“Nak Berhenti Jadi Perempuan, Hari-Hari Kena Buli.” Gara-Gara ‘Diusik’ Abangnya, Luahan Dekta Bikin Ramai Sebak

Share

Dzahira yang lebih mesra disapa Dekta disifatkan sebagai seorang anak gadis yang memahami tanggungjawab dirinya sebagai seorang kakak dalam keluarga mereka.

Anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib yang kini berusia 8 tahun dikatakan banyak mewarisi sifat kasih arwah ibunya.

Pemilik nama sebenar Dzahira Talita Zahra bagaimanapun seorang yang lembut hatinya. Dalam perkongsian terbaru, kelihatan dia menangis teresak-esak dek kerana ‘disakat’oleh Uwais Al Qarni dan Ariq Matin.

Dalam video pendek tersebut, Dekta memberitahu yang dia tidak mahu menjadi anak perempuan lagi kerana asyik ‘dibuli’oleh abang dan adik lelakinya.

Dekta dan drama berpisah tiada yaaa 😂 Siapa anak perempuan dia macam ni? Tak boleh usik sikit, nangis dah macam kena pukul. Si Matin dah takut tu sebenarnya 😂 Haihhh la anak-anak, waktu kecil ni gaduh2 dulu, besar nanti haaa baru rindu ❤️❤️❤️

Perkongsian tersebut mendapat respond warganet, rata-rata bersimpati dan tak kurang memberi kata-kata semangat buat satu-satunya anak perempuan Allahyarham Siti Sarah.

 

zarraoreo 😢 Ala cian dekta, pls bagi more attention to her, sbb die perempuan hati lembut dan mudah sedih.
sifujamall matin & uwais – uncle bagi warning ni.. jangan buli2 dekta lagi aaa.. nanti uncle rotan jari kaki kelingking tu.. pedih tau☝🏻🤭😍
yunaaaaa786_ Aduh berair air mata, teringat arwah ibu dia, kalo ibu ada pasti ibu pujuk dekta 😢😢
diana_jrm.bandarmakhotacheras Sedih plk tgk dekta😢 abg dgn adik gurau je tu, ok syg❤️❤️❤️
chasing_starbabe Alalala alhamdulilah ada nenek lagi leh jadi pengganti Ibu pujuk dia 😢❤️
nazieranasarudin “Dekta nak berhenti jd perempuan.”… Alahhh sayang, takmau sedih2 tau. Abg dgn Matin gurau je tu. Dekta kan good girl? Dahla comel, bijak pulak tu. Jgn nangis ye sayang. Semua org syg Dekta. Sending you lots of love and hugs okay! Loveyou Dekta ❤️🥺
lizaummidinie Sedih dengar dekta ckp tkda yg sayang dia…😢..Allahu..kecik2 mcm tu lah sayang gaduh2 tu biasa nak..❤️
Pergaduhan kecil antara adik-beradik adalah perkara biasa. Sedangkan lidah lagikan tergigit.Lumrah bila bertemu ada sahaja yang benda tak kena, tetapi kalau salah seorang tiada mula rindu kan.

Sumber: sitisarahraissuddin