Nak Buat Sambal Supaya Jadi Likat Dan Berkilat. Siap Boleh Buat Bisnes Lagi. Ini Resipi Mesti Cuba!

Share

Bukan mudah jika memask sambal supaya rasa sedap, likat dan berkilat.

Masak sambal termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang.

Nak tahu rahsia supaya sambal jadi lebih sedap ikuti resipi puan Nurfaryana Nazari. Boleh cuba!

Bahan-bahan dan cara penyediannya:

  1. Cili kering 2 genggam, rendam air panas, blend dgn selabu bawang besar, 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia, sebtang serai(ikut nak bubuh atau tak) blend dgn minyak bekas goreng ikan bilis 2 senduk(ni akan buat sambal tu sedap) n sedikit air..
  2. Panaskan minyak, masuk daun pndan sehelai n tuang bhn blend, tumis smpai pecah minyak, masuk skeping asam / asam jawa.. letak garam n gula + gula merah..
  3. Masukkan bilis yang digoreng, gaul sebati, boleh tutup api bila nmpk minyak n sambal tu tpisah mcm dlm gmbar.. buat sambal ni mmg pakai minyak banyak, nanti bila nak mkn, boleh buang sikit lapisan minyak tu.
  4. Jika nak buat sambal udang, sama ja langkahnya cuma tambahkan saja hirisan bawang besar dlm smbal.. rasanya lebih manis, sesuai utk masakan udang.

Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.

Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.

Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.

Sumber: Nurfaryana Nazari