Hujung tahun ni mesti ada yang merancang nak buat potluck atau keluarga gader. Maklumlah pelbagai aktiviti nak dilakukan. Bila sebut potluck ni mesti kena menyediakan menu untuk hidangan bersama keluarga. Apa kata cuba resepi sandwich viral. Mudah penyediaannya. Ikuti perkongsian Ibu Azzah yang tidak lokek memberikan ilmu respi viralnya. Jom kita cuba buat!
SANDWICH VIRAL 35 RIBU SHARES
Resepi Sandwich ibu yg pernah viral suatu masa dulu…dan tak pernah jemu sampai sekarang. Sesuai dibuat utk sebarang majlis.
Korang boleh variasikan inti…grilled chicken, egg mayo dan macam2 lagi. Ikut kreativiti korang laaa..kasi kebabom gitu.
Bahan2: (9 bahan jer)
✅1 buku Roti – ✅1 tin Tuna ✅5 sudu besar Mayonis ✅1 biji Bawang holland ✅2 bj Cili api ✅satu hiris Limau nipis ✅Tomato ✅Salad ✅Marjerin pelangi (x ada dlm pic)
Penyediaan bahan
PENYEDIAAN INTI TUNA
✅I tin tuna (flakes atau chunks), jenis berair atau berminyak boleh tapi mesti buang cairan tuu dulu✅I bj bawang holland – cincang kasar✅2 biji cili api merah – potong halus✅5 sudu besar mayonis✅Satu hirisan limau nipis (jgn sebiji pulak)Cara2:
1. Tuna dihancurkan dulu guna garfu. 2. Masukkan mayonis dan semua bahan yg lain. Jgn lupa perahkan asam limau. 3. Gaul rata sehingga sebati 4. Sedia utk diguna terus 5. Boleh simpan dlm chiller sekejap lagi sedap.
Potong tepi roti guna pisau tajam atau gerigi supaya tak kemek.
Ini roti yg dah dipotong tepi. Lebihan roti tadi jangan dibuang. Korang boleh buat breadcrumbs atau bread pudding.
Ads
Sapu rata roti dgn marjerin. Jgn tebal sgt..sapu nipis jer. Ibu guna pelangi. Kalau nak guna butter pun boleh…terpulang.
Sapu pulak mayonis. Pun nipis shj.
Letak salad ? atas roti. Nk guna salad jenis lain2 pun tak per.
Ads
Sapukan rata.
Kemudian, letak 2 hirisan tomato ? ke atas roti ke dua yg dah disapu marjerin n mayonis. Kemudian Letak inti tuna satu sudu dan ratakan.
Kemudian ambil roti kedua tadi susun atas roti pertama yg kita dah standby yg ada salad td tu.
Ads
Pastu, susun pulak kepingan roti ketiga juga yg dah disapu majerin dan mayonis atas roti kedua.
Notes : roti ketiga hanya sapuan marjerin dan mayonis shj
Macam ni jadinya susunan roti. Guna batang lidi cucuk roti macam dlm gambar. Tujuan utk elak roti bergerak semasa proses potong. Potong menyerong guna pisau tajam atau yg bergerigi. Pastikan jari jgn menekan sgt roti nanti penyek semasa proses potong.
Letak satu bite sandwich yg da siap ke dalam paper cup, no 10. Nampak kemas dan menarik. Ikut korang laaa nak jual berapa. Asalkan jgn murah sangat nanti lambat kaya ?
Dah siap! Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengimbau kenangan antara kek yang mak-mak kita akan buat bila tibanya Syawal mulia, dan sangat-sangat kita nantikan bila mak memasaknya lain tak bukan adalah kek oren. Keenakan rasanya sudah dapat dihidu ketika sedang dibakar lagi. Memang semerbak dan buat kita yang ketika itu masih kecil tidak sabar untuk menjamah kek tersebut. Sekali makan memang nak makan lagi, langsung tak muak.
Jadi untuk mengembalikan nostalgia dulu-dulu, apa kata raya tahun ini kita sediakan pula kek oren ini untuk dinikmati oleh anak-anak dan suami tercinta. Resipinya seperti yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamira.
Ini perkongsiannya.
Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak. Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua!
Kuih ketayap ini sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.
Biasanya kuih ketayap berintikan kelapa, apa kali ini jadikan ia berlauk. Sebagaimana perkongsian ini, kuih ini kelihatan lebih menarik apabila berintikan kentang. Sudah tentu lebih kenyang makan kuih cara ini.
Nak cuba, ikuti resipi ini.
Ketayap berlauk. Sesekali kita tukar inti ketayap. Dari inti manis ke inti kari. Buat minum petang atau sarapan tk kira waktu.
3 biji ubi kentang(potong dadu) Sedikit isi ayam atau daging (do potong kecil2) 2 ulas bwg putih(potong dadu) 1 biji bwg merah(hiris dan potong dadu) 1 pkt rempah kari daging(kecil) Daun sup garam Penambah rasa(aji)
Cara penyediaan: Campur semua adunan utk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang. Tapis kan.. kemudian ambik sesenduk dan tuang atas kuali non stick ulangi hingga adunan habis. utk inti- tumis bwg merah,putih yg dh di potong dadu masukkan rempah kari.. gaul sebati. letak air skit.. biar terbit minyak masukkan ayam@daging masukkan kentang yg di potong dadu letak garam,aji perasakan,taburkan daun sup.tunggu hingga kering skit dan angkat ambil dadar td.letak inti,dan lipat@gulung. Macam buat ketayap inti kelapa. sedia utk di makan
Sumber: Eniza M. Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya ramai je nak cuba buat biskut raya sendiri, ye la bila tetamu datang, momen mereka makan biskut airtangan kita sendiri tu yang paling ditunggu-tunggu.
Ada sesetengah orang anggap nak baking ni perlukan skill, kalau tak ada tak menjadi juga. Tapi yang penting sebenarnya, resipi yang betul ikut sukatannya. Kalau ada skill, resipi tak menjadi tak guna juga kan?
Yang mana ada niat nak belajar buat samperit tu, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nana Fiana ni! Tak reti buat bunga? jadi semperit panjang-panjang tu pun boleh! Jom cuba.
Tengok ramai yg gagal buat semperit lately. Ni saya kongsikan resepi blh buat kt umah masing2 ye 🥰 saya buat niaga ni 🤭
RESIPI BISKUT SAMPERIT
Bahan-bahannya :
340g butter
250g susu pekat
80g tepung kastard
600g tepung jagung
Nk flavour lain tambah je esen pandan ke, rv ke choc ke dalam 10gram.
Cara-caranya:
1. Uli sampai jadi doh. Nk guna mixer kelajuan rendah, Atau guna senduk, atau uli guna tangan jela🤭
2. Sebelum bakar set dulu dalam 30minit bagi kene angin biar tak jadi arnab bunga tu 😆 (letak tepi dahulu kuih sebelum bakar)
3. Bakar suhu 160 20-25mnt ikut oven masing2.
4. Nk buat semperit panjang2 tu pun blh.
Semoga bermanfaat, doakan saya ye. Siapkan 500balang sorang2 ni
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.