Nak Beli Roti ‘Fresh’ Yang Betul-Batul Dibakar Pada Hari Dibeli, Lihat Pada Warna G-Locknya!

Share

Sama ada anda perasan atau tidak, setiap kali kita membeli roti Gardenia mesti berbeza-beza warna G-lock yang digunakan. Jangan ingat ia tidak memberi apa-apa maksud dan bagus juga untuk kita sebagai pengguna mengetahuinya bahawa setiap warna G-lock tersebut memberi maksud hari roti tersebut dibakar.

Memandangkan pengeluaran roti ini setiap hari, jadi G-lock yang berbeza digunakan oleh pihak kilang. Info ini sebagaimana yang dikongsikan oleh FoodPornMalaysia di Twitter.

Tahukah anda setiap warna tag G-lock roti Gardenia sebenarnya membawa maksud HARI roti itu dihasilkan? Jadi ianya boleh membantu kita membeli roti segar yang baru dibakar pada satu-satu hari.

 

Jadi inilah maksud warna G-lock yang berbeza dan secara tidak langsung bolehlah memudahkan anda untuk membeli roti yang dibakar segar pada hari anda membeli roti tersebut.

Warna tan – Isnin
Warna oren – Selasa
Warna kuning – Rabu
Warna biru – Khamis
Warna hijau – Jumaat
Warna merah – Sabtu
Warna putih – Ahad

 

Sumber: Twitter @FoodPornMalaysia 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga

: Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club