Nak Besarkan Rumah Pastikan Jangan Sampai ‘Makan’ Tanah Jiran, Kesannya Hidup Tak Tenang!

Share

Setiap rumah ada sempadan masing-masing dan andai berhasrat untuk melakukan ubah suai kediaman dengan membesarkan lagi ruangan daripada ukuran asal, pastikan ianya tidak terlebih daripada sempadan yang ada.

Bukan sahaja akan menyebabkan jiran rasa tidak selesa atau marah bila haknya diceroboh, bahkan turut mengundang dosa. Malah akan melibatkan kehidupan menjadi tidak tenang dan terbelenggu, dek kerana sepanjang hayat mencuri hak orang siang dan malam.

Bimbang juga jika keadaan ini terjadi tanpa kita sedar bahawa hakikatnya kita telah pun menceroboh tanah jiran sebagaimana yang dikongsikan oleh kontraktor yang berpengalaman 15 tahun dalam bidangnya. Untuk pastikan itu, jom kita baca perkongsian ini dan semoga ianya bermanfaat.

Ini perkongsiannya;

“Selama 15 tahun saya kerja ni, ada satu je job yang saya akan tolak. Nak tahu apa?”

Lelaki ni seorang kontraktor. Kerja jadi kuli, sampailah jadi bos, ada satu sahaja pantang dia. Dia berhenti kerja dengan orang, dan mula kerja sendiri pun agar dia boleh tolak kalau orang minta dia buat perkara tu.

“Saya tak akan buat apa-apa job yang melibatkan buat binaan yang masuk kawasan orang. Walaupun bumbungnya sahaja yang masuk kawasan orang,” jelasnya.

Aku dengar sahaja dengan tekun.

Dia kata, renovate-lah jadi besar manapun, selagi mana ia sampai makan tanah orang, rumah tu akan rasa sempit, rasa tak cukup luas, rasa tak selesa. Bila tak selesa, mulalah nak salahkan kontraktor. Kata kontraktor buat kerja tak kemas, kata kontraktor buat tak ikut spesifikasi, lepas tu tak nak bayar penuh. Akhirnya, tuan rumah dan kontraktor, tak tenang.

Tuan rumah ambil tanah orang, tak nak bayar kontraktor seperti dipersetujui, manakala kontraktor pula bersubahat dalam pencerobohan tu dan kena kritik bukan-bukan. Mana nak tenang?

“Bukan sekali berlaku. Banyak kali dah. Sebab tu saya perasan. Tak berkat kita duduk atas tanah bukan hak kita. Seolah-olah hari hari, siang dan malam kita mencuri,” tokoknya.

Dia pesan pada saya beberapa perkara jika nak ubahsuai rumah:
1. Elakkan besarkan rumah atau perimeter pagar sampai makan rizab jalan walaupun ia tak menghalang laluan. Tetap bukan milik kita.

2. Elakkan bina pondok parkir kereta berbumbung dan berlantai di tanah kosong seberang rumah kita biarpun ia terbiar. Tetap bukan milik kita.

3. Elakkan bina pagar/tembok tanpa meminta izin daripada jiran yang berkongsi perimeter tanah dengan kita. Perimeter itu bukan milik kita sepenuhnya.

4. Elakkan binaan melebihi perimeter kita, walaupun ia terapung seperti anjung dan antena. Melekat di binaan kita, tapi berada di ruang bukan milik kita.

5. Elakkan buat kerja ubahsuai sehingga merosakkan kemudahan awam, seperti pili bomba, laluan pejalan kaki, papan tanda. Itu harta milik semua orang.

Sebenarnya, tak kisahlah rumah ke, makanan ke, duit ke, atau apa sahaja, sama sahaja konsepnya. Jangan tamak, jangan ambil hak orang.

Sumber : Tukang Apa Hari Ini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club