Nak Berurusan Di Mesin ATM, Buat Begini Untuk Elak Terdedah Covid-19!

Share

Sebagaimana semua maklum, cara penularan novel coronavirus COVID-19 ini boleh berjangkit  daripada individu kepada individu lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin.

Apabila titisan tersebut merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya, dan orang lain pula akan mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan tersebut dan  kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Jadi orang tersebut  juga boleh dijangkiti COVID-19.

Bimbang akan keadaan itu terjadi pada diri kita, ada baiknya semasa melakukan urusan di mesin ATM lakukan langkah-langkah berwaspada.

Mungkin kaedah yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Zaipul ini boleh dipraktikkan.


Tips ini saya dapatkan whatsapp group.Terima kasih kerana berkongsi.

Ini adalah tips ketika berada di ATM/CDM.Mudah dan selamat serta jimat.

1.Bungkus Hujung pen menggunakan Tisu / Tisu Basah.

2. Tekan butang & skrin guna pen yg dibungkus.

3. Setelah selesai, buang Tisu yg digunakan.

4. Lap tangan menggunakan Tisu Basah kedua.

Begitulah
Covid-19 bukanlah merebak/berjangkit melalui udara, tapi lebih kepada sentuhan.

#StayAtHome
#Kongsikan

sumber : Muhammad Zaipul Abu Almakmum