Dalam usaha memupuk minat atau hobi baharu dengan bercucuk tanam di sekeliling rumah untuk mengisi masa yang terluang dan sebagai terapi minda, ada baiknya anda mulakan dengan menanam pokok yang mudah dijaga dan cepat dituai hasilnya.
Jadi tidaklah pula menyebabkan yang mana hendak berjinak-jinak berkebun sayur terasa sukar dan putus asa jika tanaman tidak menjadi. Maklumlah ilmu dalam penanaman pun tidaklah banyak mana, baru mencuba.
Jadi di sini dikongsikan beberapa jenis tanaman sayur-sayuran yang boleh dikategorikan antara tanaman sayuran yang senang hidup dan cepat tempoh masa untuk dituai. Bila kita mulakan dengan menanam tanaman ini, makin bersemangat pula jadikan untuk mencuba tanaman yang lain dek kerana seronok melihat hasilnya.
Untuk itu, ketahui jenis sayur apakah yang dimaksudkan oleh Liyana Mohd Poad ini untuk beginner dalam ilmu bercucuk tanam.
Ini perkongsiannya.
Bagi beginner yang bercadang untuk bercucuk tanam tapi tak tau naak tanam apa, boleh mula tanam sayur sayuran yang paling mudah ditanam terlebih dahulu dan tidak banyak karenah, kurang penyakit, mudah dijaga serta cepat dituai.
Antaranya adalah spt.
Kangkung.
-Benih tak perlu semai. Hanya campak campak dalam tanah organik,nanti akan cepat bercambah dan membesar dengan cepat. Kangkung perlukan air yang banyak.
Bendi.
-Bendi juga paling mudah ditanam. Semai dalam seminggu kemudian dah boleh dipindahkan. Tempoh untuk bendi membesar ialah 3 minggu sebelum mengeluarkan putik bunga. Jarang terkena serangan serangga dan ulat. Proses pendebungaan biasanya 95% berjaya. Dalam sebulan, dah boleh tuai.
Kacang tanah
-Mudah ditanam. Lepas tanam, tinggal. Hanya siram sekali sehari. Daya tahan penyakit yang sangat tinggi. Tuaian selepas 4 bulan ditanam.
Bayam
-Sama seperti kangkung.
Kacang panjang & kacang botol.
-Senang bercambah.Mudah ditanam di atas tanah atau di dalam polybag. Tidak perlu penjagaan yang khusus. Selepas sebulan ke 45 hari, dah boleh tuai hasil.
Tanaman yang paling mencabar utk ditanam dan perlu kesabaran yang tinggi.
1.Cili (banyak penyakit)
2. Sawi/pakchoy (masalah bermula dari semaian lagi dan terbantut).
3. Daun sup.
4. Salad.
5. Tomato.
Sumber : Liyana Mohd Poad