Nak Beli Bahan Mentah Di Pek Semula, Ini Nasihat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Share

Musim perayaan ini, sudah tentu ada yang membeli bahan-bahan mentah untuk memasak juadah hari raya.

Dalam keseronokkan berbelanja jangan abaikan hak kita sebagai pengguna. Misalnya semasa membeli sebenarnya kita perlu berhati-hati bimbang akan ada barang tiruan atau tidak disahkan halal.

Menerusi facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa oengguna perlu ambil peduli ketika membeli bahan mentah dengan mengambil kira beberapa perkara.

Ikuti lanjut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian ini.

Sila ambil tahu: Ada Label Baru Beli!

sebarang bahan mentah yang telah dibungkus semula atau repack perlulah ada label yang sewajarnya, iaitu perlu ada nama produk, maklumat pengeluar / negara asal, alamat pengilang dan berat bersih produk.

Elakkan beli produk makanan yang tidak ada label.

Label adalah sangat penting kerana hanya label yang boleh memberikan maklumat lengkap produk berkenaan yang akan membantu siasatan lanjut jika terdapat aduan terhadap produk berkenaan.

Bahan mentah yang di pek semula kepada saiz yang kecil WAJIB DILABEL dengan:

1.Nama produk

2.Maklumat pengimport dari negara asal

3.Alamat pengilang / pembungkus

4. Berat bersih

Ingat ada lebel baru beli!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania

 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz