Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEGINI CARANYA!
Ads
1. Rajin small talk
Takkan panggil anak time nak marah je. Kalau tak marah tak boleh sembang ke? Sepatutnya small talk kena lebih banyak dari marah..
2. Tanya pendapat
Kakak rasa merah atau pink cantik? Sekali sekala tanya pendapat anak. Tak kisah apa pun perkara, asalkan ada supaya anak tu rasa suara dia didengari..
3. Utamakan anak
Tengah basuh pinggan, anak panggil toleh kejap. Jangan kata “Nak apa, tak nampak ibu sibuk!” Sesungguh tiada sibuk yang lebih bermanfaat melainkan sibuk melayan anak anak.
4. Penuh kasih sayang
Ads
Tiada yang lebih menambat hati anak anak melainkan kita layan dia dengan penuh kasih sayang. Tak kasar, tak keras & tak kesat..
5. Marah untuk mendidik
Ya, bonding akan makin kuat apabila ada marah dengan tujuan mendidik dia. Kita buat dia jadi pandai, ofkos dia makin percaya & yakin pada kredibiliti keibubapaan kita..
Semua antara kita sedia maklum penggunaan car seat wajib digunakan untuk golongan kanak-kanak di dalam kereta bagi memenuhi undang-undang yang ditetapkan.
Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan turut terpanggil seorang ayah ini untuk berkongsi pandangannya.
Ini perkongsiannya.
Aku pentingkan keselamatan anak-anak. Sebab itu sebelum ini pun aku dah ada 2 biji carseat.
Dua minggu lepas, Kak Wana pemilik Tateh hadiahkan satu lagi carseat yang lebih elok, lulus SIRIM dan berkualiti. Alhamdulillah.
Dan kereta aku muat untuk 7 penumpang. Maka tiada masalah untuk aku dan 4 orang anak ke mana-mana dengan bawa semua anak-anak siap pakai carseat lagi.
Walau aku ada 3 carseat, walau kereta aku muat untuk bawa semua anak-anak dan isteri siap masukkan carseat dalam kereta, ia tidak menjadikan aku boleh menyindir mereka yang tidak mampu beli carseat.
Suara hati orang yang tak mampu, kena fahami juga. Belum cerita mereka yang ada anak 4-5 sedangkan naik Viva, naik Wira sahaja. Celah mana nak selit carseat tu?
Disamping terus menerus sebarkan kesedaran pentingnya setiap keluarga memiliki carseat, adalah sangat penting untuk cuba berada dalam kasut mereka dan menjaga perasaan mereka.
Komen “Siapa suruh beranak ramai?” “Beli kereta mampu takkan carseat tak mampu?” “Ibubapa yang hanya pentingkan diri sendiri dan tak sayang nyawa anak” “InsyaAllah makin ramai kanak-kanak mati” dan komen-komen seumpamanya tidak sedikit pun membantu mereka.
Carseat penting dan bagus untuk keselamatan anak-anak kita. Aku setuju tanpa takwil. Setiap keluarga sepatutnya ada carseat jika ada anak kecil dalam keluarga. At least untuk anak usia bawah 3 tahun.
Jadi yang belum ada carseat, cubalah sediakan sekurangnya satu untuk anak paling kecil ya. Dan yang berada, berduit, dah ada carseat, ada kereta besar usahlah memandang rendah pada kawan-kawan kita yang belum mampu nak beli carseat mahupun tukar kereta besar.
Jika tidak mampu nak bantu, usahlah menyakiti hati mereka pula. Begitu.
Mengetahui ada sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat ada disahkan positif Covid-19 hati sudah resah dan gelisah apatah lagi andai dikhabarkan insan tersayang sudah pergi selamanya angkara Covid-19. Hati siapa yang tidak luluh dan sedih, dan inilah yang dirasai oleh Abdul Rahim Daim yang berkongsi kisahnya di Harian Metro baru-baru ini apabila adiknya Abdul Malik Daim, 43, meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang disusuli ibu tercinta, Patimah Babu, 75, keesokkan hari di Hospital Sungai Buloh.
Lebih memeritkan ketika itu, tujuh daripada sembilan ahli keluarga lain termasuk isteri dan tiga anaknya turut disahkan positif apabila melakukan ujian saringan Covid-19, selepas anak, adik dan ibunya mengadu deman dan batuk pada hari raya ketiga.
Ketika dihubungi, Abdul Rahim berkata beliau tidak menyangka kegembiraan mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri baru-baru ini menjadi kenangan terakhir sebelum wabak itu meragut nyawa dua insan yang tersayang.
“Bimbang melihat keadaan kesihatan anak, adik dan mak, saya tanpa berfikir panjang membawa mereka dan ahli keluarga lain melakukan ujian saringan Covid-19 dan perkara yang takuti akhirnya terjadi apabila ibu dan beberapa ahli keluarga yang lain disahkan positif apabila keputusan ujian saringan diperoleh pada malam itu.
“Hanya saya dan anak perempuan negatif ketika itu, jadi saya kemudian meminta yang positif buat persiapan untuk pergi ‘assessment’ di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam keesokan paginya tanpa menunggu van ambulans datang ke rumah,” katanya kedengaran tenang ketika menceritakan kembali kejadian itu.
Katanya, selepas menjalani penilaian CAC di Stadium Melawati, ibunya dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas pernafasannya kurang baik di samping mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis, manakala adiknya yang obes pula dihantar ke PKRC Maeps.
“Ahli keluarga yang lain pula diarah melakukan kuarantin di rumah,” katanya yang menetap di Puchong.
“Pada pagi Sabtu, 22 Mei saya ada telefon adik kerana dia ada minta hantarkan pakaian dan sejadah, namun panggilan saya tidak dijawab sehinggalah saya dapat panggilan supaya datang ke hospital Serdang, dan dimaklumkan adik saya telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
“Mereka cuba diselamatkan tapi gagal, kemungkinan dia dah tiada semasa di Maeps pada pukul 9.00 pagi lagi,” kongsinya sambil mengesahkan video pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada seorang pesakit di Maeps yang tular adalah adiknya.
Dugaan yang diterima tidak terhenti di situ sahaja apabila belum pun sempat menyelesaikan urusan dokumentasi kematian adiknya, Abdul Rahim tidak lama selepas itu menerima panggilan daripada doktor dari Hospital Sungai Buloh yang memaklumkan ibunya pula dalam keadaan tenat.
Gambar kenangan terakhir pada 1 Syawal keluarga Abdul Rahim bersama ibunya, Patimah (tengah) dan adiknya Abdul Malik (berdiri kiri sekali) yang kedua-duanya meninggal dunia akibat Covid-19.
“Kami sekeluarga sempat buat panggilan video dengan mak memohon maaf atas salah silap selama membesarkan kami adik-beradik, dan itulah perbualan terakhir kami sebelum beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.00 pagi,” katanya.
Abdul Rahim yang adalah kakitangan Media Prima Berhad berkata jenazah ibu dan adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya pada petang Ahad.
Ditanya mengenai punca jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam kalangan keluarganya, Abdul Rahim berkata beliau sendiri kurang pasti, namun tidak menafikan memang menjadi kebiasaan baginya untuk menghantar belanja, belikan lauk dan makanan ke rumah ibunya sebelum beliau ke tempat kerja.
“Perkara yang berlaku menjadi satu pengajaran yang cukup bermakna buat ahli keluarga saya.
“Sehubungan itu saya ingin berpesan kepada rakyat Malaysia, jangan kita leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kita tidak ketahui dari mana Covid-19 itu berada dan kita tidak tahu siapa yang pembawanya,” katanya.
Risaukan bila melihat kelakuan anak-anak makin biadap pada ibu bapa. Benar, bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Nyata ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia tidak tahu apa-apa. Dan juga ibu bapa harus sedar mereka adalah cerminan anak-anak sama ada dari segi kata-kata, percakapan suara, ekspresi muka dan perbuatan.
Perkongsian oleh Taufiq Razif perlu ibu bapa alert supaya dapat membentuk tinglaku anak ke arah yang lebih positif. Jom semak!
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak nak Anak Jadi Biadap
#1 – Bagi gajet tanpa batasan
▪Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
▪Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul
▪ Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )
#2 – Bergaduh depan anak
▪ Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati
▪ Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat
#3 – Kita Selalu Abai Anak
▪ Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang ’emotional connection’ dengan kita
▪ Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita
▪ Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna
▪ Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri
#4 – Marah anak secara melampau
▪ Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust
▪ Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah ‘break trust’ diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita
▪ Akhirnya anak jadi perenggus, suka melenting, sensitif dan keras kepala
#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak
▪ Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ )
▪ Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!
Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...