Sering menjadi masalah bagi pengguna telefon dalam menentukan had masa caj yang sepatutnya. Hingga tidak dinafikan ada yang mengambil jalan mudah membiarkan telefon dicaj semalaman. Pun begitu tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya dan dalam masa yang sama menjadi punca bateri tidak tahan lama.
Bagi mengelakkan semua ini berlaku sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan selamat boleh dipraktikkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh @hafizi.zain di aplikasi TikTok berkenaan satu aplikasi yang boleh mengeluarkan suara bila telefon dicaj penuh. Nak tahu detail, ini langkahnya.
Langkah 1:
Pergi dekat playstore dan install aplikasi Battery Sound Notification. Bila sudah install klik butang ‘Open’.
Langkah 2 : Kemudian lihat di bahagian atas kanan akan ada simbol + dan mode ‘connected’ kemudian taip di bahagian ‘Text To Speech’ (cth: Thank you tolong chage). Kemudian tekan simbol save di bahagian atas.
Langkah 3 : Kemudian kita set pula bila bateri sudah full 100%. Buat tetapan ‘suara’ yang ingin digunakan dengan taip pada bahagian Teks To Speech. (Cth : Bateri dah penuh)
Langkah 4 : Kemudian save dan update. Kemudian bolehlah dicuba, nanti bila bateri yang dicaj telah penuh, akan ada keluar suara menandakan bateri telah dicaj penuh.
Untuk lebih detail lagi, boleh lihat video ini.
@hafizi.zainBateri dah full, dia bagitau.. Bateri low pun, dia bagitau.. Jom try! ##share ##tiktokguru ##foryou ##tiktokmalaysia ##viral ##hafizizain♬ Epic Music(842228) – Pavel
Sumber : @hafizi.zain
ARTIKEL MENARIK: Spaghetti Carbonara Yang Creamy Di Mulut, Mudah Nak Buat Confirm Seisi Keluarga Suka!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club