Halba ini memang sangat berguna dalam masakan. Selain berkhasiat untuk kesihatan, ia juga boleh membantu untuk tujuan kesihatan. Untuk mengekalkan kecantikan dalaman, ibu-ibu kena rajin dan konsisten.

Cuba amalkan air rebusan yang mengandungi bahan alami termasuklah halba, halia, serai dan lemon. Ia terbukti memiliki banyak manfaat. Jom ibu-ibu cuba ni. Bahan pun mudah, ada di dapur je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Lily Rose . 


Air Sihat Cantik Tunggu suam, perah lemon n minum..
Alhamdulillah, baru beberapa hari minum badan rasa segar dan ringan..

IKLAN

Khasiat lain antaranya mencantikkan kulit, membuang lemak, melancarkan perjalanan darah, baik utk sistem penghadaman dan byk lg.

Bahan2:
Halba 1sudu, Halia 2inc, Serai 2btg, Lemon 2hiris.

IKLAN

Cara2:
Rebus halba, halia, serai dgn 3cwn air sehingga mendidih.
Tunggu suam baru perah lemon.

IKLAN

Nak Cantik & Sihat Kena Rajin Amalkan Air Rebusan Ni. Badan Jadi Segar & Ringan, Lemak Pun Hilang. Amalkan Sebelum Tidur!
Tips: Untuk kesan yg optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lg bagus. Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dpt dlm 2gelas air.. sy bt bila nk minum je utk suami n sy. Nak sihat n cantik kena konsisten.. selamat mencuba😉

*Utk ibu yg menyusu Halba baik utk banyakkan susu tp tidak perlu letak halia n lemon. Ikut keserasian badan msg2.
*Bagi wanita yg mengandung tidak sesuai diamalkan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI