Nak Buat Solat Tahajud Tapi Asyik Tak Jadi. Cara Ustaz Ini Jelaskan Mudah Faham Dan Tak Sukar.

Share

Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.

Sudah tentu ramai yang ‘berhajat’ untuk bangun malam melakukan solat Tahajud. Namun, sikap fikirkan mengenai bacaan dan cara solat membuatkan hasrat itu tidak menjadi.

Namun, usah jadikan ia alasan menebal dalam diri, ikuti perkongsian ustaz ini mengenai cara solat tahajud yang mudah.

Moga muhasabah diri.

MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD

Waktu yang the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh.
Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH” , tak perlu lafadz niat.

Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya.

Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.

Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.

Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
SENANGKAN?

Sumber : Ustaz Muhamad Rizal

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club