Nak beli tanah atau rumah? Perunding kewangan kongsi perkara penting kena ambil tahu. Membeli tanah atau rumah merupakan salah satu keputusan kewangan terbesar dalam hidup seseorang.
Namun, sebelum membuat keputusan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil tahu agar tidak menyesal di kemudian hari. Ilmu kewangan amat penting diketahui agar dapat melakukan perancangan kewangan dengan betul.
Begitu juga soal pelaburan untuk membeli beli tanah atau rumah. Semua ini perlu ada perancangan agar tidak salah pelaburan.
Menurut perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad, soalan yang sering ditanya mengena ilmu kewangan adalah pembelian tanah atau rumah.
Nak tahu lanjut mengenainya, ikuti perkongsiannya.
BELI TANAH ATAU RUMAH?
Soalan ini sering ditanya kepada saya sebenarnya.
1. Jika mula kerja, tahan impian beli tanah dulu. Walaupun yang cadang itu ibubapa tercinta.
2. Dengan membeli tanah untuk buat rumah waktu mula kerja. Kita pastinya akan buat pembiayaan peribadi. Simpanan belum ada lagi.
3. Bila ada pembiayaan peribadi, nak beli sebuah rumah akan jadi sukar nanti. Kita harus himpun duit, atau buat pinjaman lagi untuk bina rumah pula.
4. Jangan ada impian beli tanah nak buat rumah bila bersara nanti jika masih muda. Wawasan itu terlalu jauh menanti.
5. Jika lagi 30 tahun akan bersara, apakah kita akan kekal hidup menyewa?. Maklumlah nak buat bunglow dengan kolam mandi.
6. Selama tempoh itu juga, duit kita akan tertanam dalam tanah. Tiada hasilnya kecuali kita nak tanam buah strawberry.
7. Kita bayar faedah bank dan kayakan bank sahaja nantinya. Modal nak beli bata, simen buat rumah belum ada lagi.
8. Beli tanah jika kita benar kaya raya dan duit tak tahu nak letak mana. Tanah adalah penyimpan nilai sebagaimana emas.
9. Belajar beli rumah kecil dulu, baru beli tanah untuk bina rumah.
10. Jika ada impian beli banyak rumah, sabar dulu untuk membeli tanah.
Kesimpulannya membeli tanah atau rumah adalah komitmen jangka panjang yang memerlukan pertimbangan teliti. Dengan mengetahui perkara-perkara penting yang perlu diambil tahu, anda boleh membuat keputusan yang bijak dan mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Dapatkan nasihat daripada perunding kewangan atau pakar hartanah jika perlu, agar pelaburan anda mendatangkan hasil yang diharapkan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Kredit foto: Freepik dan Pexels
Baca artikel lain juga: Agar Duit Kita Tak Cepat Habis, Nasihat Perunding Kewangan Ini Kena Ambil Peduli, Baru Gaji Cukup!
Kita Terlalu Mengejar Wang Penasihat Kewangan Ajar 10 Cara Rancang Kewangan Bila Dah Nak Bersara
Nak Masuk Tahun 2023 Duit Asyik Tak Cukup, Rupanya Salah Cara, Ini Nasihat Pakar Kewangan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my