Disaat kos kenaikan harga barang yang tinggi, ada baiknya kita meneliti dahulu apakah barang yang kita beli benar-benar berguna untuk kita.
Bimbang sudahnya barangan ini tersadai di rumah malah mengambil sudut dan ruang rumah yang akhirnya merosakkan pandangan mata.
Dalam kebanyakan rumah, banyak peralatan seperti ini akhirnya hanya menjadi beban. Ia jarang digunakan, mengambil ruang, dan akhirnya masuk ke stor atau jadi barang perhiasan tanpa manfaat sebenar.
Apa jenis-jenis barang ini? Tip perkongsian dari Public Health Malaysia ini anda perlu cakna.
1. Kerusi Urut
Memang nampak seronok, tapi pernah fikir tak berapa kerap anda akan gunakannya? Kadang-kadang, kerusi urut hanya jadi perhiasan mahal di sudut rumah.
2. Alatan Gym Rumah
Mulakan dengan rutin senaman biasa dulu untuk pastikan anda komited sebelum laburkan duit.
3. Mesin Kopi Premium
Kalau anda bukan peminum kopi tegar, mesin yang mahal dengan pelbagai fungsi mungkin tak berbaloi.
4. Vakum Robot
Jika anda sejenis tidak percaya dan lebih puas hati membersihkan sendiri segenap ruang rumah, ada baiknya lupakan alat ini.
5. Mesin adunan multifunction
Mesin pengadun untuk jumlah yang banyak atau mesin roti biasanya tidak digunakan selalu. Fikirkan.
Tip Bijak:
Sebelum beli, tanya diri: Adakah saya perlukan keinginan atau keperluan? Kadang-kadang, peralatan ini cuma nampak menarik di iklan, tapi kurang praktikal untuk kegunaan harian. Fikir masak-masak!