Sama ada anda perasan atau tidak, setiap kali kita membeli roti Gardenia mesti berbeza-beza warna G-lock yang digunakan. Jangan ingat ia tidak memberi apa-apa maksud dan bagus juga untuk kita sebagai pengguna mengetahuinya bahawa setiap warna G-lock tersebut memberi maksud hari roti tersebut dibakar.
Memandangkan pengeluaran roti ini setiap hari, jadi G-lock yang berbeza digunakan oleh pihak kilang. Info ini sebagaimana yang dikongsikan oleh FoodPornMalaysia di Twitter.
Tahukah anda setiap warna tag G-lock roti Gardenia sebenarnya membawa maksud HARI roti itu dihasilkan? Jadi ianya boleh membantu kita membeli roti segar yang baru dibakar pada satu-satu hari.
Jadi inilah maksud warna G-lock yang berbeza dan secara tidak langsung bolehlah memudahkan anda untuk membeli roti yang dibakar segar pada hari anda membeli roti tersebut.
Warna tan – Isnin
Warna oren – Selasa
Warna kuning – Rabu
Warna biru – Khamis
Warna hijau – Jumaat
Warna merah – Sabtu
Warna putih – Ahad
Suami isteri yang mampu mengekalkan hubungan mesra dan bahagia hingga hujung nyawa, nyata keduanya telah sama-sama berjuang untuk kekal bahagia.
Ini kerana untuk merasai bahagia dalam hubungan, ianya bukan usaha dari satu pihak sahaja.
Untuk itu, ketahui beberapa teknik yang boleh dilakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa istimewa dan tidak hambar.
Ini sebagaimana yang dikongsika oleh Muhammad Hassan untuk panduan bersama.
Apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal. Lakukan teknik ini
Physical Touch
1. Peluk pasangan dari belakang.
2. Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
3. Picit hidung,gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
4. Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
5. Doa kebaikan dihadapan dia,biarkan dia dengar setiap doa kita .
6. Ketika pegang tangan,tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia,sayang hingga ke syurga.
Break the routine
1. Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan,apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
2. Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat subuh.
3. Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin,esok selepas subuh jemurkan .
4. Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri,cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki,picit picitkan kaki dia.
5. Sebelum ini tak pernah makan bersuap,minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan,minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
7. Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar,pilih tempat yang dia sukai.
6. Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan jalan. Pusing kampung,pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik,isteri mula merasai dirinya dihargai,suami akan makin jatuh cinta.
Perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa suami dan isteri. Saling mencintai, bertolak ansur dan menghargai antara satu sama lain. Jangan ada ego dan hanya mahu pasangan mendengar arahan anda sahaja. Barulah rumah tangga mendapat berkat.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammadpatut dijadikan iktibar dan panduan buat pasangan suami isteri di luar sana.
Jangan menjadikan pasangan anda seolah-olah hamba. Jangan hanya kerana anda mengeluarkan belanja untuk semua barang di dalam rumah maka, anda boleh menengking atau memarahi pasangan di khalayak sesuka hati.
“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”
“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.
Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju. Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.
Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,
“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”
Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”
“Diamlah, mulut tu belajar diam.”
Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”
Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat.
Semua diam.
Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.
“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung. Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.
Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.
Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”
Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.
Sesekali jadi hero begini rasa puas.
Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.
Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.
Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.
Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.
Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.
Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita.
Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,
“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”
Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.
Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.
Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak ibu-ibu rasa teringin nak makan mi goreng basah, tapi bila buat dan cuba di rumah, hasilnya tidak seperti yang diinginkan? Sebenarnya tak susah pun. Sangat mudah dan ringkas je cara nak buatnya tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap.
Nah admin kongsikan resipi untuk ibu-ibu cuba masak untuk suami dan anak-anak.
Bahan👇
1 bungkus Mee kuning dibilas dan tos…
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
4 sudu besar Cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1sudu besar kicap pekat
5 sudu kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan kecil air putih
2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan tumbuk
110 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara membuat:
Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar.
Tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee.
Masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil..
Masak dan kacau2 bagi sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap.
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap2 tu semua dah cukup.
Kredit : Resepi Kak Long
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.