Apabila anak-anak sudah menamatkan pengajian, sudah pasti akan melangkah ke alam pekerjaan. Namun peluang untuk mendapat pekerjaan bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik tapi penampilann dan keyakinan diri.
Ramai yang terlepas pandang hal ini terutama aspek penampilan. Sebagaimana perkongsian ini boleh dijadikan panduan apabila mendapat tawaran temuduga pekerjaan.
Ikuti perkongsian ini.
TRAGEDI di SPA!!!
Pengajaran untuk SEMUA Pembaca
Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.
Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe
Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.
Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!
“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.
Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!
Antara kesalahan yang saya REKODKAN!
LELAKI
1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah
PEREMPUAN
1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah
Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?
Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?
Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…
Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.
Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA
Kredit : Muhammad Al Fatihee