Amalan minum air rebusan setiap kali selepas haid bukanlah suatu perkara yang asing bagi ramai antara kita kaum wanita.
Tujuannya utamanya, dikatakan minuman air rebusan harba tersebut dapat mencuci bahagian rahim wanita dan dalam masa yang sama turut membantu penjagaan kesihatan.
Pun begitu, yang berbeza sedikit adalah dari segi gabungan bahan-bahan yang digunakan.
Umpamanya, apa yang disediakan oleh Dayana ini.
”Siapa baru lepas haid macam Dayana?
Jom buat Rebusan Halia Serai Cengkih dan Kunyit.
“Sebulan sekali je tau minum. Untuk wangikan kewanitaan anda. Segarkan badan. Rasakan sendiri dalaman anda, menyegarkan urat saraf , buang toksik dan lemak. Banyak sangat khasiat. ”
– DayanaBahan-Bahan:
2-3 batang serai – diketuk
3cm halia – diketuk
2cm kunyit- diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih / bunga lawang
Sehelai daun pandan
Sedikit gula batu atau madu
Cara Penyediaan:
1. Rebus semua bahan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Tunggu suam, boleh diminum.
Ekstra info :Nak buat sebelum haid pon ok je Lets Cantik with Kurniaan Allah.
Sumber : leena dayana via petua ibu