Nak Buat Haji Dengan Selipar Jenama, Akhirnya Yang Murah Kena Pakai!

Share

 Bertuahnya buat jemaah yang dapat menunaikan amalan rukun Islam ke lima yang merupakan ibadah impian setiap mukmin.

Dugaan ketika mengerjakan amalan ibadat pasti ada biarpun di Tanah Suci.

Namun ia sebenarnya adalah pertunjukan yang Maha Esa untuk menginsafkan kita.

Kejadian yang terjadi kepada salah seorang jemaah iaitu saudara Hafizul Hakim harus dijadikan iktibar apabila telah memasang niat untuk menggunakan selipar yang mahal dan berjenama ketika melakukan ibadah telah menginsafkannya.

Kejadian selipar jenama mahal yang putus sebelum dia melakukan Arafah telah membuatkan dirinya terkesan. Akhirnya selipar murah digunakan untuk melakukan ibadah di sana.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga kita muhasabah diri.

 

Dari guna selipar Skechers, berakhir dengan selipar jamban

Sebelum bertolak ke Arafah, saya guna selipar brand Skechers yang dah dipakai lebih dari setahun. Tahan lasak dan sangat selesa. Memang rasa berjalan seperti atas tilam Vono tau. Huhu.

Masa jemaah haji bercerita tentang jarak perjalanan jalan kaki yang jauh di Mina, entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati,

“Oh aku pakai Skechers. Okay kot. Mesti jalan laju.”

Terlupa nak istighfar. Lintasan hati. Allahu!

Entah macam mana ditakdirkan malam sebelum bertolak ke Arafah, tali selipar Skechers tetiba putus.

Ah sudah.

Dek kerana masa terlalu singkat, aku berlari dari Hotel Majad al-Bayt pergi beli selipar jenama Crocs warna putih di Abraj, Clock Tower.

Harga SR120. Masih lagi beli sebab fikir penting untuk keselesaan.

Mahal = selesa. Kononnya.

Sampai je hotel, petugas Tabung Haji tegur selipar tu tak ‘comply’ sebab jari kaki yang kecik sekali tersorok. Mesti jelas kelihatan semua jari kaki. Pantang larang dalam berihram.

Kalau tak, kena dam. Huhu.

Akhirnya tiada pilihan lain, saya pakai selipar jamban warna hijau yang di bekal. Harga RM2.50. Bila fikir balik malam tu, seolah Allah nak tegur. Sebenarnya, yang bagi keselesaan, kebahagiaan semuanya dari Allah bukan seperti aku fikirkan.

Ajaibnya, selipar hijau murah ni tahan berjalan malah sangat selesa sejak dari Arafah, Mudzalifah, melontar di Jamratul hingga habis sai’e haji. Jumlah jarak berjalan di Mina lebih kurang 27 kilometer! Huhu!

Pagi semalam saya dan isteri minum di D’saji Restaurant, As Safwah Tower. Berkongsi meja dengan pasangan suami isteri dari Kajang, Selangor. Rupanya kami ada kisah sama, guna selipar Skechers dan ‘end up’ guna selipar jamban jugak.

Bezanya, seliparnya hilang.

Kawan-kawan,

Yang memberi mudarat, ketenangan, kepuasan, nikmat, yang menghidupkan, mematikan, memuliakan, memberi kehinaan, kesenangan semuanya adalah dari Allah.

Kita ini makhluk ciptaan, tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Allah. Begitulah!

Sumber: FB Hafizul Hakim

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club