Nak Buah Pokok Durian Belanda Lebat, Begini Caranya. Baru Puas Hati!

Share

Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional, buah durian belanda dipercayai boleh mengubati sakit sendi, cirit-birit, demam, malaria, parasit atau sakit-sakit otot.

Bagi yang bercadang untu menanam pokok durian belanda di laman rumah, apa kata ikuti cara ini.

Ikuti lanjut dengan perkongsian daripada Nik Fauziah Adnan .

CARA TANAM POKOK DURIAN BELANDA

Ada ramai yang bermasalah pokok durian belanda berbunga lebat dan besar tapi sebaik bunganya merekah tu gugur putik jadi lebam dan ikut gugur.

Tip agar banyak bunga dan putik kekal hingga jadi buah… tiru macam akak:

1. Pagarkan keliling pangkal pokok dengan batang pisang dalam jarak lebih kurang 1 kaki.

2. Tabur baja (npk biru atau tahi kambing atau tahi ayam.

3. Timbuskan dengan tanah pasir (semba, bahasa Perak) seperti akak buat tu.

4. On the top of semba, tutup dengan kulit kelapa @sabut.

5. Bagi nafkah zahir batin iaitu siraman setiap hari pembajaan setiap minggu dan semburan serangga perosak jika ada.

*selamat berdurian belanda, baca doa makan bila berkenuri dengan anak beranak*

Sumber : Nik Fauziah Adnan