Nak Berhenti Kerja & Mula Berniaga. Baca Dulu Perkongsian Ni, Jadikan Panduan!

Share

Bila kita lihat orang yang berkerja sendiri dengan menjalankan perniagaan, selalu buat kita rasa cemburu.

Apa yang kita lihat dan bayangkan, betapa senang dan mewah kehidupan mereka hingga membuatkan kita ingin mengikut jejak langkah untuk berniaga dan sekali gus berhenti daripada makan gaji.

Namun realitinya, kehidupan ini pasti ada cabaran dan ujiannya. Lantaran itu, ada baiknya kita baca perkongsian daripada seorang usahawan tani ini, berkongsi kisah bila didatangi seorang sahabat bertanyakan pendapat berkenaan keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

Semoga kisah ini dapat membuatkan kita berfikir semula jika ada yang terlintas untuk berbuat perkara yang sama dengan sahabatnya itu.

Ini perkongsiannya.

Berhenti Kerja Dan Berniaga

Ada seorang kawan lama jumpa aku tanya pendapat. Katanya dia nak berhenti kerja dan berniaga. Katanya dia nak berkebun. Aku tenung mata dia. Aku cakap ” Ko jangan lah berhenti kerja. Kau kerja je.”

Dia pelik bila aku cakap macam tu. ” ko ingat senang!. Ko ingat berniaga ni senang dapat duit?. Kau tak boleh salah dan tak boleh leka. Kau tak boleh lambat belajar, kau tak boleh give up, kau tak boleh lemah “.

Dia cakap dengan aku ” Kau ni. Aku datang nak minta kau semangat dan motivasi. Tapi kau pandang rendah kat aku ” .

Aku senyum. Aku suka semangat tu. Aku tahu dia bersemangat Berkobar-kobar. Tapi saya takut dia kecewa. Umurnya sudah 50an. Rumahnya besar, Keretanya besar. Tapi hutangnya juga masih banyak.

Bisnes ni bukan boleh main-main.

” Aku ramai kawan. Aku boleh dapat projek gomen “. Aku senyum lagi. Jangan harap dengan kawan-kawan. Masa kita kat dalam memang senang. Tapi bila dah bisnes sendiri kita sama je dengan yang lain. Kekadang lagi rapat lagi payah nak dapat.

Kerja gomen bukan mudah. Dah siap projek belum tentu dibayar tepat waktunya. Salah-salah macam minta sedekah. Bukan semua tapi biasanya banyak macam tu. Sebab tu malas nak buat kerja-kerja libatkan LO ni. Lambat sebab tak hulur sampul. Bukan sebulan tapi ada yang sampai 3-6 bulan. Dimainkan macam bola.

“Aku nak berkebunlah”. Kata kawan tu.

Jangan…jangan… Ko ingat orang berkebun ni senang. Ko ingat boleh terus jadi. Ko ingat tanam sayur tu boleh banyak duit. Salah-salah ko jual pun tak laku. Kena mainkan pemborong je. Barang tak cantiklah.. lambakan sayurlah…

” Abis ko suruh aku buat apa? ”

Fokus Apa Yang Kita Mahir

“Macam nilah. Umur kita dah 50an kita fokus dengan apa yang kita master. Kalau ko betul nak berniaga ko jumppa aku kita duduk seharian. Kita bincang apa minat dan pengalaman ko. Tahun pertama ko jangan fikir nak untung. Ko tak boleh berjalan melancong, sabtu ahad pun kerja. Berkuli dengan diri sendiri. Ko tak boleh ikut orang lain. Kau kena cari apa yang terbaik untuk ko.

Sekarang kalau ada duit ko simpan duit tu. Ada peluang sesekali ko buat trading. Orang sekarang buat duit lebih banyak dari duit. Tak ada duit susah nak buat duit lain. ”

Asam Garam Orang Berniaga

Sebenarnya saya sengaja buat dia confius. Aku nak jati diri dia kuat betul. Sebenarnya jadi peniaga ni kena degil. Kena ada semangat melawan. Orang cina kata berniaga ni serupa berjudi. Semalam dah kalah hari ni gian nak cuba lagi. Mana tahu menang. Orang berniaga tak takut kalah. Orang berniaga suka melawan arus.

Nak berniaga tak payah tanya orang lain. Nak berhenti kerja tak payah kecoh satu negeri. Cari bahagia, kalau dah kerja baik. Tiap tahun dapat pangkat, dihormati orang, bergaji besar. Kerja je lah tak payah berhenti.

Sumber : Coach Bahar