Nak Beli Emas Banyak Mana? Lelaki Ini Jelaskan Do & Don’t Bila Beli Emas.

Share

Emas merupakan perhiasan buat wanita. Ada wanita memakai emas lantaran terpesona dengan kilauan dan rekaan yang unik. Memakainya seakan aura yang memberikan ‘semangat’ kepada dirinya untuk tampil cantik.

Dahulu, harga emas dibeli dalam nilai yang rendah. Hanya wanita yang suka kepada barang kemas ini akan membeli dan memakainya. Namun, sejak akhir-akhir ini, harga emas semakin tinggi dipasaran sehingga mendorong ramai wanita termasuk lelaki teruja untuk membeli emas. Suami pula teruja membeli hadiah kepaad isteri dalam bentuk gelang atau rantai emas.

Persoalannya, banyak mana emas yang harus kita beli jika dikatakan menguntungkan. Selanjutnya ikuti perkongsian ini. Moga ia jadi panduan untuk kita membuat pilihan yang tepat apabila bercadang membeli emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang.

Ikuti perkongsian ini.

BELI EMAS BANYAK BANYAK?

Bila semalam, ramai yang beratur di pajak gadai. Maka hari ini akan keluarlah ayat,

“Sebab itu kita kena beli emas”.

Baik, saya sangat setuju. Tetapi banyak mana emas kita perlu beli?

Izinkan saya beri pandangan tentang emas berdasarkan bacaan saya.

Saya bukan penjual emas, maka tulisan saya tidak mewakili mana mana syarikat emas agar kita tak lemas.

Ini pandangan saya dalam kontek Malaysia. Betulkan saya jika saya salah.

1. Saya beranggapan emas bukan pelaburan, emas adalah penyimpan nilai. Saya beli emas bukan untuk melabur, tetapi sekadar menyimpan nilai wang saya sahaja.

2. Sebaiknya penuhkan ASB atau Tabung Haji dulu barulah membeli emas. Jangan gelojoh.

3. Banyak mana nak beli? Jika simpanan kita ada RM100,000, peruntukkan membeli emas sebaiknya dalam 30% dari nilai yang kita ada. Jangan berlebihan dari nilai itu.

4. Emas jika anda anggap pelaburan, ia adalah dalam ketogeri pelaburan jangka SANGAT PANJANG, bukannya panjang pada saya. Ia perlukan masa yang sangat lama.

5. Jangan mudah percaya bila orang kata, beli emas tak rugi . Ia juga ada susut nilai, sama macam hartanah juga. Tak semua benda indah dimata.

6. Jika anda ingin menyimpan dan beli emas perhiasan. Baik lupakan saja, nilai susut emas perhiasan ini adakalanya sampai 30%! Ya, sebanyak itu. Jika nak menyimpan, belilah emas bar yang susut nilainya bawah 5%-10% waktu nak jual balik.

Jika beli sebab sayangkan bini, itu cerita lain.

7. Jika anda beli dari syarikat A dan nak jual di Syarikat B, susut nilainya juga luar biasa tinggi. Anda akan terkejut nanti.

8. Fahmi nilai perbezaan atau peratusan spread emas yang kita beli agar bila kita nak jual nanti kita tak rugi. Semakin kecil peratusan harga beli tolak harga jual, ia semakin baik.

9. Terlalu banyak beli emas kecil dan himpun bulan bulan lebih merugikan berbanding beli terus yang besar sikit.

Membeli emas 1gram tiap bulan lebih mahal kerana upah buat lebih tinggi berbanding kita beli terus 20gram emas.

50gram emas lebih menguntungkan berbanding 50keping emas 1gram. Boleh faham?

10. Dalam kegairahan adanya emas, ada orang beli emas kertas atau saham emas. Ia bukanya pelaburan yang baik. Beli emas mesti dapat emas bukan dapat kertas.

Gambar sekadar hiasan

11. Jangan beli emas dari duit Tabung Kecemasan, duit kita nak guna atau simpanan kita. Beli emas bila kita ada duit lebih dan TAK AKAN GUNA.

12. Beli emas sekadar ikut cakap orang, dengar cakap penjual dan ikut amalan dulu kala. Langsung tak pernah beli buku emas atau cari ilmu tentang emas.

13. Buat pinjaman dan membeli emas adalah satu dosa dalam pengurusan kewangan.

14. Beli emas dan pajak di Ar Rahnu dapat duit dan beli emas lagi adalah amalan songsang yang kayakan penjual emas sahaja. Ruginya anda sahaja.

15. Walaupun emas bersifat universal, ada negara yang tak iktiraf syarikat emas yang kita beli. Mereka akan ambil pada harga murah nanti. Hati hati.

16. Jika anda susah menyimpan duit, emas antara pilihan penyimpan nilai yang baik.

17. Emas lebih mudah dicairkan berbanding hartanah. Pergilah ke Ar Rahnu dan bukamnya kedai pakai gadai yang tak syariah. Mencari yang halal itu wajib.

18. Jika benar benar terdesak dan tahu tak mampu tebus semula, jangan pajak tetapi jual terus. Ia lebih baik dari segi nilai yang kita dapat. Jangan bernostalgia sangat.

19. Istimewanya emas, jika nilai matawang kita tak laku. Maka emas tetap akan bernilai bagi mana mana negara didunia nanti.

20. Pajak emas di Ar Rahnu akan beri nilai skor kewangan yang tidak baik buat kita. Bank nilai kita sebagai orang yang ada masalah kewangan, peluang buat pinjaman akan terganggu.

21. Hampir semua negara keluarkan matawang emasnya sendiri. Dan belian itu antara yang baik untuk kita menyimpan nilai. BNM ada keluarkan.

Jangan terlalu ghairah beli emas tetapi tiada ilmu. Belajarlah dengan orang yang faham dan tahu tentang emas sebelum membeli emas.

Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik.

Bukan Penjual Emas atau Ejen Emas.

P/s . Sampaikan buat adik adik kita faham agar membeli emas jangan sampai lemas. Share sahaja.

Kredit: Azizul Azli Ahmad