Nak Buat Serunding Daging, Ini Caranya. Wanita Ini Kongsikan Resipi.

Share

Serunding salah satu juadah yang menjadi pilihan tatkala Syawal. Ia enak dimakan bersama ketupat dan lemang. Malah,ada juga menikmatinya bersama bersama nasi panas dan kicap atau sambal cili. Memang sedap!

Menerusi facebook, Sifu Aya Maria Fathil berkongsikan resepi serunding enak buat membangkitkan selera seisi keluarga di pagi raya. Raya tetap raya walaupun ibu ayah di kampung.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Resepi Serunding Daging.

Bahan-bahan

– 1 kilo daging (rebus hingga empuk dan siat2 halus)

– 6 batang serai

– 4 biji bawang besar @ 15 biji bawang merah kecil.

– 1 labu bawang putih

– 20 tangkai Lada kering (klu nk pedas sikit tambah lagi 5 tangkai Lada kering)

– sedikit lengkuas

– sedikit halia

– garam lebih kurang 3 1/2 sudu kfc (secukup rse)

– gula pasir lebih kurang 11 sudu besar (secukup rse)

– serbuk perasa jika suka…

– 2 biji kelapa (santan) @ sekilo santan..salah satuni bole…sy guna 1 kilo daging…1 kilo santan.

Cara membuat:

Blender semua di ats…masukkan dalam kuali bersama santan dan daging yg telah disiat… masak dan kacau hingga kering..x payah tumis…garam dan gula secukupnya.

Nota: Untuk rasa lebih pedas boleh tambah jintan dan ketumbar

Sumber: Sifu Aya Maria Fathil