Nak Biasakan Anak Solat, Rintangannya Macam-macam. Atasi Dengan 3 Tip ni!

Share

Mendidik anak mendirikan solat perlu ditekankan sejak mereka berumur 7 tahun lagi. Ini penting untuk pastikan bila mereka aqil baligh, menunaikan solat menjadi mudah untuk mereka dirikan. Tidak terasa beban.

Dan di sini juga ada dikongsi tip didik anak solat dengan cara yang positif untuk Kita ibu ayah praktikkan. Jom semak.

3 tip didik anak solat dengan positif oleh Syeikh Nouman Ali Khan.

Akhir-akhir ini, saat asyik sibuknya saya, suara sering tidak terkawal. Bukan saya saja. Suami pun sama. Salah satu perkara yang selalu trigger, solat. Anak-anak liat solat. Bila ada kawan rajin, bila bersendirian, susah sedikit.

Saya tahu 3 tip ini adalah penting. Tapi saja saya tulis semula hari ini. Buat diri saya yang sering lupa. Entah. Hidup ini ujian. Anak pun ujian. Nak istiqamah amalan diri sendiri pun tidak senang, ini pula mahu terapkan pada anak pula.

No 1 LOVING
Syeikh Nouman Ali Khan share, untuk didik anak solat, didik dengan kasih sayang. LOVING.

Ya kadang-kadang kita nak ajak anak solat, kita pun memetir.

“abang! Solat!”
“Dhuha, buat apa lagi? Solat!!”

Huhu, gitulah suara petir. Kadang-kadang terkeluar juga petir. Mustahil ada seorang manusia yang tidak memetir masa didik anak solat.

So, kita tukar sikit, nada suara. Lembut. Pujuk. Pujuk. Pujuk. Itulah. Kadang-kadang tak sabar nak memujuk, memetirlah senang. Cepat. Kita ubah, ya. Jom.

No 2 ISTIQAMAH

Ini paling penting. Terutama ibu bapa yang hantar anak pergi sekolah. Masa di sekolah solat, balik rumah, ibu bapa tidak sambung. Rugi sangat. Istiqamah tegur dan didik anak itu kuncinya-Syeikh Nouman Ali Khan.

Jangan lepaskan tanggungjawab didik anak solat pada pihak ketiga. Jangan. Kita dulu show example. Jadi contoh. Solat dan ajak anak solat secara istiqamah.

No 3 ENCOURAGEMENT

Dorongan. Berikan dorongan. Sokongan. Galakan. Mulakan dengan persoalan why? kenapa? Kenapa kena solat. Terangkan kenapa? Kemudian berikan ganjaran non material seperti pelukan, pujian, senyuman dan sebagainya.

Sabar.
Sabar.
Sabar.
Sabar dengan kanak-kanak. Kanak-kanak memang begitu sikapnya. Ada malas bila disuruh solat. Yang penting bagaimana kita deal dengan mereka.

Macam mak lampirkah?
Macam gorilla kah?
Macam harimau kah?
Macam raksasa kah?

Atau macam manusia berakhlakkah?

Kita pilih.

Sumber : Nurul Ilyani