Tentunya bila mendapat tahu harga ikan dipasaran turun, petikan berita ini cukup mengujakan oleh kita sebagai pengguna. Ini sebagai mana yang dipaparkan di akhbar Sinar Harian, bilamana adanya lambakan ikan kembung dan cencaru yang mengakibatkan harga ikan dijual murah daripada biasa.
SEKINCHAN – Harga ikan kembung dan cencaru turun mendadak sehingga RM2.50 sekilogram bergantung kepada saiz di Pasar Awam Sekinchan di sini sejak seminggu lalu. Seorang peniaga, Heng Nok Koo, 55, berkata, harga ikan kembung misalnya hanya dijual antara RM2.50 sekilogram hingga RM4 sekilogram.
Menurutnya perubahan monsun menyebabkan berlakunya lambakan ikan di pasar awam berkenaan.
“Saya jarang menjual ikan kembung dan cencaru pada harga jauh lebih murah kerana harga biasa mencecah sehingga RM12 sekilogram.
“Harga ikan yang jauh lebih murah ini dijangka berterusan sehingga minggu depan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ads
Nok Koo berkata, dia yang memulakan operasi perniagaan dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam mengakui hasil jualannya meningkat sekali ganda.
“Jika harga ikan murah saya mampu menjual lebih satu tan metrik ikan berbanding 500 kilogram ikan sehari jika harga ikan tinggi,” katanya.
Seorang pelanggan, Nurul Azlina Hamzah, 41, berkata, dia sanggup datang sejauh kira-kira 30 kilometer ke Sekinchan semata-mata ingin membeli ikan pada harga murah.
Ads
Nurul Azlina dari Kampung Teluk Penyamun Kuala Selangor berkata, dia turut menerima tempahan rakan yang mengirim wang membeli ikan terbabit dalam kuantiti banyak.
“Saya memang tak sangka harga ikan yang dijual empat atau lima kali ganda lebih murah berbanding harga kembung yang biasa dijual RM12 sekilogram dan ikan cencaru RM10 sekilogram,” katanya.
Ads
Seorang pelanggan, Abu Hasan Omar, 67, berkata, penurunan harga ikan itu mengurangkan beban pembeli yang berdepan kenaikan harga barangan keperluan lain.
“Setahu saya harga ini paling rendah sepanjang tahun ini dan ini secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Jika ada roti di rumah yang tidak berusik dan hampir tamat tarikh luput, jangan terus dibuang. Jom kita cuba menu baru untuk keluarga dengan bahan ini.
Resipi Roti Lapis Daging ini cukup mudah tapi rasanya cukup sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma Roti Lapis ni taklah berlapis-lapis.
Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.
Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil air tangan Nadiah Hanum. Pasti suami dan anak-anak sukakannya.
BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging kisar
Rempah daging
Lada hitam
*Mushroom / capsicum kalau suka
*Cili / cili padi bagi yang nak pedas
Sos cili Thai
Garam
Bahan Lapis
Roti secukupnya
Susu cair / susu segar
Sup Cendawan Campbell dalam tin
Telur
Cheese
CARA-CARA
1. MASAK INTI DAGING
Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.
2. CELUP ROTI DENGAN SUSU
Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.
3. RATAKAN INTI ATAS ROTI
Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.
4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM
Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.
5. LAPISKAN CHEESE
Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.
6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI
Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.
7. BAKAR
Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.
SIAP!
Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?
Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheese yang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.
Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubah suai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau pergi bazar, mesti akan tergoda dengan bau murtabak kan? Bila dah tergoda tu, mesti la kena beli!
Jom buat sendiri murtabak kat rumah, hanya guna kulit popia sahaja untuk kulitnya! Tak perlu nak uli doh dah, jimat masa siap inti terus lipat!
CARA BUAT MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA
Bahan-bahannya:
Kulit popia
3 biji ubi kentang (potong dadu)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (didadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup @ daun bawang
Isi ayam @ daging (dicincang)
Telur ayam 2 biji
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan rempah dan tuang sedikit air jangan terlalu banyak. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.
2. Pecahkan telur, kemudian masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti tadi ke dalam telur, gaul sebati.
3. Letak sedikit di atas kulit popia dan lipat seperti bentuk murtabak.
4. Goreng dalam periuk ajaib atau pan anti lekat dalam minyak yang sedikit. Balik-balikkan kedua-dua belah supaya masak rata.
Sehari dua sebelum Hari Raya biasanya di bahu jalan-jalan ada sahaja yang menjual lemang yang dibakar.
Sebagai pembeli kadang-kadang bingung juga untuk membuat pilihan, maklumlah setahun sekali peniaga tersebut menjual. Tidaklah diketahui rasa dan keenakan rasa lemang yang dimasak.
Pun begitu, menurut perkongsian pengusaha jualan lemang yang dikenali Lemang Cukup Tua berkongsi tips dan cara mengenal lemang yang bagus dan enak sebelum membeli agar tidak terkena lemang basi atau mentah.
Malah turut berkongsi cara untuk pastikan lemang yang dibeli dapat bertahan lebih lama. Untuk itu, jom baca perkongsiannya dan harap bermanfaat.
Tip Mengelak Dari Terkena Masa Beli Lemang
HAIHH lama tak post thread panjang2. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan2 dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai2 tepi jalan pilihan korang.So ada ilmu sikit2 ni tak salah kita share ramai2 kan?
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.
4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Jangan dan jangan! Singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….
7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli.
*Sekian tips2 dari saya, pengalaman membakar dan menjual lemang 15 tahun.
Selamat Hari Raya dan Selamat Ber’PKPB’. Jangan rentas Negeri tauu…
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.