis yang tak sewenang-wenangnya membiarkan orang’ masuk’ dalam hidupnya. Jujur mengakui, dirinya sangat memilih kawan.
“Cuma kalau cakap bab Rabecca ini, dia punya usaha nak berkawan itu cukup luar biasa. Tak silap saya sejak tahun 2008 lagi. Saya selesa dengannya. Bagi yang kenal saya bagaimana tahu yang diri ini jenis susah nak rapat dengan orang walaupun mudah mesra.
“Dia selalu meluangkan waktu untuk saya. Kalau saya sakit, dia bawakan makanan. Pendek kata, dia sangat mengambil berat dan penyayang. Saya nampak ketulusan hatinya nak berkawan.
“Dia di mata saya sebenarnya seorang yang mulut lantang tapi berhati baik. Selain itu dia juga sangat tegas orangnya. Dia suka berkawan dan mudah mesra. Dia juga sangat rajin bekerja dan tak pernah berputus asa. Dia pun sukakan kanak kanak dan haiwan,” kata Datin Zizie lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih sayang adalah pengikat utama kebahagiaan keluarga. Dengan kasih sayang yang mencukupi setiap pasangan yang berumah tangga dan dikurniakan anak pasti menikmati rasa bahagia.
Sebagai umat Islam, kita wajib berusaha memohon pada Allah SWT agar dikurniakan rasa cinta dan kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak.
Penceramah terkenal Ustazah Asma’ Harun telah berkongsi doa pengasih yang boleh diamalkan supaya disayangi oleh pasangan dan anak-anak.
Doa tersebut juga boleh dibacakan kepada anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW (hanya menukar bacaan pada nama).
Doa yang boleh dibaca untuk anak-anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa:
1. Mulakan dengan zikir dahulu nama-nama Allah SWT, Ya Rahim (Yang Maha Pengasih) Ya Wadud (Yang Maha Menyintai).
2. Kemudian pegang dada anak kita (untuk anak yang sudah besar tak perlu pegang dada pun boleh, hanya baca doa dan sebut namanya).
3. Baca doa pengasih.
Maksudnya: Ya Allah jadikan diriku/kami yang dicintai pada hati-hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kalau kita nak anak-anak mempunyai rasa sayang dan cinta kepada Allah dan Rasulullah, cuma perlu tukar pada ayat doa “Ya Allah jadikanlah Allah/Rasullulah itu dicintai di dalam hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Begitu juga jika mahu dibacakan doa tersebut kepada pasangan, hanya perlu tukar kepada nama pasangan sahaja.
Kita mahu suami dan anak-anak mencintai dan menyayangi kita dengan rahmat Allah SWT.
Selain dari itu, Ustazah Asma’ turut berkongsi doa Nabi SAW kepada Ibn Abbas yang turut ibu bapa boleh amalkan kepada anak-anak.
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kefakihan dalam agama dan berikanlah kebijaksanaan dan berikanlah kefahaman dalam ilmu takwil al-Quran.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun Channel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan roti putih antara makanan yang sentiasa ada di rumah. Apatah lagi anak-anak memang menggemarinya. Jadi tidak hairanlah kita sebagai ibu ayah akan sentiasa membeli roti tidak kira waktu bagi memastikan anak-anak boleh menikmatinya bila terasa lapar.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan notis memperlihatkan kenaikan harga roti berjenama Gardenia.
Rata-rata orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga tersebut apatalh lagi sebelum ini, Gardenia sudah pun menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.
Ternyata ianya bukan khabar angin, dan memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.
Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.
Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.
“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.
Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :
Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.
Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.
Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.
Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
“Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...