
Penggunaan herba dalam masakan bertujuan untuk meningkatkan rasa, memberi lebih tekstur dan aroma pada masakan. Buat anda yang gemar menanam pelbagai jenis tanaman harba, tentunya ada banyak kelebihannya. Selain menjimatkan, tidak perlu lagi membeli ramuan herba bahkan memudahkan. Setiap kali hendak menggunakan herba-herba dalam masakan terus sahaja boleh dipetik dan pastinya segar.
Umpamanya, basil atau juga kita panggil daun selasih lebih bagus digunakan yang segar berbanding yang dikeringkan. Masakan yang ditambah daun basil memberi lebih kesegaran kepada masakan tersebut.

Jika anda penggemar daun basil, bolehlah tanam sepokok di rumah. Caranya mudah dan ini dikongsikan oleh Yuyun R Bajuri, bolehlah dijadikan panduan untuk sesiapa yang mula berjinak-jinak menanam herba di rumah. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Menu yang selalu sis buat dengan daun selasih ni :
1. Ayam / daging pad kra pow
2. Topping pizza
3. Ulam
Cara Semai
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih atas dia. Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas. Ni dah kira ok la ni dah kelua ekor.
2. Abaikan tag. Over eksaited salah tulis bay. Letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Sis guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik.
3. Dah macam ni bole la jual. Ehh… Selamat mencuba!
Sumber : Yuyun R Bajuri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sungguh Lain Daripada Lain Minatnya. Jadikan Anak Lelaki 3 Tahun Ni Diiktiraf Sebagai Adiwira Cilik Alam Sekitar!

Keterujaan setiap kali melihat lori dan pekerja pembersihan mengutip sampah di kawasan perumahan, siapa sangka boleh menarik minat seorang kanak-kanak lelaki untuk turut sama menjaga alam sekitar meskipun umurnya baru tiga tahun.
Zayn Asyraff Mohamad Aliff Hakim yang masih kecil dan belum pun fasih bertutur, gemar mengutip sampah dengan membawa tong sampah mini ke mana-mana sahaja dengan ditemani ibu dan bapanya.
Memetik kisah lanjut adik Zayn Asyraff di Utusan Malaysia, anak kecil ini telah dinobatkan sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula oleh SWM Environment, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi.
Difahamkan Zayn Asyraff Mohamad Aliff yang baru berumur tiga tahun itu amat teruja setiap kali melihat lori sampah milik SWM Environment Sdn. Bhd. yang mengangkut sisa buangan berhampiran rumahnya atau setiap kali berselisih dengan kenderaan berat itu.
Teruja Bila Belikan Permainan Tong Sampah
Ibunya, Norfaizah Mohd. Esa, 28, berkata, anak sulungnya itu memang gemar mengutip sampah dan sikap terpuji anaknya itu dikesan sejak berusia setahun lapan bulan terutamanya apabila melihat lori sampah berkenaan.
“Sejak kecil bila nampak lori sampah saya akan tunjuk kepadanya sehinggakan satu masa jika saya tidak buka pintu tunjuk lori sampah yang datang dia akan menangis. Dia sangat teruja bila melihat lori mengangkat tong sampah untuk dimasukkan ke dalam lori.
“Bahkan kami lihat minatnya terus mendalam bila suami, Mohamad Aliff Hakim Jais, 29, ketika membelikan mainan biasa untuk Zayn Asyraff namun dia akan mudah jemu. Tetapi selepas kami belikan dia permainan tong sampah kecil ternyata dia amat menyukainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Norfaizah berkata, setakat ini Zayn Asyraff memiliki tiga koleksi tong sampah kecil dan juga lori sampah kecil dengan salah satunya yang berwarna hitam akan dibawa ke mana-mana sahaja termasuk ketika ke rumah pengasuh.
Lihat Dari Sudut Positif
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu, pada awalnya memang dia agak pelik dengan minat anaknya itu namun memandang perkara itu dari sudut positif.
“Biasanya bila kami pergi berjalan-jalan atau bercuti dia tidak bermain sebaliknya dia akan berlari cari sampah lebih-lebih lagi bila nampak tong sampah yang disediakan ada sahaja sampah yang hendak dibuang.
“Kami memandang minatnya dari sudut yang positif mungkin kerana mana tahu satu hari nanti dia boleh menjadi kontraktor untuk sistem sisa pepejal.
“Maka sebagai ibu bapa kami tidak halang minat anak bahkan mendorong apa yang dia minati dan mahu menjadi pendorong kepada masyarakat di luar untuk sama-sama mengutamakan kebersihan,” katanya.

Tauladan Kepada Umum
Sementara itu, Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 2, SWM Environment, Mohd. Asriff Samion berkata, pihaknya merasa amat dihargai kerana tugasan kakitangan dalam menguruskan sisa pepejal menjadi daya tarikan minat kanak-kanak seperti Zayn Asyraff.
Katanya bagi memenuhi dan melengkapi minat kanak-kanak tersebut, pekerja SWM Environment juga telah singgah ke rumahnya untuk mempamerkan proses pengendalian tong sampah beroda bersama lori kompaktor.
“Adik Asyraff adalah suri teladan kepada kanak-kanak dan masyarakat umum tentang penjagaan kebersihan dan penggunaan tong sampah secara tertib serta selari dengan Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah yang SWM Environment jalankan.
“SWM Environment juga kagum dengan keupayaan adik Asyraff yang sudah mengenali konsep kitar semula. Oleh itu, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi, SWM Environment mengiktiraf adik Zayn Asyraff sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Penat Sekali Je Buat Stok Makanan. Hari-hari Lain Confirm Mudah Bila Ikut Cara Ni!
Setiap antara kita mesti ada cara tertentu untuk menyimpan bahan basah untuk pastikan kekal elok untuk digunakan.
Pun begitu, melalui satu perkongsian daripada Naeamah Balqis ini agak luar biasa menariknya tentang cara yang diamalkan untuk memastikan stok bahan basah kekal segar dan yang penting cukup memudahkan kerja.
Jom baca perkongsian penuh daripada ya.
Selesai stok lauk untuk bulan 3 / 2018. 2018. Alhamdulillah stok lauk untuk bulan Mac lak…bajet untuk 3 minggu juga..cukup2 3 minggu yang bulan 2……settle semua….senang….nak masak apa amik jer..memang penat awalnya…akhirnya senang sangat….takder alasan….pengalaman sendiri kalau dah malas memang banyak alasan…tak ckp orang hokey….ckp diri sendiri…
Langkah perlu buat :
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna TIPUWARE…jangan duk cakap saya iklan tupperware hokey) untuk sekali masak…masukkan air sampai menutupi lauk tadi…simpan kat tempat BEKU..
Letak air untuk apa?
Untuk KEKALKAN KESEGARAN lauk td…anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana…dilitupi air batu…bila ais cair…ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan…
*Lauk yang saya LETAK AIR – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…JANGAN LETAK AIR
Bila nak masak
Keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa… hahaha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan…
Cara simpan sayur
– Halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan MASUKKAN AIR sampai menutupi sayuran tersebut
– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….LETAK TISU kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi…
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu…
Bajet lauk dan sayur2 **
Ayam – Rm36.00 (2 ekor)
Udang biasa – Rm 23.00
Sotong – Rm 36.00
Ikan Selar – Rm 44.00
Tulang Lembu – rm23.00
Ikan Mabung – Rm 13.00
Telur – Rm11.00
Jumlah = Rm183.00 (Lauk)
= Rm 31.00 ( sayur )
** bajet bergantung kepada keperluan 6 individu…saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm say
Ekstra info :
** bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok…
** kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana….
** bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga…
** dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post…
** mintak maaf kalau komen tak sempat saya balas…dan terlepas pandang…
** Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
** semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya…
Sumber : Naeamah Balqis
“Abah Pesan Kena Lebih Berjaya Dari Orang Lain Sebab Saya OKU.” Perkongsian Mohd Sukur, Disipilin & Kasih Sayang Mak Ayah Bentuk Dia Jadi Insan Berdikari!

Ibu bapa mana yang tidak gembira dan bangga melihat pencapaian anak-anak dalam peperiksaan kan. Tidak hairanlah di media sosial kini penuh dengan status ibu bapa yang memuat naik keputusan anak-anak yang cemerlang.
Setelah berpenat lelah dan mengorbankan masa dan tenaga, inilah masanya untuk bersyukur dan bergembira dengan kejayaan tersebut.
Turut berkongsi pandangan yang sama,Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah, Mohd Sukur Ibrahim memuat naik status di instagramnya. Dalam status berkenaan, beliau bercerita bagaimana disipilin dan didikan ayahnya membuahkan kejayaan pada dirinya sekarang.
Hujung-hujung musim persekolahan ni, ramai mak ayah upload gambar keputusan peperiksaan anak2 mereka. Anak mereka dapat hadiah di hari penyampaian hadiah sekolah. Konvokesyen sekolah. Bangga..Anak kan..Mak ayah mesti nak yang terbaik.
Masa saya sekolah dulu pun sama. Abah pesan saya kena lebih berjaya dari orang lain sebab saya OKU. Abah nak saya naik pentas setiap tahun ambil hadiah no 1. Kalau boleh subjek terbaik pun saya ‘tapaw’ sekali..No 2 pun abah taknak tau..Cakap taknak datang sekolah ambil buku rekod saya..huhu
Jelasnya lagi, biarpun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), namun dengan disiplin yang diterapkan oleh ayah dan juga kasih sayang yang dicambahkan oleh ibunya membuatkan dia mampu berdikari seperti sekarang.
Alhamdulillah sebab disiplin abah dan kasih sayang emak dulu membentuk sy jadi insan yang mampu berdikari harini. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain walaupun hakikatnya sy ni tak tinggi pun..☺
Sahabat, mana2 yang tengok mereka upload kejayaan anak mereka, terimalah sebagai satu benda yang positif. Ucapkanlah Tahniah. Walaupun anak kita tak dapat hadiah ataupun tak sehebat anak mereka. Mungkin BELUM hebat atau BELUM berjaya. Kejayaan itu bukan bermaksud dari segi akademik je kan..? .
Setiap orang layak berjaya. Usaha, percaya diri dan jangan putus asa. Cabaran tetap ada. Jom bersemangat! .
View this post on InstagramA post shared by Mohd Sukur (@sukuribrahim) on
Sumber: ig sukuribrahim