Selain sedap dibuat Lemonade, lemon juga banyak kegunaannya di dapur. Nak beli selalu pun fikir banyak kali juga sebabnya harganya boleh tahan mahal untuk satu biji!
Dari asyik beli je di kedai, apa kata kita cuba tanam sendiri di rumah, bila dapat hasilnya untunglah tak perlu nak beli di kedai dah! Tapi yang leceh bila nak tanam ni, ramai yang kata pokok ini lambat berbuah. Bertahun tanam pun tak nampak hasil. Hmmmm
Kalau nak hasil yang cepat, sebaiknya tanam dari pokok tut seperti yang dikongsi oleh Siti Hazel ini. Lebih kurang setahun, pokok dah berjaya berbuah tau! Jom kita ikuti perkongsiannya.
Menurut beliau, kaedah tut pokok lemon ini tidak dibuat sendiri sebaliknya dibeli secara online saja. Menariknya tanpa baja, pokok tetap berbuah selepas setahun. (Boleh beli pokok lemon tut di SINI)
Ini antara tip penjagaan pokok lemon yang dikongsi :
-Pokok ini ditanam dalam pasu saja, nisbah media tanah 3 pasir 1.
-Ramai yang tanya baja apa saya guna. Saya tidak pakai apa-apa baja cuma siram air yang banyak pagi dan oetang termasuk air beras seminggu dua atau tiga kali.
-Pangkas juga daun pokok lemon supaya pokok berbuah
-Buah yang dihasilkan isinya berair, sedap, tak masam sangat.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Siti Hazel
https://www.youtube.com/watch?v=Kg0gYU9ntiA
“Pahala Yang Terus Mengalir.” Beli Rumah Ke Dua Harga RM200,000 Bekas Pemain Kedah Infaq Bina Rumah Mengaji, Warganet Beri Pujian.
Sedekah antara amalan yang membuatkan pahala terus mengalir kepada kita meskipun kita sudah tiada lagi di dunia.
Berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah, memberi orang makan dan banyak lagi.
Semuanya boleh jadi ‘pelaburan’ pahala kita untuk saham di akhirat nanti.
Sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof menerusi facebooknya mewarkan bahawa telah membeli sebuah tapak rumah berharga RM200,00 untuk dijadikan rumah mengaji.
Bukan mahu menabik dada tetapi mahu rumah itu diketahui ramai agak ramai yang mendapat manfaat. Katanya, tiada sebarang bayaran dikenakan dan disediakan tenaga pengajar.
Usaha beliau mendapat pujian daripada warganet yang menyifatkan ia sebagai amalan sedekahnya.
Jadilah repair-repair apa yang patut
Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah ke2. Jarak rumah ini hanya 100 meter dari Rumah Pertama saya.
Owner datang jumpa saya katanya nak jual 250k. Saya nego dan dapat beli dengan harga 200k. Keluasan tanah 9000sqft. Di atas tanah ini ada 2 buah rumah. Saya pecahkan rumah pertama ( rumah kayu ) dan jadikan tempat parking.
Rumah ini saya jadikan sebagai RUMAH MENGAJI. Sesiapa sahaja boleh datang tak kira lelaki perempuan, tak kira umur. Segalanya PERCUMA. Just datang bawa diri sahaja
Ustaz, Ustazah, Iqra’ dan juga Al-quran saya sudah sediakan. So far pelajar yang hadir ada dekat 100 orang, Alhamdulillah.
Di rumah ini juga saya buat Ceramah Mingguan. Saya akan jemput Ustaz Jemputan untuk memberi Ceramah selama sejam atau sejam setengah. Atleast setiap minggu saya dan jemaah lain akan duduk di dalam Majlis ilmu ☺️
Semoga rumah ke2 saya ini dapat memberi manfaat kepada semua yang datang belajar di Rumah Mengaji saya. Semoga rumah ini juga menjadi saksi kepada saya di Akhirat kelak
Lokasi di Tongkang Yard Alor Setar Kedah.
Sebelum
Selepas
Sumber: Azmeer Yusof
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
DIY Bakul Bertingkat. Jimat Ruang & Bagusnya Kalau Ada Satu Di Rumah!
Kalau hendak dikira-kira berapa jumlah bakul yang ada di rumah kita, memang berbakul-bakul lah jawabnya. Ini disebabkan bakul tersebut kita sering gunakan untuk mengumpulkan pakaian keluarga yang kotor, ada juga bakul untuk pakaian yang telah dicuci bersih, bakul untuk simpan mainan anak-anak dan bermacam-macam lagi kegunaan bakul di dalam rumah kita.
Pun begitu sedar atau tidak, dek kerana ada beberapa bakul yang diletakkan di satu tempat, ia seakan telah mengambil ruang yang banyak dan sekali pandang memang nampak tidak teratur dan merimaskan.
Jadi apa kata kita praktis DIY untuk hasilkan bakul bertingkat seperti ini. Selain ianya menjimatkan ruang, dan tidak dinafikan nampak unik dan bergaya jika ditempatkan di satu sudut rumah. Malahan yang membuatkan lebih teruja untuk dihasilkan kerana menggunakan bajet yang murah.
Ini perkongsiannya untuk lebih faham.
Sebelum ni ada yang pos gambar ‘A’ tanya nak beli kat mana. Tiba-tiba dapat ilham maka terjadilah seperti gambar ‘B’.
.
.
Bahan-bahan:
.
– 3 batang Paip PVC bersama penyambungnya
– 4 roda
– 3 Bakul baju
– 6 Besi penyangkut S
Cara-cara:
1. Buat kaki (cara buat kaki boleh tengok yang org post sebelum-sebelum ni cara buat rak bakul dengan PVC tu)
2. Sangkut penyangkut S pada bakul dan kaki PVC. (Seperti di gambar)
.
Semoga menjadi inspirasi rakan-rakan semua. Barang-barang semestinya dari ECO.
sumber :Abby Saipol via Kelab Kaki Deko Barang Eco /Mr Diy
Tanam Sawi Super Duper Gemuk, Begini Tips Suami Ni Kongsikan. Boleh Follow!
Bercucuk tanam di laman rumah jika dijadikan hobi bukan sahaja untuk mengisi masa lapang malah cukup bermanfaat.
Memberi lebih info pada anda yang ingin menanam sawi, bolehlah jadikan rujukan daripada perkongsian seorang suami ini.
Menariknya, bukan sahaja dikongsikan tip cara menanam malah tidak lokek dedahkan rahsia untuk dapatkan tanaman sawi yang subur dan gemuo-gemuk bila dituai.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
9 Tips Tanam Sawi Super Duper Gemok!
Lepas Jumaat semalam, biras ajak makan nasi ulam budu kat rumah dia. Tak tahu nak bawa apa sebagai buah tangan, saya pun cabut la 2 pokok sawi dibelakang rumah.
Bila timbang 2 pokok sawi tu, bacaan pada penimbang adalah 1231 gram. Ya sahabat, 1.2 kg untuk 2 pokok sawi.
Dia punya rasa teruja dan seronok tu tak boleh nak luah macam mana. Mereka yang ada jiwa kebun sahaja boleh tafsir perasaan tu.
Baik, saya kongsi tips macam mana saya tanam sawi yang super duper gemok tu.
1. Pilih kawasan yang sesuai. Pastikan tapak yang kita pilih tu dapat cahaya matahari yang optimum. Eloknya dapat sinaran matahari dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.
2. Tanam dalam petak tanaman yang dibuat khas. Saya buat petak tanaman daripada batu bata.
Saiz yang sesuai adalah 3 kaki lebar dan 8 inci tinggi. Panjang ikut kesesuaian kawasan. Nak tanam dalam tayar pun boleh.
3. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Saya buat sendiri tanah campuran dengan nisbah 70% pasir + 20% tanah + 10% organic.
4. Pilih benih sawi yang berkualiti. Saya guna sawi giant. Semai dulu benih dalam tray semaian. Bila usia 15 hari, baru pindah dalam petak tanaman.
5. Tanam dengan jarak yang sesuai supaya pokok dapat berkembang dengan baik. Saya tanam dengan jarak 8 -12 inci.
6. Tanam pada waktu petang supaya pokok tak jadi stress akibat kena cahaya yang berlebihan. Jika pokok layu, ia boleh merencatkan tumbesaran pokok. Lepas tanam terus siram hingga media basah.
7. Guna 3 kaedah pembajaan supaya pokok dapat bekalan nutrient yang cukup dan seimbang.
a) Kaedah alur
Baja ditabur di dalam alur yang dibuat antara pokok. Saya guna baja organic. Nak guna baja NPK 15.15.15 pun boleh.
Cuma, baja organic ni boleh buat pokok kita rasa lebih manis dan crunchy.
Kekerapannya 2 kali sahaja, pada minggu pertama dan minggu ketiga. Anggaran kuantiti lebih kurang 15 – 20 gram sepokok.
b) Kaedah siraman
Saya guna baja NPK 18.18.18 + mikro sebagai baja siraman. Nak guna baja AB pun boleh. Anggaran air baja adalah antara 500 – 1000 ml sepokok setiap kali siraman.
Saya siram 2 kali seminggu bermula pada usia 3 hari lepas tanam. Kepekatan siraman bermula pada 1.5 mS dan di naikkan 0.2 mS setiap minggu hingga maksimun 2.0 mS.
c) Foliar
Foliar ni saya buat semburan 2 kali seminggu bersama sama dengan kawalan perosak dan penyakit. Jenis foliar yang saya gunakan adalah larutan baja NPK larut air 18.18.18 + mikro, plant booster dan fish amino asid.
Jadual kekeparan boleh rujuk tip nombor 9.
8. Saya siram secara manual guna hos paip je. Buat macam ni sebab nak jimat kos, tak perlu pasang system pengairan.
Siram 2 – 3 kali seminggu bergantung pada kelembapan media dan cuaca. Masa siram, pastikan media tanaman betul betul basah.
Ini salah satu sebab saya suka tanam dalam petak tanaman, media boleh pegang air dalam tempoh yang agak lama.
9. Kawalan perosak dan penyakit dibuat secara serentak dengan semburan foliar. Semburan dibuat pada awal pagi. Kekerapannya 2 kali seminggu sebagaimana kombinasi di bawah,
Kombinasi A : Kawalan organic perosak & kulat + kawalan organic kulat & bakteria + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro ( ec 1.5)
Kombinasi B : Kawalan organic perosak & kulat + kawalan organic kulat & bakteria + plant booster + fish amino asid.
Alhamdulillah.
Ramai sahabat yang dah berjaya dapat hasil yang ohsem asbab follow tips ni.
Ada juga yang lebih “power” dari saya. Siap dapat 400 gram 1 pokok sawi dalam masa 23 hari lepas tanam. Amazing!
Sahabat,
Berkebun dapur ni sangat seronok dan ia boleh jadi terapi minda. Boleh hilangkan stress dan kekusutan yang ada dalam jiwa kita.
Dengan berkebun dapur, kita akan dapat kepuasan dan ketenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.
Cubalah! Sahabat akan rasainya sendiri nanti.
Tolong kongsikan tips ni pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.
Sumber : Azuan Abdullah