Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman. Namun untuk membeli rumah ini bukan main beli aje dan asal cantik pandangan mata.
Hakikatnya kena lihat beberapa faktor. Jika salah beli, akan jejaskan tabungan masa depan anda.
Nak tahu caranya, ikuti 6 tip daripada perunding kewangan ini, Azizul Azli Ahmad.
TIPS BELI RUMAH 2022
1. Jangan Tergesa Gesa Beli.
Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari.
Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu buru.
2. Hadiah Percuma!
Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa.
Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk, mintak diskaun 10-25% lebih baik dari hadiah percuma.
3. Pasaran Kondominium!
Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini.
Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi.
Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya.
4. Kos Tambahan Hartanah Strata.
Bagi pangsapuri dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran.
Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulannnnn!.
5. Jarak Tak Lebih Sejam.
Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja.
Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya.
Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.
6. Harga Masa Depan.
Jangan beli kediaman yang dijual pada harga masa depan. Kediaman yang ada cash back antara kediaman yang dijual pada harga masa depan.
Jangan terburu, tahun ini dijangka lebihan hartanah cecah lebih 30,000 .
Beli yang mampu bukan yang kita suka.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
.