Anugerah kecantikan dan kesihatan adalah antara dua nikmat yang perlu dijaga dan dihargai.
Pelbagai cara boleh dilakukan dan salah satunya adalah dengan amalkan minum jus yang enak ini sepertimana yang dikongsikan oleh sharinaz redwan ini.
Ini perkongsiannya.
Pagi ni kaknaz nak share satu resepi jus peberet kaknaz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.
Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung.
Ads
Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau.
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingikan hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting agar rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Namun nak bahagia ni kena tahu caranya. Setiap orang ada caranya tersendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh saudara Akhtar Syamir atau juga dikenali sebagai BroOhsem yang memilih waktu lewat malam untuk mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Selanjutnya ikuti perkongsian beliau.
USAP LEMBUT UBUN KEPALA
Dalam jam 3 pagi semalam saya tersedar dari tidur. Ubun-ubun kepala saya diusap-usap lembut. Waktu malam yang gelap dengan hanya lampu malap dari luar rumah yang berjaya masuk disebalik tingkap, ditambah dengan suasana yang sunyi sepi dan sejuk mendatangkan rasa yang sangat selesa. Isteri saya yang tidur di sebelah sedang membuat apa yang saya biasa lakukan kepadanya. Baru hari ini saya tersedar. Sedangkan dia memang selalu buat kat saya sebelum ini. Perasaannya sangat tenang dan rasa selamat serta bahagia. Orang yang kita paling sayang di sebelah sedang menjaga kita dan memberi keselesaan walaupun di waktu kita tidur. Selalunya bila saya buat kat dia, dia akan tersengih seronok walaupun tidak 100% sedar. Semalam, saya pula yang tersengih sendirian. Belaian waktu tidur ini kami lakukan selalunya bukan untuk dia sedar, bukan untuk dia terjaga. Tapi untuk bercakap dengan diri sendiri. Menghargai pasangan dan meluahkan rasa cinta tanpa dia sedar.
Walaupun kami sentiasa berkomunikasi dengan baik, tetapi apabila meluahkan dalam hati dengan mengusap pasangan sewaktu dia tidur adalah satu moment yang istimewa. Ia membuatkan kira rasa terharu kerana adanya dia di waktu susah dan senang. Adanya dia yang sentiasa menggembirakan dan melengkapi kehidupan. “Cantiknya isteri aku ni. Kesian dia penat. Bertuahnya aku kerana dapat hidup bersama dia. Susahnya hidup kalau takde dia. Amannya dapat tengok dia tidur lena. Semoga aku dapat sentiasa menggembirakan dia. Tidurlah sayang.”
Itu yang saya selalu katakan dalam hati apabila membelai dia sewaktu dia sedang tidur dengan mata saya sendiri terpejam. Mungkin itulah juga yang dia fikirkan sewaktu dia buat benda yang sama kepada saya. Bertutur secara berhadapan itu sangat bagus. Kami sentiasa meluahkan perasaan dan isi hati sesama kami. Tetapi perasaannya tidak sama. Cubalah. Mungkin apa yang korang bisikkan dalam hati itu akan sampai dalam mimpi pasangan. Semoga kita semua sentiasa berbahagia dan saling sayang menyayangi.
Apabila anak-anak perempuan menginjak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh, banyak perubahan yang berlaku. Antaranya didatangi haid. Bagaimana agaknya persediaan untuk mereka, terutama apa yang patut dilakukan apabila mula datang haid.
Sebagai ibu, tugas dan tanggungjawab menerangkan tentang haid sudah semestinya dipersiapkan di dalam diri kerana lambat atau cepat, anak perempuan anda pasti akan melalui proses ini.
Puan Syahirah Omar dalam facebooknya berkongsi tentang period kit buat anak perempuan. Lebih istimewa lagi, perkongsian tersebut juga menumpukan pada anak istimewa yang pastinya bakal melalui fasa yang sama seperti anak perempuan lain.
Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita.
Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.
Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.
Aku sediakan period kit yang mengandungi – pad – underwear – plastik bag sampah eco – calendar, pen dan note book – hand sanitizer – baby wipes – print kertas arahan step by step dibawah.
Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.
Aku kongsikan social story buat anak aku ya. Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.
What to do when you get your first period?
1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.
2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)
3. Get your period kit and go to the toilet.
4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.
5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.
6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.
7. Wash your hands.
8. Mark the date on your calendar.
9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)
Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
Ok, aku izinkan untuk share. Semoga bermanfaat.
-Syahirah Omar Mak anak istimewa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Rumah tangga yang bahagia tentu tidak dapat terjadi tanpa adanya proses dan pembelajaran dari masing-masing pasangan.
Begitu dengan perkongsian saudara Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan untuk kekal bahagia rumahtangga.
Ramai isteri tak tahu rahsia terbesar suami sendiri 1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.
2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.
3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika.
Isteri hadam dan fahami rahsia suami
InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja. p/s : Cuba la tag suami korang tapi percaya la tak ramai sanggup nak mengaku. Hilang la macho kan..Amal tips saya bagi malam ni terus ye. Sambil belai ubun-ubun dan rambut suami masa tengah tidur tu bisik la kata-kata ni ” Abang, gelang omeh satu ye besok “. Kalau suami korang angguk kecil, rezeki raya korang la tu. Cuba tau!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...