Untuk kekal istiqamah bagi seseorang yang ingin berubah bukan mudah. Manusia berubah ada ketikanya sedikit demi sedikit dan ada juga yang drastik. Justeru, setiap orang perlu hormat pendirian masing-masing.
“Seorang yang berubah ke arah kebaikan ada yang jadi baik dan ada juga sebaliknya. Bukan mudah nak berubah dan istiqamah. Jadi masyarakat kena faham. Malah, istiqamah bukan setakat jahat jadi baik, Itu yang pentingnya peranan orang sekeliling.
“Ada kawan yang rapat, tak perlu jadi ustaz tapi ikhlas dalam menegur. Maksudnya tak da kepentingan, tak cemburu, selalu sampaikan kebaikan, sentiasa mengingatkan. Individu itu sendiri juga kena ambil inisiatif pergi ke majlis ilmu dan bertemu dengan ustaz untuk lebih faham.
“Masyarakat juga kena faham dan ubah persepsi bahawa yang berubah itu akan jadi ustazah. Apabila patah balik ke arah keburukan, masyarakat kena faham bukan salah dia tapi mungkin salah kita sendiri. Jadi, ada masing-masing punya salah.
“Dalam al-Quran sendiri ada menyebut bahawa istiqamah adalah benda yang paling berat sekali, malah Nabi juga pernah kata sampai beruban rambutnya kerana istiqamah. Selagi mana seseorang itu ikhlas berubah kerana Allah dan tak ada niat yang lain Tuhan akan bantu.
8 tahun berada dalam industri dan bergelar Imam Muda bukanlah satu tempoh yang singkat. Bagi Asyraf, setiap cabaran dan dugaan adalah perkara biasa.
Ads
Justeru jelasnya, kena ada kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat, media dan sebagainya. Namun, akui bapa kepada tiga cahaya mata ini, setiap cabaran yang hadir dapat ditangani dengan baik.
“Kalau sekadar nak seronok, glamor atau jadi ‘ustaz nakal’ bukan susah pun, tapi saya berfikiran jauh kerana apa yang saya bawa adalah bukan sekadar nama sendiri tetapi juga title ‘ustaz’ itu sendiri.
“Kalau dalam proses membantu mana-mana artis wanita misalnya, jika saya rasa lebih baik isteri yang mengambil alih, jadi saya serahkan padanya untuk selesaikan.
“Dalam masa yang sama, saya lebih suka menjaga dan rahsiakan apa yang dikongsi oleh artis berkenaan kerana ini melibatkan aib seseorang.
Belum mampu tambah cawangan
Ads
Mengulas mengenai gosip yang kononnya dia bakal berkahwin kali kedua, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia mengakui masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Tak dinafikan semua lelaki teringin tapi saya tiada perancangan ke arah itu. Memang saya ada terdengar khabar angin tentang hal ini, tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang saya belum cukup mampu lagi.
“Keluarga yang sudah sedia ada pun saya rasa belum cukup mampu memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’ lain. Jadi, saya rasa cukuplah tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
Ads
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan kalau mampu,” katanya yang dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold.
Imam Muda Asyraf bergambar dengan pemenang Peraduan Wefei Raya Bersama Jus Hidayah Gold. turut serta Pengasas produk, pn Sunita Bibi Ali Akhbar (tiga dari kanan)
Bukan Ustaz Selebriti
Tambah Asyraf lagi ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Seraimas dan majlis penyampaian hadiah pemenang Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold di Ruang, Shah Alam baru-baru ini, isterinya cukup memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Dalam menjalani kehidupan berumah tangga yang sudah masuk 5-6 tahun, jadi dia dah faham peranan saya dalam masyarakat. Cuma bila bercakap tentang hak masyarakat, saya agak kurang ‘selesa’ digelar ‘ustaz selebriti’ kerana saya bukan artis.
“Sebab itu saya agak ‘selektif’ dan tak semua hal rumah tangga diceritakan di media massa kerana orang bukan sekadar lihat apa yang kita sampaikan tetapi juga turut fokus pada cara hidup kita.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah.
Ada orang kata susahnya kalau hendak menyemai anak pokok limau purut ataupun pokok limau kasturi mahupun pokok lemon.
Macam-macam teknik dicuba tapi belum berhasil. Jadi apa kata cuba pula cara paling simple dengan menggunakan keratan batang.
Ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Puan Bebiyana, sungguh ringkas caranya dan dapat dilihat setelah seminggu keratan batang ditanam ia mengeluarkan pucuk baharu.
Ini stepnya untuk yang ingin mencuba.
Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting”.
Petang ni Kak BB share cara tanam pokok limau purut dari “cutting”.
Sila rujuk gambar cara buat.
Selamat mencuba.
Step 1
Pilih dahan yang sihat dan matured. Potong.
Step 2
Buang semua daun.
step 3
Buat lubang dalam tanah yang lembab. Kita tanam 1 cutting untuk 1 bag.
Step 4
Masukkan cutting tadi dan padatkan tanah.
Step 5
Putik daun mula keluar selepas 1 minggu ditanam.
ekstra info :
1. Jika cutting tidak sempat ditanam, boleh simpan di dalam bekas berisi air untuk beberapa hari.
2. Jangan buang daun limau yang diluruhkan dari dahan yang dipotong tapi masukkan dalam plasti dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh gunakan untuk masak tomyam.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Bonda Rozita, seorang wanita yang telah pun membuktikan mampu mencipta legasi perniagaannya hingga berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
Maka tidak hairanlah, ramai orang di luar sana menjadikan Bonda Rozita sebagai idola dan sumber inspirasi. Bukan sahaja dalam memajukan ekonomi keluarga, malah tidak dinafikan ramai yang ingin mengikut jejak langkahnya untuk kekal sihat dan cantik meskipun pun usianya kini menuju usia emas. Namun sekali pandang persis seperti orang muda, penuh bertenaga dan kekal aktif meneruskan kehidupan hariannya.
Terbaru, bonda Rozita ada berkongsi rahsia mengenai apa yang dilakukan 35 tahun lalu untuk pastikan tahap kesihatan, ekonomi, dan keluarganya capai pada hari ini. Bersama kita contohi dan ambil pengajaran daripada setiap apa yang disampaikan. Semoga ianya memberi manfaat, kerana kita juga suatu hari nanti akan meniti usia emas andai dipanjangkan umur.
Buat Persiapan Diri
Saya bersiap sedia menuju usia emas sejak dari 35 tahun, sebelum ST Sendayu Tinggi dikenali lagi, saya hidup susah dan saya tak nak anak saya malu kerana kedaifan kami – tak nak menyusahkan anak-anak – saya sayang otak dan kaki saya
Saya nak sihat dan sibuk bekerja untuk saya lupa masalah dan tak nak layan penuaan – bekerja mengembirakan saya ..!! Ia ibadah dan game yang berbaloi untuk minda & amal
Saya perhatikan ramai orang diusia 50an suram sebab tak bersedia sejak muda , sebab mereka terlalu yakin bergantung sepenuhnya dengan pasangan , anak-anak , abaikan kesihatan dan enjoy berlebihan tak jaga ekonomi .. ( berhati-hati dengan orang yang kita sayang – hati manusia cepat berubah – kalau mereka tinggalkan kita akan kecewa terduduk)
Saya pesan anak-anak
1: Kerja masa muda, penatnya berbaloi sebab tenaga dan minda masih kuat, simpan lah duit , wajib ada rumah sendiri sebelum 40 tahun – jangan banyak hutang
2: kalau masa muda enjoy katak , pastinya tak ada persiapan masa tua – tak bersedia tu bahaya untuk kesihatan mental diusia emas.
Kesian nasib usia kita yang nak mati – merana sangat kalau kita sakit , nyayok, anak-anak belum tentu stabil ekonomi yang boleh jaga kita yang tua uzur , berpenyakit , anak-anak pun rimas sebab kita menyusahkan mereka
3: Menantu belum tentu nak kita ..!!orang tua rasa tak berguna dalam kehidupan mereka – kita akan sunyi dan terpinggir – akhirnya kita akan salahkan anak menantu ..!!
4: Emosi kita tak terkawal kerana sejak muda tak ada planning hari tua, sebab apa , sunyi rasa tak dihargai maka lebih sensitif ,letih , lesu , pelupa , runsing ,rabun , pekak – macam-macam kerenah orang tua
Kita ni sebenarnya kena jaga diri sendiri – simpanan perlu sangat untuk hidup aman , kita nak beramal ibadah senang kalau sihat – Nak beramal perlu duit juga , jaga kesihtan perlu makanan sihat , senaman , keamanan fikiran.
Meninjau diruangan komen, rata-rata followernya bersetuju dan kagum melihat penampilan bonda yang kekal cantik dan sihat meskipun semakin berusia. Antara komen yang ditinggalkan adalah seperti komen Cumi Yumi, ” Bonda mcm umo 20an la xnmpk 50 pn”
Suhana Ana pula menokok, “Apa yg bonda pesan tu Amanah keramat yg prlu ada pd diri msing2. Sy ckup kagum dgn kgigihan bonda dlm smua hal. Kjayaan bonda byk mmbantu wanita2 lain jg dlm mmbina krjaya bisnes. Smemangnya bonda seorg wanita yg bijak mngatur langkah & agama slalu letak d atas Sbgai tonggak utama utk brjaya.”
Manakala komen Ar Niza Razak pula, “Setuju dgn perkongsian Bonda. Itu yg saya cuba buat semenjak dh masuk 35tahun ni. Nak hidup tenang2, sihat & happy2 serta berduit masa tua. Now saya praktikkan yg Bonda shared tu. Jom sama2 kita semua”
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencapai segala tujuan yang kita inginkan, tidak dinafikan memerlukan usaha malah hingga ada yang perlu berjuang tanpa kenal lelah dan putus asa.
Begitulah juga buat penyanyi Datuk Aishah, lima tahun menuntut hak bukanlah waktu yang singkat dan akhirnya berjaya juga dalam kes tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya di program realiti Gegar Vaganza musim keempat.
Memetik mymetro, penyanyi berusia 57 tahun itu berkata selepas lima tahun menuntut haknya akhirnya dia boleh menarik nafas lega dan hidupnya lebih tenang.
“Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung baru temui penyelesaian,” kata penyanyi, Datuk Aishah yang bersyukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017 akhirnya selesai.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata, biarpun pada awalnya dia enggan kes terbabit di bawa ke mahkamah, namun demi menuntut hak yang dijanjikan dia terpaksa berbuat demikian.
“Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.
“Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Malangnya ketika saya hubungi selepas itu tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan sehingga terpaksa teruskan kes ini di mahkamah.
“Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan,” katanya kepada pemberita.
Menurut Aishah, tiada istilah tamak kerana dia hanya menuntut hadiah yang sepatutnya diberikan kepadanya.
“Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan,”katanya.
Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.
Peguam yang mewakili Aishah iaitu Mohammad Izwan Azmi menjelaskan, pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.
“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat ‘proposal settlement’ daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju.
“Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja,” katanya.
Dalam masa sama, Izwan berterima kasih kepada Aishah kerana mempercayai firma guamannya itu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.