Kalau kita beli cili padi dan simpan di dalam peti sejuk, andai tidak digunakan kurang daripada seminggu mungkin akan layu dan kering. Jadi apa kata kita ambil cili tersebut dan jadikan langkah pertama untuk mula memiliki laman herba di rumah.
Memandangkan orang kata menyemai cili ini tidaklah sukar dan ditambah pula tidak memerlukan ruang atau kawasan tanah yang luas, jadi sesuai sangatlah kita mulakan projek kebun mini hujung minggu ini.
Bila tanaman berhasil, mudahlah jadinya. Nak masak terus dipetik segar daripada pokok. Untuk lebih info, jom kita fahami perkongsian daripada puna Zahara Ramlee ini tentang langkah-langkah menyemai cili.
“Cara semai anak pokok cili cara mudah. Jom ikut step bawah ni. Mungkin ada kalangan sahabat yang dah tahu. Tapi ni cara yang sangat mudah dan tak rugi la kalau nak cuba. Sekurangnya dapat tanam sepokok dua dah jimat wang takyah beli kat pasar.”- Zahara Ramlee
Step 1 – Potong cili yang masak ranum di bahagian tengah.
Ads
Step 2– Ambil biji cili tadi tu tabur je dalam pasu kecil @ polybag. Selepas 2 minggu benihnya akan bercambah. Pastikan anak benih jangan letak direct bawah cahaya matahari.
Siram 2 kali sehari dengan semburan halus je.
Ads
Step 3 – Anak pokok yang besar dalam 3-4 minggu dah boleh dipindahkan ke atas tanah atau ke pasu @ polleybag besar.
Ekstra tip:
Dah tanam tu jangan lupa bagi anak pokok ni makan. Bubuh la baja 1-2 kali sebulan.
Ads
Boleh buat jadual.
Pokok cili akan berbuah lebat selepas 6 minggu tengok juga cara pembajaan. KakZa pakai baja tahi ayam je.
Bilik tidur adalah tempat pertama yang mesti kelihatan kemas dan cantik sebelum mak-mak mula mengemas dan memasak. Bila bilik tidur tak kemas termasuk cadar tilam, tentu mood pun ke laut. Maklumlah bilik adalah ruang utama untuk kita berehat seketika sebelum melakukan urusan harian.
Tapi nak buat cadar tilam kemas dan tegang bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil yang sedang lasak.
Menarik perkongsian ini. Jom lihat tip yang dikongsi. Senang kerja mak-mak. Bilik pun kekal cantik dan kemas. Anak melompat sakan pun tetap maintain tegang!
“Tips supaya cadar tilam sentiasa ‘tegang’ dan rapi tanpa perlu bekerja keras menarik hujung-hujung cadar sesudah terbangun dari mimpi.
‘Suspenders’ ni saya beli kat DAISO, bersaiz kanak2 (RM5.90). Sesuai untuk katil bujang. Untuk katil saiz ‘Queen’, ia boleh didapati di kedai Mr DIY.”
Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas. Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.
Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.
Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!
Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:
1. Kapur masakan
Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.
2. Tepung beras
Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.
3. Kelapa parut
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.
4. Soda bikarbonat
Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.
5. Bijan
Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.
6. Minyak panas
Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.
7. Tepung goreng segera
Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap isteri perlu berusaha untuk memikat suaminya setiap hari. Terkena panah arjuna katanya.
Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya.
Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.
Bimbang cintanya kian pudar? Cuba 10 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.
1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
2. Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
3. Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.
4. Makan bola, tidur bola, minum pun bola
Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti.
5. Percaya
Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.
6. Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
7. Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!
8. Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.
9. Hadiah
Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
10. Teman
Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.
Sumber: tzkrh.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gempar satu negara dengan kehilangan bayi kembar berusia 9 bulan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap...