Buat yang teringin berbuka puasa dengan menikmati hidangan istimewa dan lazat yang ditawarkan di restoran-restoran tertentu, pasti gembira dengan pengumuman daripada Perdana Menteri pagi tadi.
Pun begitu, perlu diingat sebagai pelanggan buatlah pilihan bijak dengan memastikan restoran yang dipilih adalah yang menepati syarat.
Ini dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol.
PKP ➡️ PKPD ➡️ PKPB bermula 4 Mei 2020.
Perdana Menteri percaya pembukaan semula ekonomi perlu dibuat secara berperingkat.
Kedai makan sudah boleh dibuka bermula 4 Mei ni dengan 7 syarat yang dikongsi oleh Perdana Menteri sebentar tadi.
Saya percaya kedai yang ikut semua syarat ni, pelanggan akan rasa lebih selamat untuk ke sana.
Inilah New Norm.
Pelanggan akan pilih kedai makan yang pentingkan kesihatan dan keselamatan pelanggan.
✅ Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain.
Tujuannya supaya ada ruang yang luas untuk pelanggan dan pekerja lalu.
Notis perlu diletak di setiap meja, hanya 1 orang, 2 orang atau 3 orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.
✅ Buat garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.
✅ Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.
✅ Sediakan penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.
✅ Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa.
✅ Hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.
✅ Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID-19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.
Jadi pelanggan yang bijak. Pilih kedai makan yang ikut syarat di atas.
Kita nak bukan makanan yang kita beli tu saja yang selamat, tapi ahli keluarga kita pun selamat.
sumber : Redza Zainol