Tidak dinafikan sikap tegas amat diperlukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk memimpin rumah tangga ke arah yang lebih baik, bukan sahaja untuk kebahagiaan di dunia malah hingga ke jannah.
Pun begitu, seorang suami perlu faham tegasnya peribadi bukan bermaksud dengan sesuka hatinya boleh melakukan kekerasan kepada pasangan. Hal ini jika berterusan, akhirnya boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak serasi dan tidak bahagia.
Berkongsi pandangan tentang ketegasan dalam rumah tangga, seorang suami ini turut melontarkan soalan di media sosial kepada lelaki bergelar suami untuk sama-sama renungkan; kalau kita bertegas sangat dengan isteri, apa yang kita dapat?
Penulisannya mendapat perhatian warganet dan ini perkongsiannya, bersama renung-renungkan.
Adil Pada Isteri
Tak bagi dia cari pendapatan sendiri, tak bagi dia balik kampung, tak bagi dia berbakti kepada orang tua dia…itu tak boleh , ini tak boleh. End up, isteri kita tak happy, layanannya juga tak mesra.
Hidup berumahtangga ni adalah tentang menggembirakan kedua-dua belah pihak…suami happy, isteri happy…kalau suami ja happy, isteri rasa stress, tension, maka itu bukanlah kehidupan rumahtangga yang bahagia.
Kita yang jadi suami ni bersikap tak adil kepada isteri.
Tak adil sebab kita hanya mementingkan perasaan sendiri, emosi sendiri, fikiran sendiri tanpa memikirkan apa yang ada dalam hati isteri…kita menafikan atau tak bagi kelonggaran untuk apa yang dia perlu buat atau mahu buat.
Tegas Bertempat
Nak bertegas boleh, tapi bab akhirat.
Bertegas suruh dia tutup aurat, bertegas suruh dia solat, bertegas suruh dia jaga pergaulan dan perbuatan…bertegas bab ni adalah perbuatan yang baik sebab ini hak kita sebagai suami, ini tugas kita sebab Allah suruh pelihara keluarga kita daripada api neraka dan kita buat semua tu untuk nak selamatkan mereka.
Tapi kalau dia nak berniaga, dia nak bekerja, dia nk balik kampung, dia nak berbakti kepada orang tuanya, dia nak tolong adik beradiknya, maka gunakanlah perikemanusiaan ataupun ehsan.
Longgarkan, bagi kebenaran, bagi sokongan…nampak biasa, tapi kalau kita ni mampu bertolak ansur akan bab ni, mampu bertoleransi, maka isteri akan lebih hormat dan gembira bila bersama kita.
“Kehidupan rumahtangga bukan tentang suami semata-mata…”
Renung-renungkan…
Sumber : Firdaus Shakirin
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club