
Setiap kali kita memasak pasti kita akan terus membersihkan dapur yang berkecah teruk. Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Tak Payah Beli Baru, Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika Dengan Magic Span Je. Mudah & Jimat!

Kesan hangus pada seterika memang mengundang masalah terutama apabila ia melekat pada pakain lain.
Mungkin ibu-ibu yang tak tahu ada cara untuk menanggalkannya terus buang dan beli seterika baru. Admin nak kongsikan kaedah mudah buat ibu-ibu. Sebelum buang, apa kata cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya.
Mana tahu, ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru.
Kaedah yang dikongsikan oleh puan Uji Ruziah cukup mudah dan menjimatkan.
Assalamualaikum selamat pagi semua…kita dah cuba memang magic..hanya 1 pcs dah bersih… terima kasih .. banyak dpt pengetahuan dlm group ni.
Span ini memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hangus pada seterika.
Cara bersihkan seterika guna span ini mudah sahaja. Basahkan dulu span, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi. Kadang-kadang memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan.
.
Guna Aluminium Foil Dan Tisu Dapur, Sayur Segar Hingga 10 Hari. Follow Tip Ni.

Lazimnya hujung minggu, para isteri akan membeli barang basah untuk stok seminggu terutamanya bagi yang bekerja. Namun, untuk kekal fresh tentu memerlukan teknik yang betul untuk penyimpanan terutama sayuran.
Menarik perkongsian seorang wanita ini menerusi facebooknya, Ismiza Ishak menggunakan aluminium foil dan tisu dapur untuk memastikan sayur kekal segar.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Assalamualaikum…
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan Sayur-Sayuran agar tahan lebih lama.
Tak byk kos yg di perlukan. paling penting jangka hayat Sayur-Sayuran yg kita beli lebih tahan lama Dan Masih Segar setiap kali Kita nak guna utk bahan masakan Kita. Sgt berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yg Di perlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus Sayur-Sayuran yg kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat Dan bungkus Sayur-Sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep Dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yg tarikh lebih lama Kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong Dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil utk sekali masak (saya suka campur sayur Dan bahan lain). Cth, satu Brocolli saya bahagikan kpd 3 bahagian.
6. Ada cth sayur yg saya ambil gambar Di bawah, tarikh 1/5/2020 Dan Masih Segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yg saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga Masih elok pada Hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai utk org yg jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak Dan paling penting effort utk basuh,keringkan, potong, bahagikan, bungkus Dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna Sayur-Sayuran Tu, aluminium foil masih boleh guna lg sekali kalau Masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management utk apa pun perkara dlm hidup sgt penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga utk pastikan sesuatu Tu berbaloi dgn duit yg Di laburkan. Bahan masakan jaman la ni pun bukan murah. Selagi boleh jimat Dan panjangkan hayat Sayur-Sayuran Kita apa salahnya Kan.
Sumber: Ismiza Ishak to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Hati Sangat Rindu Kembali Yakin Pada Allah. Ustazah Ni Kongsi Cerita, Jadikan Pangajaran!

Perkongsian daripada Ustazah Asma Harun ini cukup menjentik hati kita sebagai hamba Allah. Semoga ianya juga menjadi satu asbab untuk kita perbetulkan hati dan kembali yakin dengannya apatah lagi saat kita diberi ujian.
Yakinlah itu semua ada hikmahnya dan bila kita kembalikan semula pada Allah, mengadu padanya hati menjadi lebih tenang.
Ini sebagaimana kisah benar yang diceritakan ini. Jom semak.
KEMBALI DAN YAKINLAH PADA ALLAH
Sahabat, fahami dan yakini beberapa hal yang sangat penting ini, ia boleh mengubah diri dan seluruh hidup kita.
Allah SWT sesekali tidak menzalimi atau membebani dengan ujian dan dugaan melebihi batas kemampuan kita. Kembalilah kepada Allah, patuhi perintah dan tinggalkan larangan-Nya, lalu berusaha dan berdoa kepada-Nya. Dialah ya ‘Alim ya Hakim yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, akan memberikan jalan keluar dengan tepat dan sempurna.
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya … . (Al-Baqarah 2: 286)
Sesungguhnya kita hanyalah hamba yang tiada daya dan upaya, kita lemah dengan kemampuan yang terbatas. Menyedari hakikat ini, maka kembalilah kepada Allah SWT, kerana Dialah Allah ya Qawiy ya Aziz ya Matin, Yang Maha Kuat Maha Perkasa dan Maha teguh. Berterusan merintih dengan kalimah zikir,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.)
Percayalah bahawa hati sangat rindukan saat kita kembali yakin sepenuhnya tanpa ragu pada Allah. Hikmah terbesar apabila kita mengadukan kelukaan, kesedihan, kepedihan dan kesakitan dengan penyerahan bulat-bulat kepada-Nya, Allah ya Mu’min ya Wasit akan memberikan ketenangan dan kelapangan kepada hati. Saat ini kita tidak lagi terikat dengan mengharapkan permohonan maaf, penghargaan atau balasan manusia, kerana kita sudah dapat apa yang kita perlu, iaitu tenang dan rasa cukup dengan Allah SWT,
حَسْبِي رَبِّيْ جَلَّ الله، مَافِي قَلْبِي غَيْرُ الله
(Cukuplah Allah bagiku, Allah yang Maha Agung. Tiada di dalam hatiku selain Allah.)
Untuk merasai nikmat hidup yang tenang dan bahagia secara hakiki, tiada cara lain yang lebih selamat di Dunia dan Akhirat, melainkan kita kembali kepada-Nya. Dalam erti kata lain, selalu rasa bersyukur atas nikmat, sabar dan redha atas ujian. Lalu kita mula sentiasa memerlukan Allah SWT dalam setiap suka dan duka, bahagia dan derita, lapang dan sempit, sihat atau sakit, susah atau senang.
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram. (Al-Ra’d 13: 28)
Saya ingin kongsikan satu kisah benar yang telah diolah dan diringkaskan.
Satu hari seusai ceramah di satu tempat, ada seorang wanita memberhentikan perjalanan saya menuju ke kereta, dalam keadaan yang bersungguh beliau minta izin untuk bercerita satu perkara penting.
"Ustazah, sebelum ini saya diuji dengan sakit depression dan anxiety disorder yang agak kritikal. Saya telah menghantar surat perletakan jawatan untuk meninggalkan pekerjaan saya. Saya juga telah mengabaikan suami dan 7 orang ANAK".
"Saya hidup dalam ketakutan, kekecewaan dan kebencian pada orang lain dan diri sendiri, bahkan satu peringkat ingin sekali membunuh diri kerana tidak lagi mampu untuk menanggung derita".
"Bagi saya tiada siapa yang faham dan sentiasa kecewa dengan cara semua orang melayani saya. Makan ubat, jumpa pakar psikiatri, amalkan istighfar dan selawat beribu kali sehari, juga pelbagai usaha lain. Namun, penyakit saya semakin kronik dan berlarutan".
"Sehinggalah satu hari, Allah mengizinkan saya mendengar satu sedutan ceramah ustazah tentang ayat 44 surah Ghafir".
"Saya cuba sedaya upaya hafal berserta maksudnya, baca dengan tenang dan menghayatinya, beberapa ketika tanpa sedar saya mengalirkan air mata semahunya. Namun, kali ini seperti satu beban yang sangat berat di angkat daripada bahu. Air mata yang keluar bukanlah kerana kesakitan atau ketakutan, tetapi air mata ketenangan dan kedamaian yang telah lama saya rindukan".
"Subhanallah.. Ayat tersebut membantu saya untuk menyerahkan pengharapan semata-mata kepada Allah, semakin diulang ia umpama seperti memahat kuat ke dasar hati, bahawa hanya Allah yang memahami saya, hanya Allah yang mampu menyembuhkan saya, hanya Allah segala-galanya".
Dalam keadaan sedu sedan dia menyambung, “Ustazah, sekarang saya sudah sihat, bahkan lebih baik daripada sebelum sakit, saya jalani kehidupan dengan lebih tenang dan yakin untuk hadapi apa sahaja ujian Allah, kerana saya tahu tiada kesukaran yang tidak boleh diatasi jika kita yakin dengan Allah. Barulah saya faham, selama ini bukanlah selawat dan istighfar itu tidak mujarab, tetapi kerana hati ada ragu-ragu dengan kekuasaan Allah SWT.”
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Daku sentiasa menyerahkan urusanku (kesakitan, kebimbangan, ketakutan, keresahan, kesempitan, dan lain-lain) bulat-bulat kepada Allah(untuk memeliharaku), sesungguhnya Allah Maha melihat keadaan hamba-Nya. (Ghafir 40: 44)
Moga bermanfaat dan terus bertahan hidup bertuhan dalam setiap ujian.
Asma' binti Harun
sumber : Asma Harun