Bebanan kewangan isi rumah terus dirasai kini. Lantas pasti ada antara surirumah terlintas untuk mencari sumber pendapatan sampingan untuk membantu suami bagi memulihkan kewangan keluarga. Andai masih tercari mahu pun berfikir-fikir apa caranya, jadi apa kata kita dengar perkongsian daripada Dr. Ismail Ab.Wahab, Mantan Profesor Kewangan & Keusahawanan UiTM ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, ramai wanita dan suri rumah bercita-cita untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui bisnes dari rumah. Tambahan pula kos mengendalikan bisnes dari rumah adalah lebih rendah berbanding menyediakan kedai atau menyewa premis. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan bisnes dari rumah:
Idea bisnes dianggap sesuai jika masih terdapat ruang dan peluang untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Penjanaan idea bisnes bermula dengan mengenal pasti industri atau jenis perniagaan yang anda minati. Antara bisnes yang sesuai dijalankan di rumah termasuk dalam bidang makanan, minuman, barang keperluan harian, pakaian, produk kecantikan, khidmat asuhan kanak-kanak, penyediaan akaun syarikat, dan sebagainya. Lazimnya sesuatu idea busines boleh dianggap sesuai jika idea tersebut memiliki ciri-ciri berikut::
Penilaian awal daya maju idea dan peluang bisnes membabitkan penilaian terhadap diri anda, masyarakat sekeliling, kewujudan sumber, suasana pasaran, dan tahap risiko. Antara penilaian yang boleh dilakukan ialah:
Bincang dan tanya pendapat orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan, jiran atau pihak lain mengenai idea bisnes anda. Mereka mungkin dapat membantu anda memperoleh maklumat berguna bardasarkan pengalaman dan kepakaran mereka. Anda boleh melakukan kaji selidik ringkas secara “online” atau melalui media sosial. Antara perkara yang boleh ditanya termasuk:
Semua jenis bisnes sama ada dijalankan dari rumah atau kedai dan sama ada secara “offline” atau “online” diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengendalikan sebarang bentuk bisnes atau menjual sebarang produk atau perkhidmatan tanpa didaftarkan dengan SSM merupakan suatu kesalahan. Bagaimanapun, bagi bisnes yang dikendalikan dari rumah tidak perlu memohon lesen atau permit dari Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi penjawat awam yang mengendalikan bisnes secara separuh masa (di luar waktu pejabat) perlu memohon kebenaran bertulis dari ketua jabatan.
Kenal pasti kewujudan pelbagai faktor dan sumber yang boleh membantu anda memulakan perniagaan. Antara sumber-sumber yang boleh dikenal pasti ialah:
Modal memulakan bisnes bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Tidak semua jenis perniagaan memerlukan jumlah modal yang sama. Anda perlu mengenal pasti dan menyediakan senarai perbelanjaan serta menganggar kos yang perlu ditanggung bagi membiayai keperluan berikut:
Ambil kira bayaran pendaftaran perniagaan dan kos-kos lain yang terlibat dalam proses pendaftaran dan penubuhan bisnes..
Ambil kira penggunaan bahan mentah, kos pengangkutan bahan, kos pembungkusan serta kos upah operasi.
Kos belian mesin atau peralatan untuk menghasilkan produk.
Anggarkan kos sebulan yang terlibat semasa menguruskan bisnes seperti bil elektrik, air, telefon, petrol, promosi, penyelenggaraan, upah dan sebagainya.
Kenal pasti kos pemasaran seperti kos mencetak banner atau risalah di untuk tujuan promosi. Ambil kira juga kos seperti penyewaan tapak dan yuran untuk menyertai mana-mana pamiran atau ekspo.
Penetapan harga jualan boleh mempengaruhi permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Harga merupakan salah satu faktor utama kejayaan sesuatu bisnes. Sebelum menetapkan harga jualan, anda perlu mengira kos produk atau perkhidmatan terlebih dahulu. Anda boleh menetapkan harga jualan dengan mengambil kira keuntungan yang dikehendaki selepas semua kos dibiayai sepenuhnya. Seterusnya, buat pengiraan jumlah jualan bulanan untuk jangka masa enam bulan atau setahun. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran pendapatan bersih daripada bisnes tersebut.
Mesin dan peralatan yang diperlukan untuk bisnes anda hendaklah diperoleh sebelum memulakan operasi. Di samping itu, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk perlu di beli dari pembekal yang telah dikenal pasti.
Sekarang anda telah bersedia untuk memulakan bisnes dengan merealisasikan idea melalui tindakan. Dari semasa ke semasa lakukan perkara berikut: