Nak ‘Bohong Sunat’ Mungkin Selamatkan Ibu Ayah, Tapi Hakikatnya Rosakkan Anak!

Share

Sedar atau tidak kita sebagai ibu bapa sebenarnya sering melakukan pembohongan pada anak-anak kita.

Nak lebih jelas tentang itu, ayuh kita baca perkongsian daripada Puan Siti Aminah ini agar kita tahu kesan buruknya terhadap anak-anak kita dan sekali gus kita berhenti berbohong!

Jom semak.


“Adik, tolong ambilkan mak buku tu..”

Anak diam je..tak bergerak langsung..terus bermain dengan Lego.

“Nanti adik ambil buku tu mak bagi adik Dark Choclate dalam peti ais”

Lalu anak kecil itu segera ambil dan hulur buku pada mak nya..

“Mak, nak coklat?” Anak kecil itu menagih janji.

“Alamak adik, coklat dah habis la..
ayah makan semalam..nanti kita pergi beli esok kat Jusco ye..” jawab si ibu yang memang dari awal dah tahu coklat tu dah habis

Ini antara ‘white lies’ yang kita selalu buat pada anak-anak dirumah.

Kita fikirkan hanya bohong sunat saja, tanpa kita sedar ia punya KESAN yang sangat besar dalam pembentukkan akhlak anak.

Berhati-hati ye ibu ayah..!

Antara kesannya:

1) BERDOSA menipu anak kecil.

مَنْ قَالَ لِصَبِيٍّ تَعَالَ هَاكَ ثُمَّ لَمْ يُعْطِهِ فَهِيَ كَذْبَةٌ

‘Barangsiapa yang berkata kepada si kecil,
“Kemarilah, saya akan memberimu sesuatu”, lalu ia tidak memberinya,
maka itu adalah sebuah kebohongan’
[HR. Ahmad dalam Al-Musnad (2/452).

Seringkali kita pandang remeh atas perbuatan kita pada anak kecil, tapi Allah tetap mengira perbuatan ini sebagai DOSA

Nabi melarang kita menipu anak kecil, maka tiada istilah Bohong Sunat!

ISTIGHFAR dan mohon ampun dari Allah, juga minta maaf pada anak kecil kita jika kita pernah menipu anak sebelum ini.

2) Anak mulai HILANG KEPERCAYAAN

Satu kajian dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan bahawa anak yang selalu diberi ‘janji kosong’ atau ditipu oleh ibu ayahnya akan hilang kepercayaan pada orang tua mereka.

Kita perlu sedar bahawa perkara asas kepada hubungan anak dan ibu ayah ialah berdasarkan TRUST.

Apabila TRUST ini hilang, mereka tidak lagi menaruh harapan pada kita dan akan mula mencari teman lain yang mereka rasakan boleh dipercayai.

Adakah TEMAN LAIN diluar sana lebih jujur dengan anak kita dan boleh dipercayai?

3) Anak terbentuk dengan ACUAN kita mendidiknya.

Jangan marah atau terkejut bila anak kecil mula menipu kita atau orang lain.

Muhasabah semula perangai kita setiap kali berkata-kata dengan anak.

Adakah kita selalu bercakap jujur dengan anak ? Atau ada selit-selit bohong sunat?

Pernah sekali anak saya Nur solehah berjanji untuk membayar RM1 kepada abangnya Muiz, tetapi dia akhirnya tidak menunaikan janjinya.

Anak lelaki saya datang mengadu sambil menangis beritahu adiknya tak bayar wang,
mula-mula saya rasa nak marah pada adiknya.

Segera saya tersedar rupanya saya ada ‘bohong sunat’ pada Nur solehah untuk bawanya ke kolam renang tapi saya masih tak tunaikan..

Allah, tepuk dahi saya bila saya fikirkan.

Cepat sungguh anak belajar perangai buruk kita..istighfar saya dan terus minta maaf pada si anak.

Kifarah dosa kita menipu anak, anak akan juga mula belajar menipu kita atau orang lain

4) JANGAN JANJI jika tak mampu tunaikan.

Saya belajar bahawa lebih baik kita BIARKAN anak kita berguling kecewa dari kita menipu mereka.

Andaikata kita tak mampu nak beri anak apa yang mereka minta, beritahu dengan JELAS kenapa (reason out why)

Sejak dari kejadian Nursolehah tidak jujur dengan abangnya Muiz, saya serik untuk berjanji pada anak lagi.

Saya terangkan kenapa saya tak dapat bawa dia ke kolam renang kerana saya ada kerja yang perlu ditunaikan dulu.

Saya minta anak BERDOA pada Allah jika dia hendak sesuatu kerana Allah yang Maha Memberi.

Saya mengaku pada anak saya hanya insan LEMAH yang tak mampu tunaikan segala permintaan anak, jadi saya ajar anak mintalah terus pada Allah.

Semalam anak saya MUIZ berdoa direct pada Allah untuk dia beli glue stick kerana saya dan suami tak sempat bawa dia beli di kedai,

Kuatkan CONNECTION anak dengan Allah, supaya mereka sedar kita bukan tempat mereka bergantung harap.

5) Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri

Tepat sungguh peribahasa ni

Jangan pandang remeh bila anak mula belajar berbohong melalui siri-siri bohong sunat yang dia belajar dari ibu ayahnya.

Anak belajar dengan menipu dia dapat selesaikan masalah..dari menipu dia dapat elak dari kena marah. Maka anak akan berterusan menggunakan ‘kaedah’ ini

Lama-lama mereka akan hilang INTEGRITI dalam diri dan tidak mustahil untuk melakukan perkara yang lebih besar seperti meniru ketika exam, tipu cikgu dan lain-lain

Nauzubillah

Besar hikmah Nabi Muhammad saw melarang kita menipu anak kecil, kerana kesannya dalam jati diri anak itu sendiri.

Moga Allah bimbing kita untuk jadi ibu ayah yang baik dalam melahirkan anak-anak yang jujur dan soleh.

Sumber : Siti Aminah Sulaiman