Bebanan kewangan isi rumah terus dirasai kini. Lantas pasti ada antara surirumah terlintas untuk mencari sumber pendapatan sampingan untuk membantu suami bagi memulihkan kewangan keluarga. Andai masih tercari mahu pun berfikir-fikir apa caranya, jadi apa kata kita dengar perkongsian daripada Dr. Ismail Ab.Wahab, Mantan Profesor Kewangan & Keusahawanan UiTM ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, ramai wanita dan suri rumah bercita-cita untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui bisnes dari rumah. Tambahan pula kos mengendalikan bisnes dari rumah adalah lebih rendah berbanding menyediakan kedai atau menyewa premis. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan bisnes dari rumah:

  1. Pilih idea bisnes yang sesuai

Idea bisnes dianggap sesuai jika masih terdapat ruang dan peluang untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Penjanaan idea bisnes bermula dengan mengenal pasti industri atau jenis perniagaan yang anda minati. Antara bisnes yang sesuai dijalankan di rumah termasuk dalam bidang makanan, minuman, barang keperluan harian, pakaian, produk kecantikan, khidmat asuhan kanak-kanak, penyediaan akaun syarikat, dan sebagainya. Lazimnya sesuatu idea busines boleh dianggap sesuai jika idea tersebut memiliki ciri-ciri berikut::

  • Kemampuan idea bisnes memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Kemampuan idea bisnes untuk menjana keuntungan kepada anda.
  • Kesesuaian idea bisnes dari sudut agama, moral dan perundangan.
  • Kesesuaian idea bisnes dengan minat serta kemampuan anda
  1. Buat penilaian awal mengenai daya maju idea bisnes

Nak Berniaga Dari Rumah, Lagi Mudah Kiranya Ikut Cara Ni. Confirm Boleh Buatlah!
.

Penilaian awal daya maju idea dan peluang bisnes membabitkan penilaian terhadap diri anda, masyarakat sekeliling, kewujudan sumber, suasana pasaran, dan tahap risiko. Antara penilaian yang boleh dilakukan ialah:

  • Sama ada anda memiliki pengalaman, kemahiran, dan pegetahuan yang berkaitan dengan idea bisnes yang ingin dijalankan.
  • Sama ada anda memiliki sumber modal seperti wang tunai atau aset yang boleh digunakan sebagai modal permulaan.
  • Sama ada idea bisnes sesuai dengan nilai dan penerimaan masyarakat setempat.
  • Sama ada anda memiliki kelebihan dari segi persaingan?.
  • Sama ada sumber-sumber bagi memulakan operasi bisnes mudah diperoleh seperti sumber modal, bahan mentah, pekerja, peralatan dan sebagainya.
  • Sama ada tahap risiko yang bakal dihadapi rendah atau sederhana berbanding pulangan yang bakal diperoleh.
  1. Bincang dengan ahli keluarga dan rakan

Bincang dan tanya pendapat orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan, jiran atau pihak lain mengenai idea bisnes anda. Mereka mungkin dapat membantu anda memperoleh maklumat berguna bardasarkan pengalaman dan kepakaran mereka. Anda boleh melakukan kaji selidik ringkas secara “online” atau melalui media sosial. Antara perkara yang boleh ditanya termasuk:

  • Adakah responden berminat dan bercadang membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang akan anda tawarkan?
  • Adakah produk atau perkhidmatan anda mampu menembusi pasaran?
  • Apakah ciri yang perlu ada pada produk dan perkhidmatan anda berbanding produk atau perkhidmatan sedia ada di pasaran?
  • Apakah faktor yang menyebabkan pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Bagaimana idea bisnes anda mampu menyelesaikan masalah orang lain?
  • Apakah faktor utama kejayaan idea bisnes ini di pasaran?
  • Bagaimana bisnes ini boleh terus bertahan dan berkembang pada masa hadapan?
  1. Daftar bisnes

Semua jenis bisnes sama ada dijalankan dari rumah atau kedai dan sama ada secara “offline” atau “online” diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengendalikan sebarang bentuk bisnes atau menjual sebarang produk atau perkhidmatan tanpa didaftarkan dengan SSM merupakan suatu kesalahan. Bagaimanapun, bagi bisnes yang dikendalikan dari rumah tidak perlu memohon lesen atau permit dari Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi penjawat awam yang mengendalikan bisnes secara separuh masa (di luar waktu pejabat) perlu memohon kebenaran bertulis dari ketua jabatan.

Ads
  1. Kenal pasti sumber-sumber yang diperlukan

Nak Berniaga Dari Rumah, Lagi Mudah Kiranya Ikut Cara Ni. Confirm Boleh Buatlah!
.

Kenal pasti kewujudan pelbagai faktor dan sumber yang boleh membantu anda memulakan perniagaan. Antara sumber-sumber yang boleh dikenal pasti ialah:

  • Masa
  • Kemahiran & pengetahuan
  • Pendidikan/latihan
  • Peralatan
  • Ruang dan kemudahan asas
  • Bahan mentah dan sumber asli
  • Perhubungan dan pengangkutan
  • Kewujudan sasaran pasaran
  • Pembiayaan
  • Program sokongan dan sebagainya
  1. Kenal pasti jumlah modal permulaan

Modal memulakan bisnes bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Tidak semua jenis perniagaan memerlukan jumlah modal yang sama. Anda perlu mengenal pasti dan menyediakan senarai perbelanjaan serta menganggar kos yang perlu ditanggung bagi membiayai keperluan berikut:

  • Kos penubuhan

Ambil kira bayaran pendaftaran perniagaan dan kos-kos lain yang terlibat dalam proses pendaftaran dan penubuhan bisnes..

Ads
  • Kos jualan

Ambil kira penggunaan bahan mentah, kos pengangkutan bahan, kos pembungkusan serta kos upah operasi.

  • Kos peralatan

Kos belian mesin atau peralatan untuk menghasilkan produk.

  • Kos pentadbiran

Anggarkan kos sebulan yang terlibat semasa menguruskan bisnes seperti bil elektrik, air, telefon, petrol, promosi, penyelenggaraan, upah dan sebagainya.

Ads
  • Kos pemasaran

Kenal pasti kos pemasaran seperti kos mencetak banner atau risalah di untuk tujuan promosi. Ambil kira juga kos seperti penyewaan tapak dan yuran untuk menyertai mana-mana pamiran atau ekspo.

  1. Tetapkan harga dan anggarkan jumlah jualan

Penetapan harga jualan boleh mempengaruhi permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Harga merupakan salah satu faktor utama kejayaan sesuatu bisnes. Sebelum menetapkan harga jualan, anda perlu mengira kos produk atau perkhidmatan terlebih dahulu. Anda boleh menetapkan harga jualan dengan mengambil kira keuntungan yang dikehendaki selepas semua kos dibiayai sepenuhnya. Seterusnya, buat pengiraan jumlah jualan bulanan untuk jangka masa enam bulan atau setahun. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran pendapatan bersih daripada bisnes tersebut.

  1. Beli peralatan dan bahan

Mesin dan peralatan yang diperlukan untuk bisnes anda hendaklah diperoleh sebelum memulakan operasi. Di samping itu, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk perlu di beli dari pembekal yang telah dikenal pasti.

  1. Mulakan perniagaan

Sekarang anda telah bersedia untuk memulakan bisnes dengan merealisasikan idea melalui tindakan. Dari semasa ke semasa lakukan perkara berikut:

  • Buat tinjauan dan analisis terhadap prestasi perniagaan.
  • Dapatkan maklum balas daripada pelanggan dan masyarakat sekeliling.
  • Buat penambahbaikan terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan.
  • Bagi memastikan “survival” bisnes, anda perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi dan pengurusan bisnes dengan mengikut program latihan yang banyak dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI