Keluhan dan kebimbangan yang dirasi tiap kali hendak berpindah ke rumah baharu sebenarnya boleh diredakan. Bukan dengan menyewa lori yang paling besar daripada itu, tetapi perlu bijak menyusun dan menyelenggarakan barang-barang yang ingin dibawa.
Memang benar, berpindah ini suatu proses yang cukup melecehkan dan boleh menyebabkan sesetengah antara kita jadi stress. Untuk itu, ada baiknya anda cuba ikuti tip yang dikongsi oleh Qayy Lori SewaMurah ini untuk pastikan proses perpindahan dapat dijalankan dengan teratur dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan kos untuk sewaan lori.
Teknik Pengasingan Barangan
Kerja-kerja pengasingan dan pembungkusan barang perlu dibuat awal agar anda tidak terasa terbeban bila tiba waktu yang ditetapkan tiba. Untuk itu perhatikan cara yang disarankan oleh Qayy ini.
Ads
Barang Kecil
Pakaian,kasut,barang dapur,barang perhiasan,buku-buku,mainan anak-anak dan lain-lain seeloknya dibungkus dalam kotak..dan kotak seharusnya cari yg elok dan di bungkus dengan kemas.
*Tujuannya kotak senang disusun dan bole menjimatkan ruang.
Ads
Barang Besar
Almari baju,kabinet dapur,almari barang perhiasan,almari kasut,peti sejuk,mesin basuh seeloknya dikosongkan bagi tujuan memudahkan pekerja untuk mengangkat dan disusun dalam lori.
*Barang yang dibungkus dalam kotak boleh juga dimuatkan dalam almari apabila almari sudah berada di atas lori bagi menjimatkan ruang supaya dapat menyusun barang lain dengan teratur dan kemas.
Ads
Barang siap untuk diangkat ke dalam lori
Ekstra Tip
Penyewa seharusnya bijak memilih barang-barang yang elok untuk dibungkus. Barang yang tidak elok seharusnya diasingkan terlebih dahulu bagi tujuan menyenangkan laluan semasa proses mengangkat barang.
Elakkan membungkus menggunakan plastik kerana senang koyak dan akan menyukarkan pekerja untuk menyusun barang.
Kerangka/Badan Katil seeloknya dileraikan bagi menjimatkan ruang.
Sumber : Qayy Lori SewaMurah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut aje durian, pastinya kita terbayangkan isi durian yang kekuningan dengan aroma buah yang menyelerakan.
Bayangan buah yang besar dan dengan isi yang tebal pastinya membuatkan ada yang sanggup berhabis ratus ringgit hanya untuk menikmati buah ini.
Namun tahukah anda bahawa buah durian ada bersaiz kecil. Baru-baru ini tular menerusi perkongsian foto menerusi Twitter yang dimuat naik pengguna fendymojo.
Ekorannya itu ramai netizen meluahkan terkejut melihat durian bersaiz mini. Ada yang menyatakan ia seakan rambutan dan seakan ‘keychain!. Ada juga tidak menyangka mempunyai isi di dalamnya.
Bagaimana seorang youtuber daripada Singapura pula menyatakan pendapatnya bahawa durian mini itu mempunyai rasa seakan musang king dan durian D24.
Dalam pada itu, memetik daripada info sebuah food detik durian mini ini didakwa mempunyai rasa yang sedap dan isi yang tebal. Malah dikatakan dapat dibuka dengan mudah.
Menurut website berkenaan, seorang youtuber berasal dari Singapora membuat ulasan mengenai rasa durian mini yang dikatakan seakan musang king.
“Aromanya mirip seperti aroma durian D24 daripada aroma Mao Shang Wang (Musang King). Jadi, saya prediksi kalau rasanya seperti rasa D24 dan Mao Shang Wang.”
Bila dah ada keluarga sendiri, nak balik kampung ramai yang memilih untuk duduk di homestay atau hotel untuk keselesaan keluarga kecil mereka. Manakan tidak, mesti adik beradik kita akan balik juga dan jika ruang di rumah agak sempit, boleh timbul ketidakkeselesaan pada semua. Belum lagi dikira lagi tentang aurat, kena sentiasa terjaga bertudung jika ada ipar lelaki.
Tapi… Kena lah maklum pada orang tua. Jangan biarkan mereka kecil hati jika baru dapat tahu niat anda tidur di tempat lain selain rumah mereka itu.
Ini yang berkeluarga besar, yang mana anak tunggal tu, jika tidak selesa di kampung, anda adalah individu penting untuk cari keselesaan itu. Seperti mana pengajaran yang dibawakan oleh arwah cikgu Abd Ghani Haron melalui hantaran yang dibuat oleh seorang Admin di laman Facebooknya ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua yang bakal pulang ke kampung untuk bercuti raya.
Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.
Katanya, “Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem. Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidoq di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu.
“Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidur di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya.”
Sampai di sini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekung yang masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
“Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yang membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami.
“Saya tahu, depa jijik tengok dapur saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik.
“Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibu bapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat di rumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia.” Kesedihannya makin berlarutan.
Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.
Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali.
Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibubapa seperti rumah kita.
Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup di rumah tuanya.
Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tak sanggup tidur di rumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.
Jika anak-anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.
Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dan sebagainya.
Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saudara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dengan kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.
Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu.
Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yang akan memahat dosa yang besar.
Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami.
Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercium busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional, ibu ayah itu keutamaan.
Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.
Kes jangkitan Covid-19 setiap hari meningkat sehingga ke angka lebih 17 ribu kes sehingga hari ini.
Saban hari ada sahaja kematian yang dilaporkan yang melibatkan angka ratus orang. Pastinya membuat kita berduka. Bagi keluarga yang kehilangan orang tersayang pasti lebih terasa pedihnya.
Mengambarkan bahawa Covid 19 semakin ‘ mengganas’ meragut nyawa tanpa belas kesian, seorang jururawat telah berkongsi coretan duka mengenai seorang pesakit yang dirawatnya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Coretan seorang misi Perginya seorang ayah ,atok dan suami buat keluarga ini. Pakcik yang tak pernah sekali pon susahkan misi2 yg jaga dia. Pampers bocor pon tak pernah panggil misi utk tukar Misi yg kena selalu pantau. Dari boleh buat sendiri sampai lah diberi pakai pampers Bila tanya pak cik majid ok ke?selalu akan jawab “pakcik ok misi”tapi oxygen pakcik tak cukup ni dalam bdn.pakcik meniarap.”baik misi” Sentiasa dengar ckp misi2 Sampai disaat akhir nyawa ye pon masih dengan jawapan yang sama “pakcik ok misi”tapi ayat akhirnya malam tadi “pakcik penat misi satu hari baring meniarap” “Ok tak pe pakcik.pakcik baring mengiring je pakcik”walaupun masa tu oxygen pakcik drop and aku sebagai misi yg jaga tak sampai hati nak paksa jugak pakcik meniarap sebab aku faham penatnya baring meniarap.
Disaat pakcik masih bernyawa berkali kali aku datang kat katil pakcik tanya keadaan pakcik dan urut belakang kaki pakcik sebab pakcik kompln penat sakit badan. Disaat akhir sebelum doffing ppe sempat aku berbakti kat pakcik yg aku anggap sebagai abah. “Pakcik nak pakai stoken ke?” “Nak misi” “Sy pakaikan ye” “Terima kasih misi susahkan misi” “Tak pa pakcik.hari ni pakcik sakit.pakcik kena kuat lawan .banyak berdoa ye pak cik” Dan aku tglkan pakcik semntara buat kerja lain .nampak pakcik bangun cuba utk tido duduk sambil kawal pernafasan pakcik.tak sangka masa tu pakcik betul2 bertarung lawan.pakcik sangat kuat sebab sekali lagi aku tanya “pakcik majid ok tak?” Dan sekali lagi “pakcik ok misi” “pakcik jgn tengok mesin tu pakcik bernafas je slow2” And sampai lah oxygen pakcik drop sampai 44% “Pakcik sy bagi ubat morphine utk tahan sakit pakcik ye” “Baik misi”
Akhirnya 4.12pagi pakcik pergi tinggalkan kami. Pergi lah pakcik ABD MAJID BIN HAMID .setelah sekian lama pakcik majid bertarung lawan virus COVID. Kami sebagai misi pon tak sanggup tengok pakcik lawan virus walaupun pakcik sangat sangat kuat lawan
Al FATIHAH buat Pakcik majid.semoga pakcik majid berada dalam kalangan orang2 beriman. SALAM TAKZIAH buat ahli keluarga Pakcik ABD MAJID BIN HAMID dari kami warga C17 HDW WARD. P/s hampa share lah sampai posting ni dapat dibaca oleh anak2 pakcik majid dengan kuasa viral
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...