
Kepada yang suka memasak untuk keluarga tentu sentiasa mencari resepi yang mudah cara penyediannya.
Melalui perkongsian Aezween Rainoe, menyediakan cara mudah membuat kuih lapis. Cara nak buat pun guna sukatan cawan.
Jom semak!
Yeah! berjaya buat walaupun 1st time
follow resepi dari group ni
alhamdulillah cantik kejadiannya
boleh kopek satu² lagi?
sedap sangat
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaannya
blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian
1 letak pewarna 1 biarkan putih
kukus selapis² selama 7 minit
lapisan terakhir kukus selama 20 minit
oles bekas dgn minyak utk mudah keluarkan
oles pisau dgn minyak utk mudah potong kuih.

Selamat mencuba!
‘Daripada Marah-Marah Anak, Baik Doakan Jadi Anak Soleh.’. Wanita Ini Kongsi Cabaran Uruskan Anak. Deep!

Tidak dinafikan karenah anak-anak ini, boleh para ibu terutamanya mengalami kemurungan atau stress. Penat yang melampau dengan keadaan rumah yang bersepah membuatkan para ibu menjadi seorang yang pemarah dan suka membebel. Walaupun situasi yang dinyatakan itu hanya dialami oleh segelintir sahaja, namun ia tetap memberi impak kepada emosi para ibu.
Namun menarik dengan perkongsian ini, katanya daripada memarahi anak, lebih baik mendoakan anak. Sekali gus, aura positif menyuntik dalam diri untuk memastikan anak-anak mendapat kasih sayang.
Apa pun anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah untuk kita mendidiknya agar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jadi para ibu, jangan stress, lakukan amanah itu dengan sebaik mungkin. Anggap aje anak yang suka sepah itu anak yang cerdik!
Ikuti perkongsian ini.
Tadi kawan kakg share poll dari group,
“Anak Sepah Apa Hari ini?”
Admin tu tanya, anak nombor berapa paling panjang akal?
Majority jawab nombor 2.
Tapi seriuslah, anak kakg, soib paling banyak kerja dan cabaran setakat ni.
Dengan baby dia macam belum boleh terima dia ada adik. Dengan kakak, dia buli je. Mentang-mentang kakak saiz kecik.
Nak jadikan cerita, malam tadi Soib terkencing malam. Kalau ikutkan memang wajar geram atau marah kat dia. Dah tengah malam, baru nak rehat, kencing pula. Gitu lah.
Alhamdulillah Allah izinkan teringat baru je belajar ilmu dalam zoom Aura Rezeki, ayatnya macam ni,
“Orang yang hidup pada masa lalu, dia akan stress. Orang yang hidup pada masa depan, dia akan bimbang”
Apa yang kakg faham, anak dah terkencing, tilam dah basah – masa lalu yang tak boleh ubah dah.
Kalau kakg pilih marah, aku pun akan stress. Dok mikir nape anak aku ni macam ni eh? Aku tak pandai ajar anak ke?
Kalau fikir masa akan datang pula, macam mana nak bersihkan toto ni eh? Kalau aku bersihkan nanti, jiran nampak, agak agak malu tak ek kalau jiran tau anak dah dekat 6 tahun masih kencing malam? (emosi bimbang)
Marah tu energy negatif. Dia menarik energy negatif yang lain macam stress, kecewa, salahkan diri sendiri, dendam dan seterusnya.
Beza kalau kita mampu hadapi dengan rileks, akan tarik energy kebahagiaan, ketenangan, kesyukuran,
“Oh, anak aku kencing. Tak pelah, tukar je lah toto dulu. Esok pagi settlekan”
“Oh, anak aku kencing, tak pelah. Nak buat macam mana, marah pun bukan boleh kering semula benda ni”
“Oh anak aku kencing, tak pelah. Syukur dia masih boleh kencing. ada org lain tak dapat macam ni”
Bawak jelah anak pi toilet. Sambil dalam hati banyakkan doa,
“RABBI HABLI MINASSOLIHIN”
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
(QS. As-Saffat 37: Ayat 100)
Kalau time jirus air garam untuk mandikan anak tu pun boleh baca jugalah ayat ni. InshaaAllah molekul air jadi cantik, serap kat tubuh badan anak melalui liang roma dia. InshaaAllah perkara perkara baik yang akan datang nanti.
Ni doa Nabi Ibrahim As, Nabi yang paling ramai keturunannya jadi Nabi dan Rasul. (orang orang soleh)
DOAKAN ANAK
Daripada marah-marah, baiknya kita doakan. Semoga anak ini jadi anak yang soleh. Banyak cabaran masa jaga dia nak membesar tak pelah. Sabar sikit je.
Orang kata yang jenis masa kecik tak mudah handle, dah besar nanti dialah yang paling membahagiakan.
InshaaAllah.
(Gambar dari group anak sepah apa hari ni? Jangan lupa mandi garam ye maknya. Hahaha)
Anak korang yang nombor berapa paling panjang akal?
Kredit: Faoziyah Faru
Waris Mat Kilau Buat ‘Gathering’ Di Pawagam, Sedih Dituduh Nak Tumpang Popular!

Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, mencipta fenomena luar biasa hingga menggaut keuntungan tertinggi dalam sejarah filem tempatan. Setiap hari ada sahaja penonton membanjiri pawagam bagi menonton kehebatan pahlawan Melayu ini.
Tidak dengan itu, kesan daripada filem ini juga telah meniupkan semangat ibu ayah untuk turut menghantar anak-anak mempelajari ilmu persilatan.
Keterujaan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ sahaja, malah siapa sangka filem ini juga telah menyatukan kembali susur galur keluarga Mat Kilau.
Ini sebagaimana menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh @tehnazfamily yang tular baru-baru ini.
Booking Satu Hall
Video tersebut memaparkan sekumpulan keluarga menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untuk menonton filem Mat Kilau bersama-sama.
Dalam hantaran video tersebut, individu itu berkongsi detik-detik manis pertemuan waris pahlawan yang diangkat sebagai watak utama dalam filem yang menjadi sebut-sebutan kini.
@thenazfamily Semua happy gila dengan watak2 dalam filem Mat Kilau. Habis je cerita, non stop bercerita pasal kisah Mat Kilau. Antara cerita yang diceritakan Bagaimana diorang semua tak percaya bila mula2 Mat Kilau perkenalkan diri pada tahun 1969 sampai Mat Kilau terpaksa tunjuk badan dia memang berlubang kesan kena tembak dengan Peluru Emas. Kerana hanya peluru Emas boleh menembusi kekebalan Mat Kilau #MatKilau #filemmelayu #filemmatkilau #fyp ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
“Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcoron tengok (filem) Mat Kilau. Sepanjang scene Mat Kilau, semua bersorak tepuk tangan.” tulisnya.
Dalam video itu juga, turut dijelaskan mengenai susur galur waris yang hadir menonton filem itu.
“Mereka semua ini keturunan isteri pertama Mat Kilau iaitu Yang Chik seperti dalam filem ini. Mat Kilau dan Yang Chik ada satu-satunya anak perempuan iaitu Khatijah.
“Banyak kisah-kisah mengenai Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ini. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua,” tulisnya.
Turut kelihatan, kain rentang yang tertera tulisan ‘Perjumpaan Waris Mat Kilau dari Susur Galur Anaknya, Khatijah’.
Meninjai di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada juga yang perli kononhya keluarga tersebut muncul apabila filem ini ‘pecah panggung’ dan semua itu hanya mahukan perhatian.
“Cerita meletup, barulah semua nak mengaku waris Mat Kilau, semua nak ambil kredit,” tulis satu netizen yang bersikap negatif.
Namun, komen itu dibalas semula oleh pemilik akaun TikTok itu, menjelaskan bahawa tujuan mereka bukanlah untuk menumpang nama atau mendapatkan kredit, sebaliknya ingin menyokong kehadiran filem itu.
“Bukan nak ambil kredit. Nak beritahu yang waris Mat Kilau ada saja yang sokong filem ini. Semua suka gila tengok cerita pasal nenek moyang mereka,” tulisnya.
Selain itu komen positif dapat dibaca adalah seperti
“Kenapa saya yang happy tengok diaorang berkumpul”
“Finally!! Aku Series tunggu je part macam ni “Waris Mat Kilau” Mana la diaorang ni semua, Finally keluar pun. Jika benar, Allahuakbar”
Sumber : @thenazfamily
ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Saya Tak Nak Anak Derhaka Pada Ayah Mereka..”-Mulianya Hati, Netizen Respect Cara Ziana Zain!

“Saya Tak Nak Anak Derhaka Pada Ayah Mereka..”-Mulianya Hati, Netizen Respect Cara Ziana Zain!
Bercerai tidaklah bermaksud untuk bermusuh. Begitulah mulianya hati penyanyi Madah Berhelah, Ziana Zain ini. Walaupun jodoh tidak panjang bersama bekas suaminya, namun tidak pernah sedikit pun melarang anak-anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Empat tahun memegang status ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.
Semua ini diceritakan ikhlas darihatinya melalui program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu yang lalu.
@seorangnur Bagusnya Kak Ziana didik anak-anak dia walau dalam apa jua situasi keluarga dorang ❤️ #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Kaulah Ibuku – Muhajir Lamkaruna
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ziana Zain turut berpesan pada anak-anaknya untuk menunaikan tanggungjawab kepada ayah mereka untuk menjaganya bila suda tua kelak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” demikianlah katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh hati dan meluahkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu. Meskipun telah banyak dugaan yang dilalui namun tetap mahu menjaga hubungan baik anak-anaknya dengan ayah kandung mereka.
Ini antara komen yang ditulis oleh warganet :-
“Bagusnya kakziana ni… didik anak2 sy cuba jadi ibu mcm kakziana juga”
“Tabahnya kak zz..nangis kita tgk”
“Hebat anak2 Kak Ziana..good looking🥰”
“MashaAllah Kuat nya kakak ku ziana, ank2 pun Baik alhamdulillah 🥺”
“Muka anknya mcm… penyanyi indonesia tu… Rizky Febian😁”
Ekstra Info : Terdahulu, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018. Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.
Sumber Tiktok @seorangnur
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club