Mengemas rumah walau dilakukan secara rutin bagi pastikan semuanya teratur kemas tentunya mengambil masa untuk dilakukan.
Pun begitu, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan dengan lebih pantas dan tidak membebankan.
Nak tahu bagaimana?
Boleh cuba apa yang dikongsikan oleh Puan Salini ini. Selamat mencuba.
5 CARA MUDAH UNTUK RUMAH BERSIH & KEMAS
Susah betul nak jaga rumah bagi kemas dan bersih terutama bila ada anak-anak kecil kat rumah. Pulak tu..bila kita ni sibuk bekerja.
Mami ni jenis suka berletiaq kalau rumah tak bersih dan kemas. Anak-anak sampai dah faham perangai mami..
Jom cuba tips ni.
KEMAS KATIL
– kemas katil & bilik tidur sebaik saja bangun tidur.
– celik mata saja HARUS lipat selimut. Selimut benda yg paling penting utk katil kelihatan kemas.
– bilik tidur sebenarnya adalah tempat pertama utk menentukan sikap kita.
JIKA BILIK TIDUR BERSIH DAN KEMAS..INI MELAMBANGKAN SIKAP KITA…SAMA ADA KITA INI ADALAH SEORANG YANG RAJIN ATAU PEMALAS!
SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
– jangan biar baju kotor bertimbun.
– jangan biar baju yang sudah dibasuh dan kering menimbun dalam bakul. Tetapkan masa untuk lipat baju.
JANGAN BIAR SINGKI PENUH
– haa…..yang ni mami paling pantang!
– basuh pinggan setiap kali selepas makan.
– singki yang penuh dan kotor akan buat dapur tak bersih.
PASTIKAN KAUNTER DAPUR SELALU BERSIH
– cuci dapur selepas masak.
– cuci dan susun pinggan mangkuk di tempatnya.
– simpan baki lauk pauk dengan kemas.
– buang sampah setiap kali bakul sampah penuh. JANGAN BIAR SAMPAI BUSUK DAN BERULAT!!
KEMAS RUANG TAMU SELALU
– ruang tamu tempat santai di rumah. HARUS sentiasa bersih dan kemas.
TIPS EKSTRA
– sambil mandi…basuh la bilik air dan mangkuk tandas.
– mop lantai paling kurang sekali seminggu.
JOM SAMA-SAMA AMALKAN.
Sibuk bukan bermakna kita boleh abaikan kebersihan rumahtangga.
Buat rumah sentiasa bersih dan tenang. BARU LA SUAMI DAN ANAK-ANAK MELEKAT JA KAT RUMAH! Betoi tak??
SELAMAT BERAMAL
Sumber : Salini Md-jam