Nak Cepat Dapat Tuai Tanaman Sayuran, Wanita Ni Kongsi Jenis & Cara Baja Ikut Jadual

Share

Menanam sayur di laman rumah bolehlah dijadika suatu terapi buat yang suka bercucuk tanam. Melihat pokok yang hidup subur menghijau dan dapat pula menikmati hasil tuaian pasti saat yang cukup menggembirakan.

Pun begitu sebagaimana sedia maklum untuk mendapatkan tanaman yang subur perlulah dijaga rapi. Tidak boleh hanya sekadar disiram dengan air semata-mata. Ini berdasarkan pengalaman daripada puan Liyana Mohd Poad yang biasa menanam pelbagai jenis sayuran seperti pokok bendi, bayam, pakchoy dan kailan. Tanaman-tanaman tersebut perlu dibaja mengkut caranya yang betul dan untuk itu jom baca perkongsiannnya di sini.

Ini ‘Jadual’ Pembajaan Yang Dipraktikkan Untuk Pokok Sayur Bendi, Bayam, Pakchoy dan Kailan.

Minggu 1-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses setengah sudu kecil.


Minggu 3-tinja kambing proses setengah sudu kecil.


Minggu 4-Baja kopi.


Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8 sampai last-baja ikan.

Ekstra Info 
Sebelum tanam anak pokok, gaulkan tanah dengan tinja ayam dulu. Biarkan selama dua hari atau 4/5 hari dahulu supaya tanah sebati dengan baja kemudian baru tanam.Tapi yang guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, tak perlu tunggu beberapa hari, boleh tanam terus, baja letak kemudian. Sebaiknya tanam baja di dalam tanah untuk proses penyerapan yang cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.

Sumber : Liyana Mohd Poad 

 

 

ARTIKEL MENARIK: Minum Air Kopi Di Rumah Macam Barista Yang Buat. Begini Caranya, Senang Sangat & Yang Penting Menjimatkan!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club