Kalau ada pisang lebih kat rumah, jom cuba buat cekodok pisang rangup ni untuk sarapan pagi. Guna bahan mudah je nak buat. Perut pun kenyang!
Ada tips nak buat cekodok pisang yang sedap iaitu jangan kisar bahan-bahan yang digunakan, cukup hanya gaul rata saja! Nak tahu cara lengkap? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP
Bahan-bahan:
10 biji pisang dilenyek (saiz macam dalam gambar. Kalau buah pisang yang besar kurangkan ye)
2 sb Planta
4 sb gula pasir
1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk garam
2 cawan lebih sikit tepung gandum
Cara-cara:
Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali tepung gandum.
Gaul sebati sahaja, jangan blend nanti tak sedap.
Kemudian masukkan tepugn gandum dan gaul rata.
Perap sekejap selama 30 minit.
Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana.
Selamat mencuba!
Kredit: Noriza Awang Hamat
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini